Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Tuesday, December 31, 2019

TENAGA SOLAR



Salam hormat dan Selamat Tahun Baharu 2020. Moga-moga di tahun 2020 ini kita semua lebih bahagia dari tahun-tahun sebelumnya, Aminnn.

Masanya mungkin telah tiba bagi kita semua melihat dan menilai semula kebaikan tenaga solar sebagai punca tenaga elektrik off-grid. Mungkin pada masa-masa yang lepas kos atau pun harga peralatan solar agak mahal. Kini saya dapati harga peralatan lampu sistem solar, bagi saya, adalah affordable.

Pada pertengahan tahun 2019, saya telah mula membuat kajian penggunaan tenaga solar melalui internet dan juga mengunjungi beberapa pamiran, terakhir di pamiran Karnival Usahawan Desa 2019 (KUD 2019) baharu-baharu ini di Putra Jaya. Kesannya,   keyakinan saya terhadap penggunaan tenaga solar ini terus meningkat dan patut dicuba.

Pada awal bulan Disember 2019, saya telah membeli secara online dua model lampu solar kegunaan luar rumah untuk di cuba sendiri dan membuat penilaiannnya. Saya pasang sendiri dua sistem lampu luar ini yang berkapasiti 50W dan 70W. Dari keterangan cahaya dan kesesuaian untuk kegunaan di luar rumah, saya dapati model 70W amat sesuai. Cuma kos sistem 70W lebih mahal (RM250.00) berbanding 50W (RM180.00). Kedua-dua sistem ini turut dibekalkan alat remote untuk setting tempoh masa lampu dipasang, misalnya ada 3 jam, 5 jam, 8 jam dan 10 jam.






Pada pendapat saya sistem ini amat sesuai digunakan sebagai lampu keselamatan di tempat-tempat yang sesuai dan selamat. Misalnya di kawasan kolam ikan, rumah ladang/kebun yang tiada bekalan elektrik, disekeliling RBW dan sebagainya.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Saturday, December 28, 2019

SELAMAT DATANG TAHUN 2020


Salam hormat,


Alhamdullilah, tahun 2020 akan menjelang dalam beberapa hari sahaja lagi. Apakah kita sama (keadaan dan kedudukan) dengan masa yang sama di tahun-tahun sebelum ini? Jika tiada beza, ubah “formula” yang terdapat di dalam minda anda. Usahakan perubahan itu dalam masa setahun, iaitu disepanjang tahun 2020 nanti. Biar lambat asalkan selamat.

Kenapa saya membuat saranan sedemikian?

Satu daripadanya, sekian lama saya membuat pemerhatian akan sesuatu kejayaan, misalnya penambahbaikan status ekonomi sesebuah keluarga, rata-rata tidak banyak perubahan. Apabila saya kaji-kaji semula dimanakah kelemahan nasehat yang telah sekian lama diberikan, tak lain dan tidak bukan, perubahan gagal dilakukan dahulu diperingkat MINDA seseorang.

Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa hampir 80% perbuatan atau pun tindakan harian seseorang adalah mengikut apa yang telah di programkan di dalam minda sub-concious mereka. Dengan lain perkataan perangai atau tabiat masing-masing. Sebagai contoh TABIAT BERBELANJA dan tabiat berjimat cermat.

Persoalanya bagaimana atau apa yang perlu dilakukan oleh seseorang di sepanjang tahun 2020 ini nanti untuk merubah formula yang terdapat di dalam minda sub-concious masing-masing? Formula yang terdapat di dalam minda ini hanya boleh diubah perlahan-lahan melalui penglihatan (MATA), pendengaran (TELINGA) dan deria rasa.

Ini bermakna, kita wajib menggunakan MATA kita dengan betul, senantiasalah/selalulah MELIHAT kejayaan atau contoh yang kita kehendaki. Senantiasa melihat yang baik-baik dan positif sahaja, amnya. MEMBACA ( melihat ) buku-buku mengenai kejayaan terbabit. Berkawan dengan mereka yang telah berjaya di dalam bidang yang kita juga kehendaki. Seseorang kena asuh minda masing-masing secara berterusan sehingga benar-benar yakin boleh dan jelas sejelasnya akan apa yang mereka kehendaki di masa yang akan datang. Perkara ini anda sahaja yang boleh melakukannya untuk diri anda sendiri. Orang lain tidak boleh melakukannya untuk anda. Anda kenalah memainkan peranan yang proaktif dalam hal ini.

Demikian juga dengan pendegaran. Senantiasa mendengar ceramah/nasehat perkara yang berkaitan. Kini di dalam u-tube terdapat banyak ceramah-ceramah yang baik-baik bagi tujuan ini. Pilihlah bidang anda masing-masing. Invest sedikit wang untuk menghadiri seminar-seminar yang berkiatan.

Akhirnya nanti, MINDA kita akan senantiasa memikirkan perkara yang kita hendak capai atau apa sebenarnya di dalam kehidupan ini yang kita kehendaki.

Is sha Allah, dipenghujung tahun 2020 nanti, anda akan lebih bersedia untuk melangkah ke tahun 2021 dan seterusnya dengan lebih yakin dan berMATLAMAT yang jelas.


Sekian dahulu, fikir-fikirkan.


SELAMAT TAHUN BAHARU 2020


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).