Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Monday, December 18, 2017

TAHUN BAHARU MENJELANG LAGI

Salam sejahtera,


Pada minggu ke dua terakhir setiap kali bulan Disember, kali ini Disember 2017, saya mula melakukan dua perkara yang penting. Pertama sekali memuhasabah sejauh mana sasaran Tahun 2017, yang telah saya tetapkan pada waktu yang sama pada tahun 2016 dahulu, telah di capai. Keduanya, memulakan penetapan sasaran serta perancangan untuk mencapainya pada tahun 2018 nanti.

Bagi rakan-rakan yang belum biasa dengan kedua-dua perkara ini sesuailah memulakannya pada kali ini. Janganlah terlalu merumitkan sehingga anda tidak langsung mempedulikan kedua-dua perkara tersebut. Apa pun penting bagi setiap perkara yang berkaitan di buat catitan di dalam komputer atau pun bertulis di mana-mana. Ini bagi memudahkan anda kemudian membuat penilaian semula.

Sebagai panduan, saya menyarankan aspek yang perlu di nilai, jika terdahulu anda juga menggunakan format yang sama, termasuklah pencapaian anda atau keluarga dari segi:-

1. Spiritual (Keagamaan),
2. Kesihatan (Mentak & Fizikal),
3. Kewangan (Ekonomi),
4. Kekeluargaan, dan
5. Kemasyarakatan.


Berasaskan kepada tajuk-tajuk di atas, segala aktiviti yang telah dilaksanakan disepanjang tahuan 2017 dan memberikan kesan perlu diberikan perhatian dan dikaji semula sama ada sesuai untuk diterapkan di dalam tahun 2018 nanti.

Jika tidak mampu membuat kesemua aspek tersebut, saya sarankan paling kurang anda memberikan tumpuan kepada dua perkara yang saya juga anggap penting. Aspek yang saya maksudkan ialah aspek Kewangan (ekonomi) dan juga aspek kesihatan( mental dan fizikal).

Dari sudut kewangan, nilailah semula NILAI BERSIH KINI (NET WORTH). Apakah nilai tersebut telah bertambah baik pada tahun 2017 berbanding tahun 2016. Jika demikian saya ucapkan berbanyak tahniah dan teruskan usaha hebat ini pada tahun 2018 nanti.

Berkaitan hal yang sama, pada tahun 2018 nanti, saya mengajak rakan-rakan supaya melibatkan diri di dalam ekonomi digital. Jangan ada yang ketinggalan. Gunakan kaedah ini secara meluas untuk menambah pendapatan anda. Pengalaman saya pada tahun 2017 ini penggunaan konsep ekonomi digital ini telah mampu memberikan pendapatan tambahan yang baik.

Beri perhatian kepada apa yang anda boleh buat atau lakukan bagi menangani setaip permasaalahan dan tidak menunggu pihak lain melalukan sesuatu. Strategi ini lebih meyakinkan untuk terus maju ke hadapan serta mengharungi segala cabaran dan rintangan.

Apa pun berjimat cermat adalah kunci ke arah kekuatan ekonomi seseorang. Elakkan pembaziran terutamanya makanan dirumah atau pun semasa makan di restoren.

Disamping usaha semua ini anda perlu juga memberikan tumpuan kepada aspek kesihatan diri dan keluarga. Tanpa kesihatan yang baik adalah sukar bagi anda untuk meneruskan usaha yang telah dirancang sepanjang tahun 2018 nanti. Bagi mereka yang memasuki umur lingkungan 40an pada tahun 2018 perlu memastikan tekanan darah di periksa setiap 6 bulan sekali (minimum). Juga perlu diawasi kandungan gula di dalam darah masing-masing, dan buatlah saringan sekurang-kurangnya 3 ke 6 kali dalam setahun.

Pengalaman saya senaman yang sesuai dan berterusan juga perlu untuk berkeadaan sihat disamping mengawasi apa yang kita sepatutnya makan setiap hari. Ayuh bergerak aktiflah pada tahun 2018.

Semoga tahun 2018 memberikan kita satu keadaan yang lebih baik dan selesa daripada tahun 2017. Amin...dan InsyaAllah.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM., MAgrS).


Wednesday, May 3, 2017

LEBIH 40,000 KAKITANGAN AWAM BERISIKO MUFLIS

Salam hormat,

Pada 30hb April, 2017 saya dimaklumkan melalui berita TV3 jam 8 malam yang menyebut Presiden CUPAC menyatakan kini terdapat lebih 40,000 kakitangan awam berisiko muflis. Punca utama ialah kerana  menanggung hutang yang berat.

Saya tidak terperanjat dengan maklumat berkenaan. Jika negara kita ada kira-kira 1.6 juta ahli perkhidmatan awam, ini bermakna hanya 2.5% sahaja yang demikian.

Saya telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 32 tahun, dan faham akan masaalah serta cabaran yang ditanggung oleh kakitangan awam berkenaan. Bukan satu perkara yang mudah untuk menangani masaalah kesempitan wang, di setengah-setengah tempat di negara kita. Pengalaman saya mendapati salah satu daripada punca masaalah ini ialah kurangnya ilmu serta pendedahan kepada kakitangan awam dan juga swasta dalam soal menguruskan pendapatan masing-masing.

Pengalaman-pengalaman saya sendiri dalam menguruskan pendapatan bulanan, telah saya bukukan ke dalam sebuah e-book, seperti berikut. Pembaca akan dapat mengikuti bagaimana cara serta kaedah yang saya gunakan selama ini dalam mengurus dan mengendalikan pendapatan di setiap bulan. Apabila bersara, gaji telah turun hampir sepaaruh. Saya masih menggunakan kaedah yang sama untuk merancang dan mengawal perbelanjaan supaya cukup. Mungkin cara yang saya paparkan di dalam e-book ini boleh membantu setengah-setengah pihak sahaj dan seterusnya dapat mengurangkan tekanan akibah kekurangan wang ini.




                     e-book : Wang tidak akan pernah cukup, tetapi..




Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan penulisan ini boleh whatsapp saya di talian 016-9227341. Saya kenakan RM50 (Ringgit Malaysia: Lima Puloh Sahaj) bagi setiap e-book.


Sekian, Terima Kasih.



Dr Azizol bin Mohd Sharun.