Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Monday, April 1, 2013

KEDUDUKAN KEWANGAN SAYA PADA AKHIR BULAN MARCH 2013

Salam hormat,

Setelah sekian lama saya tidak menambah perkongsian pengalaman di dalam bab ini, dan kali ini saya ingin berkongsi pengalaman serta hasil usaha yang saya lakukan pada bulan March yang baru lalu.

Saya mula dengan urutan semula kedudukan kewangan saya daripada bulan Disember, 2012 seperti berikut:-

1. Disember, 2012     : (-)RM3,128.24
2. Januari, 2013        : (-)RM3,432.68
3. Februari, 2013      : (-)RM1,518.01

Dan pada penutupan akaun 31hb March lalu kedudukanya ialah (-)RM 323.43
Lihat gambar berikut.



Secara amnya, kalau kita senantiasa berfikir dan mencari jalan, untuk memperbaiki kedudukan kewangan kita, sememangnya ada jalan. Seperti yang saya nyatakan dahulu, ini bukanlah satu perkara yang mudah. Minda kita kena fokus, terutamanya bila hendak berbelanja. Saya juga terdahulu ada menyatakan usaha ini akan memakan sedikit masa. Apabila saya teliti perbelanjan disepanjang bulan March, sepatutnya pada penutupan akaun sudah positif. TETAPI oleh kerana satu kerosakan pada kenderaan saya (CBG 8680 ), pada tarikh berkenaan saya terpaksa berbelanja sebanyak RM950.65 untuk pembaikan serta kos servis kenderaan berkenaan. Lihat gambar berikut.


Awas kepada mereka yang memiliki kenderaan lebih daripada sebuah. Peringatkan juga di saat ini, servis dan jagalah kenderaan anda sebaik mungkin. Tindakan ini akan menyelamatkan banyak wang anda di masa hadapan.

Jangkaan saya juga pada bulan March, saya sudah boleh melakkukan penabungan. Saya amat yakin pada bulan April nanti ianya pasti boleh dilakukan.

Ini tidaklah bermakna saya tidak perlu lagi mengawal perbelanjaan setiap hari. Jika kita leka mudah sahaja terlebih belanja akan berlaku semula. Usaha ini perlu diteruskan dan apabila ada peluang untuk berjimat, anda berjimat.

Kesimpulanya, semua kita boleh mengurangkan pembaziran di dalam perbelanjaan harian kita. Saya juga yakin ramai yang akan ada lebihan untuk menabung dan seterusnya membuat pelaburan.

Di dalam penulisan yang akan datang saya akan berbincang mengenaai pembaziran-pembaziran yang ramai di antara kita buat tanpa disedari. Saya berharap dengan paparan tips tips berkenaan akan dapat membantu anda berbelanja dengan lebih berhemah lagi.


Skian dan selamat mencuba..


Dr Azizol Bin Mohd Sharun