Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Tuesday, June 25, 2013

PELABURAN, PELABURAN,PELABURAN DAN PELABURAN


Salam hormat,

Di akhir halaman yang lepas, saya telah mengariskan makna berniaga. Bagi kita yang sebenarnya bekerja dengan pihak lain, misalnya pegawai kerajaan, tidak ada masa dan tidak dibenarkan berniaga secara aktif. Tetapi keadaan ini tidak menghalang kita daripada terlibat dalam sesuatu perniagaan. Kita boleh berniaga melalui sesuatu pelaburan yang kita buat. Jika kita ada wang dan membeli saham syarikat penerbangan kita (MAS), melalui pelaburan tersebut anda telah berniaga di dalam bidang pengangkutan udara.

Saya ulangai sekali lagi, berniaga itu boleh diertikan juga sebarang kegiatan pelaburan yang kita buat.






Sehubungan dengan itu juga, saya suka mengingatkan sekali lagi perkara berikut,




Jadi kalau begitu eloklah kita semua memulakan usaha untuk membuat pelaburan.

Apabila kita melabur dan pada masa yang sama kita juga bekerja, ini bermakna kita mempunyai dua punca pendapatan, satu daripadanya berbentuk pasif.

Jika anda mampu membuat beberapa pelaburan, ini sebenarnya adalah jalan yang paling baik untuk anda, di dalam usaha untuk mencapai tahap individu yang berpendapatan tinggi, menjelang tahun 2020. Pastikan kita tidak tercicir.


Skian, renung-rengungkan lah.



Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Monday, June 24, 2013

KAEDAH UNTUK MENJADI KAYA


Salam hormat,

Beberapa siri kebelakangan ini saya banyak menceritakan hal-hal pembaziran yang ada di antara kita yang melakuknnya. Saya berharap dengan pendedahan tersebut ada di antara kita yang membuka mata dan berhati-hati di dalam perbelanjaan harian masing-masing. Teruskan mengamal amalan-amalan yang baik itu, insyaAllah lama kelamaan ia akan membantu anda untuk lebih selesa dalam kehidupan.

Dahulu, semasa itu saya masih berkhidmata dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) dan kini dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), senantiasa memikirkan bagaiman seseorang itu boleh menjadi kaya. Masa tersebut juga merupakan masa yang agak sukar buat saya untuk berduit. Merata tempat saya mencari jawapan kepada persoalan berkenaan. Banyak juga seminar mengenainya, termasuk yang dianjurkan oleh penceramah antarabangsa, telah saya hadiri. Beratus buah buku telah saya beli dan baca. Ada di antara buku-buku berkenaan dibeli semasa saya bertugas di luar negara.

Akhirnya saya menemui jawapan, kepada persoalan berkenaan, seperti berikut:-






Ia, hanya 3 jalan sahaja yang saya temui. Melalui keturunan, perkhwinan dan berniaga.

Melalui keturunan, maknaya jika mak-ayah kita kaya raya, insyaAllah kita sebangai anak-anak akan mewarisi kekayaan tersebut. Tak ramai yang berpeluang untuk menjadi kaya cara begini.

Ke dua, kaya melalui perkahwinan, maknaya kita akan berkongsi kekayaan jika isteri yang kita kahwini itu kaya, demikian juga pada wanita yang mengahwini suami yang kaya. Kalau kita amat-amati, junjungan kita Nabi Muhammad seoarang yang kaya, kerana berkahwin dengan Siti Khadijah, yang mana kita tahu seoarang yang kaya. Cuma saya mengingatkan janganlah sampai menjadi masaalah untuk berkahwin jika kita tidak dijodohkan dengan seeorang yang kaya. Junjungan kita juga pernah mengingatkan kepada kaum lelaki, iaitu kahwinalah seseorang wanita itu, salah satu daripada sebabnya ialah kerana hartanya.

Rata-Rata yang ramai kaya atau kaya raya padi zaman ini ialah melalui perniagaan (Berniaga). Bahkan kalau kita berbalik kepada ajaran agama kita, jelas menyatakan 9 daripada 10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan. Perhatikan betul-betul, 90% rezeki datangnya dari perniagaan. Jika 2 daripada 10, mungkin kita boleh abaikan sahaja. Tetapi 9 daripada 10, fikirkan baik-baik. Malangnya ramai di antara kita orang-orang Melayu hendak menjadi pegawai kerajaan, guru, pensyarah, pekerja kepada sesebuah syarikat dan sebagainya. Jelaslah kedudukan kita sudah diluar bidang atau jalan kekayaan tadi. Jadi tidak heranlah saya jika anda di luar sana selalu menyatakan kesempitan dan kesukaran dalam hidup dan hutang sekeliling pinggang.

Daripada sini juga kita baru faham kenapa orang Melayu amat sukar untuk mendapatkan 30 % ekuiti negara, seperti yang ditetapkan oleh dasar kerajaan. Perhatikan orang China di Malaysia, mereka menguasai ekonomi melalui perniagaan. Selagi trend gunatenaga orang Melayu masih sama dan tidak berubah, selagi itulah kita sukar untuk berjaya dalam ekonomi.

Berniaga di sini mempunyai erti yang luas dan tidak hanya tertakluk kepada usaha berniaga yang biasa kita lihat. Membeli saham dan memegangnya, misalnya saham TNB, anda juga sebenarnya terlibat dalam perniagaan tenaga. Ada orang yang memperniagakan matawang asing. Perniagaan dalam sektor hartanah juga merupakan satu perniagaan yang amat balik pulangannya dan bayak lagi.


Fikir-Fikirkan.


Skian.



Dr Azizol Mohd Sharun

Thursday, June 13, 2013

SENTIASA PANTAU BILL AIR RUMAH ANDA


Salam hormat,

Sekali lagi saya hendak menyentuk tentang air. Kali ini berkaitan dengan kebocoran kecil paip antara meter dan tangki dan daripada tangki ke lain-lain lokasi di dalam rumah anda. Biasanya kebocoran ini berlaku pada paip (rumah) yang telah lama. Tidak dinafikan juga ia boleh berlaku pada rumah-rumah baru yang menggunapakai paip getah atau PVC.

Anda perlulah meneliti setiap kali bill air diterima. Apakah ia munasabah dengan jumlah penghuni yang ada serta perbandingan kuantiti (meter padu) yang digunakan di bulan-bulan sebelumnya. Jika kuantiti penggunaan jauh berbeza dengan rakan anda yang mempunyai saiz keluarga yang sama, kemungkinan ada kebocoran. Eloklah anda segera meneliti laluan paip, perhatikan jika anda tanah yang lembab (terutamanya di musim kemarau), atau dinding rumah yang basah, atau sememangnya ada kebocoran berlaku.

Sebagai contoh, saya duduk seorangan di rumah sewa saya di Terengganu jumlah atau kos bill air ialah RM4.00 sebulan. Berbanding dengan apabila saya berada di kampung bersama ibu, bill air kami hanyalah RM9.00 sebulan. Perbandingan antara kedua-dua keadaan ini, meyakinkan saya penggunaan air di kedua rumah adalah munasabah.

Mengelakkan kebocoran paip air walau pun kecil ini adalah merupakan salah satu uasa kita untuk berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran.


Skian


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Thursday, June 6, 2013

SAPU TANGAN DI MANA KEPENTINGGANNYA


Salam hormat,

Pada tahun 70han  dan sebelumnya, sapu tangan masih banyak digunakan samada oleh individu lelaki mahu pun wanita. Bahkan Allahyarhamah biduanita Saloma pernah menyanyikan lagu yang bertajuk sapu tangan. Sesekali dengar best juga lagu tu. Hari ini tak ramai yang menggunakan sapu tangan dan mungkin ada yang dah tak kenal langsung apa itu sapu tangan.

Peranan sapu tangan telah diambil alih oleh tissue yang dibuang terus selepas digunakan. Memang ia merupakan satu kemudahan. Kita saksikan di hotel-hotel, majlis keramaian termasuk majlis perkahwinan, kertas tissue ini lah yang disediakan bagi menggantikan sapu tangan.

Mungkin ramai yang tidak perasan atau sedar, adalah lebih murah jika kita kembali menggunakan sapu tangan berbanding menggunakan kertas tissue. Satu pek kertas tissue ( 200 pull two ply X 4 kotak) hari ini berharga RM10.00
Cuba anda bajet sebulan berapa banyak wang dibelanjakan membeli kertas tissue ini?  Kemudian bandingkan jika anda penggunakan sapu tangan. Tak kisahlah sama ada di rumah mahupun ketika anda berada di luar rumah.

Anda juga sedar penggunaan kertas tissue adalah bertentangan dengan revolusi teknologi hijau. Di sebaliknya penggunaan sapu tangan boleh mengurangkan penebangan kayu bagi tujuan menghasilkan kertas tissue. Mungkin....saya kata mungkin, dengan penggunaan sapu tangan, kita boleh membantu mengurangkan isu perlupusan sampah, yang bertambah rumit pada hari ini.


Renung-renungkan lah...


Skian


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Sunday, June 2, 2013

ANDA BOLEH BERJIMAT JIKA MEMBAWA BEKAL (MAKANAN DAN ATAU MINUMAN) KE TEMPAT KERJA


Salam hormat,

Satu kaedah yang patut kita semua amalkan semula ialah budaya membawa bekal ke tempat kerja. Ia pasti menjimatkan wang gaji anda setiap bulan. Hari ini rata-rata kita yang bekerja makan di kantin sahaja. Mudah begitu.

Tetapi bagi mereka yang benar-benar sukar dan mencari-cari wang bagi tujuan yang lebih mustahak, kaedah ini pasti boleh menolong kesmpitan anda. Ia tidaklah semudah saya berkata. Tetapi dengan sedikit kesungguhan ia akan menjadi mudah. Ini bermakna anda kenalah memasak lebih sedikit di malam hari. Ia bukan sahaj membantu dari sudut kewangan, bagi si suami, ia adalah merupakan masakan yang lebih baik dan sesuai kerana isteri kita yang memasaknya. Bila makan tu teringatkan si isteri. Kan bagus tu kerana ingatan itu satu doa. Saya bukan mengatakan makanan yang dijual di kantin-kantin itu semuanya tidak baik.

Anda mungkin menyatakan kepada saya, mana ada masa untuk ini semua. Jika itulah ALASAN anda, memang sukarlah bagi anda untuk mencari kelebihan daripada pendapatan bulan anda.

Paling minima usaha anda ialah membawa air minuman ke tempat kerja. Saya mengamalkan membawa air minuman, setidak-tidaknya air yang saya telah masak, dengan menggunakan bekas (termos) yang sesuai. Usaha ini dapat mengelakkan saya berbelanja di luar untuk membeli air kotak atau pun air botol (termasuk air mineral). Hari ini air teh (bersusu dan gelas sederhana) mencecah RM1.50 segelas. Jika anda minum dua kali (minum pagi dan makan tengah hari) ia sudah mencecah RM3.00 . Sebulan sudah berapa nilainya? Jika anda buat sendiri di rumah jauh lebih murah. Saya perhatikan perbelanjaan bulanan saya untuk membeli air di luar sana jauh berkurangan.

Perhatikan juga, dengan membawa bekal ke tempat kerja, secara sendirinya minyak kereta atau motor untuk ke restoren atau lokasi penjaja dapat di jimatkan juga.

Mungkin juga ramai yang berasa malu atau kekok, jika kita memakan bekalan yang dibawa daripada rumah. Ini kes malu yang tidak bertempat bagi saya. Jika malu juga , kita boleh makan di pejabat kita sendiri. Jika kita ada kesempitan kewangan, lakukan ini semua supaya kita berupaya membantu diri kita sendiri.

Saya masih ingat, semasa saya melanjutkan pelajaran di Australia 25 tahun yang lalu, ada di kalangan profesor saya yang membawa makanan (sandwiches dan sebiji epal ) untuk makan tengah harinya. Mereka makan bersama kami tanpa segan silu di ruang rehat fakulti. Ada yang membawa air kopi panas sahaja dan mebeli makanan. 

Jika para ibu dapat menyediakan bekalan untuk anak-anak ke sekolah lagilah banyak penjimatanya. Tambahan pula makanan di kantin sekolah, ada di antaranya yang kurang sihat dan kurang berpatutan harganya. Sebagai contoh minuman syrup.

Bagi mereka yang mencari-cari kelebihan, cubalah kaedah ini dan perhatikan dihujung setiap bulan penjimatanya. Jangan lupa buat catittan.


Fikir-fikirkan..


Dr Azizol Bin Mohd Sharun