Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Saturday, August 2, 2014

JADIKAN TALIFON BIMBIT KITA SEBAGAI SATU ASET


Salam hormat,

Saya pernah mendefinasikan aset sebagai sesuatu yang memberikan kita duit, manakala tanggungan ( libility ) pula sebagai sesuatu yang menghabiskan duit kita.

Knapa saya bawa tajuk ini? Mungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya kenapa dan apa pentingnya atau kaitanya dengan pengurusan kewangan seseorang.

Saya berfikiran duit yang kita belanjakan SETIAP BULAN untuk membayar bill talifon bimbit atau pun yang kita gunakan untuk membeli "pre-paid" adalah merupakan satu ketirsan perbelanjaan kita. Saya perhatikan, jika tidak dikawal dengan bersungguh-sungguh, bill ini dengan mudah dan tanpa disedari pada setiap bulan mencecah satu amaun yang besar. Tambahan pula jika kita ( Mak-Ayah ) menanggung bill atau "pre-paid" untuk beberapa orang anak-anak kita.

Sebelum kita pergi jauh lagi, saya suka menarik perhatian anda kepada satu kenyataan yang dibuat olih Chef Li ( Dr Rosly bin Abdullah ) pada satu seminar beliau, bab usahawan dan keusahawannan, yang telah saya hadiri, mengenai SMS. Seminar tersebut telah di adakan di hotel Seri Malaysia Seremban, N.Sembilan pada 14.10.2006. Beliau menyatakan pada tahun 2005 (seminar beliau pada tahun 2006) :-

       1. Per capita penggunaan talifon bimbit di Malaysia, orang Melayu
          merupakan tertinggi,
       2. Pada tahun yang sama, nilai SMS ialah sebanyak RM21 billion.
          Sebanyak RM14 billion datangnya daripada SMS orang Melayu.

Itu pada tahun 2005, agaknya berapa nilai SMS ini pada tahun 2013? Jika ditambah dengan penggunaan "mobile data" untuk aplikasi "whatsApp" semistinya terlalu besar untuk kita pandang mudah.

Kebimbangan saya jika kita tidak berhati-hati, alat talifon bimbit ini adalah merupakan satu laluan pembaziran yang besar. Perhatikan kes di tahun 2005 dimana orang Melayu telah membelanjakan sebanyak RM14 billion. Apakah faedah ekonomi atau hasil yang dapat diwujudkan di kalangan orang Melayu dengan membelanjakan wang sebegitu banyak?

Kebimbangan saya yang kedua pula, kerana tidak ramai di antara kita yang merekodkan perbelanjaan harian dan bulanan masing-masing. Suasana sosio-budaya hari ini dengan mudah melalaikan kita dalam urusan berbelanja, termasuk untuk talifon bimbit.

Ketiganya, alat seprti talifon bimbit pada hari ini saya perhatikan telah mula merenggangkan perhubungan ( sepatutnya mempermudah communication in a productive sense ), terutamanya antara ahli keluarga. Perhatikan lah di mana juga anda berada, anak-anak bz dengan whatApps masing-masing, demikian juga antara suami isteri. Nampaknya talifon bimbit mereka lebih penting dan sebagai TUAN yang perlu dilayani, daripada suami atau isteri masing-masing bila bersama. Cuba anda perhatikan...erhmm...mungkin anda sendiri yang terlibat???

Bagi saya, talifon bimbit ini tidak lebih daripada satu alat sahaja. Kita seharusnya menggunakan akal dan fikiran dan cekap membezakan antara yang penting ( berkaitan matlamat dan arah tuju kita ) dengan yang tidak.

Renung-renungkanlah, dan marilah kita elakkan pembaziran.


Skian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun.