Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Friday, August 28, 2015

THE MORE YOU LEARN THE MORE YOU EARN

Salam hormat,

Sebagai selingan kepada penulisan berkaitan GST, saya terpanggil untuk mengigatkan anda semua berkaitan penggunaan aplikasi Whatsapp. Saya perhatikan hanpir segenap lapiasan masyarakat kita terlalu banyak masa dan wang dibelanjakan hanya untuk melayan whatsapp di fon masing-masing dan juga oleh ahli keluarga kita yang lain. Cuba anda sendiri perhatikan di sekeliling anda di mana juga anda berada. Saya mencadangkan supaya anda berusaha mengawal perkara ini. Pada hemat saya ia banyak membazirkan masa, satu-satunya pemberian tuhan yang setelah dilalui dengan tanpa faedah, ia tidak akan kembali lagi. Tabiat ini juga pada hemat saya membazirkan wang ringgit anda.


                                         Gambar Hiasan Sahaj

Alangkah baik dan bermunafatnya jika sifat ini digantikan dengan kencenderongan membaca bahan bacaan yang lebih berfaedah, seperti yang diamalkan oleh orang-orang barat yang lebih maju.


                                     The More You Learn, The More You Earn



Mari kita fikirkan bersama.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Tuesday, August 18, 2015

CARI ALTERNATIF KEPADA BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN YANG DIKENAKAN GST

Salam hormat,

Saya perhatikan ketika ini masyarakat sudah tidak memperkatakan lagi bab GST ini. Kemungkinan sudah lupa, atau pun seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Kemungkinan juga seperti ungkapan lain yang berbunyi alah bisa tegal biasa. Apa pun kedudukan respon masyarakat, saya akan meneruskan kupasan dan berkongsi pengalaman yang berkaitan.

Ada opsyen atau alternatif kepada barangan/perkhidmatan yang dikenakan GST dalam perbelanjaan anda? Perlunya anda ada catitan atau simpanan resit-resit pembelian barangan/perkhidmatan untuk membuat penilaian perkara ini.

Pertama sekali sebelum mengorak langkah mencari-cari alternatif kepada barangan/perkhidmatan yang dikenakan GST, saya cadangkan supaya anda menyediakan satu senarai barangan dan perkhidmatan tersebut dahulu. Buat satu senarai atau jadual bagi memudahkan anda melihat, dan memikirkan alternatif dan/atau strategi yang sesuai diterapkan di dalam proses pembelian barangan/perkhidmatan berkenaan untuk bulan-bulan berikutnya. Saya cadangkan anda menggunakan program komputer ecxcell bagi tujuan ini, ia lebih mudah. Sesuai kalau disusun mengikut sumbangan terbesar kepada cukai GST yang anda kena bayar.

Pengalaman saya menunjukkan prioriti senarai akan berubah-rubah dari bulan ke bulan.

Senarai pembelian barangan saya bagi bulan JUN 2015 ( diantaranya ) yang telah dikenakan GST adalah seperi berikut:-





Bagi barangan atau perkhidmatan yang jelas ada pilihan, maka pembelian berikutnya akan terus diubah kepada alternatif berkenaan. Ada juga barangan/perkhidmatan yang tiada alternatif, tetapi masih ada strategi untuk mengurangkan amaun GST yang anda kena bayar. Misalnya, bagi kes saya di atas, susu cair Low Fat jenama dan pek yang sama di satu pasaraya berharga RM5.99 untuk pek seliter manakala di pasaraya bersebelahan pula harganya RM4.99 seliter. Apabila harga belian barangan itu lebih rendah, maka amaun GST yang dikenakan juga akan menjadi rendah. Bagi kes santan kotak di atas, pembelian dikedai pertama amaun GST yang dikenakan ialah RM0.035 untuk sekotak, manakala di kedai yang kedua hanya RM0.025 sekotak. Bermakna pengurangan amaun GST yang dikenakan masih boleh dilakukan. Jika anda menggunakan 10 kotak dalam sebulan, maknanya perbezaan GST yang anda perlu bayar mula menampakkan kesannya dengan menggunakan strategi ini.


Kita jangan mengatakan " ...ahhh amaunnya terlalu kecil untuk diambil kira". Dalam bab penjimatan ini anda tidak sesuai beranggapan sedemikian. Ingat sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Saya turut mencadangkan supaya anda terus menerus membuat pemantauan dan meneliti kaedah anda berbelanja, insyaAllah amaun GST yang anda kena bayar akan lebih terkawal.


Skian dan selamat mencuba.



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Thursday, July 9, 2015

BERBELANJA ATAS KEPERLUAN SAHAJA

Salam hormat,

Saya telah menyatakan terdahulu, perkataan perlu memberi makna yang berbeza bagi kebanyakkan individu. Apa pun takrifnya, penting bagi setiap kita ada kesedaran mengenainya, terutama apabila merancang untuk membuat sesuatu pembelian.

Jika masih terdapat di dalam gerobok di rumah kitaa baju atau pakaian yang masih belum berpakai, apakah membeli pakaian yang baru itu satu keperluan? Jelas TIDAK. Apabila seseorang ibu itu tidak boleh menyusukan bayinya disebabkan faktor kesihatan diri, apakah membeli susu gantian bagi bayi ini perlu? Jawabnya perlu. Apakah makan di restoren makanan segera itu perlu? Juga tidak perlu. Dan sebagainya....

Jika kita "bising" dan membantah satu ketika dahulu semasa sistem percukaian GST dimulakan oleh kerajaan, bagi mereka ini khususnya elok membuat penilaian semula erti perkatan perlu ini. Ini adalah merupakan satu tindakan yang anda BOLEH BUAT untuk diri anda dan keluarga. Apabila pengertian semula ini dibuat dan diterapkan di dalam setiap urusan pembelian, perbelanjaan bulanan anda akan menurun. Secara automatik juga amaun cukai GST yang dikenakan kepada anda akan juga menurun dan jatuh ke dalam kategori "boleh ditadbirurus dengan berkesan atau manageable. Anda juga dapat mengelakkan banyak pembaziran.

Kesan yang ketara nanti ialah perbelanjaan bulanan anda menurun dan ini sebenarnya lebih relevan dan memberi kesan kepada ekonomi anda berbanding dengan GST itu sendiri. Ini adalah kerana amaun dibelanjakan setiap bulan jauh lebih besar berbanding cukai GST. Misalnya, amaun GST yang saya kena bayar pada bulan JUN, 2015 hanyalah 0.65% daripada jumlah perbelanjaan bulan berkenaan.

Satu perkara lagi, takrif barangan perlu ini tidak statik dan akan berubah-ubah mengikut masa dan keadaan dalaman dan luaran anda. Anda juga akan mengumpul banyak pengalaman  bulan demi bulan  berkaitan usaha mengawaal cukai GST ini. Jadi pilihlah jalan yang terbaik buat anda, dan ini tidak semstinya sama dengan orang lain, melalui pengalaman tersebut. Anda semestinya profit form those experiences, kerana guru yang paling baik ialah pengalaman kita sendiri. Pandanglah kehadapan dengan lebih positif, insyaAllah anda akan lebih selesa nanti.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun


Monday, June 29, 2015

BAGI MENGURANGKAN KESAN GST KAWAL NAFSU ANDA


Salam hormat,

Sedikit sahaja yang hendak diperkatankan mengenai pentingnya anda mengawal nafsu bagi tujuan mengurangkan tekanan atau kesan GST kepada ekonomi anda.

Amnya, kurang berbelanja maka kuranglah GST yang dikenakan.

Setiap insan yang dijaduikan Allah SWT mempunyai nafsu, daripada manusia terdahulu sehinggalah sekarang. Bukan semua nafsu ini tidak baik. Kita misti memiliki nafsu untuk makan supaya badan kita mendapat zat yang diperlukan untuk menjalani proses kehidupan seharian di dalam keadaan yang sihat. Jika seseorang itu tiada nafsu (selera) hendak makan, biasanya dia ada masaalah seperti sesuatu penyakit yang sedang dihidapinya. Memakan makanan secara berlebihan juga mengikut nafsu, ia bukan sahaja tidak baik dari segi kewangannya, tetapi juga boleh membahayakan kesihatan. Demikian jugalah dengan nafsu-nafsu yang lain. Apa yang penting ialah, nafsu ini perlu dikawal.

Dalam konteks nafsu berbelanja, terutamanya bagi kaum hawa, pentingnya kita mengelakkan diri kita daripa melayan sikap tamak dan riak. Pakaian sudah penuh di dalam gerobok yang ada di rumah, tetapi masih berbelanja membeli pakain yang baru. Saya sedar perasaan suka kepada sesuatu yang cantik itu merupakan sifat semula jadi manusia. Berpada-padalah. Apabila anda berbelanja besar, apatah lagi pada barangan yang tidak perlu, anda sudah pasti dikenakan cukai GST yang juga tinggi. Jadi kawal nafsu dan berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan anda sahaja.

Apa yang boleh mengawal nafsi ini? Satu daripadanya senantiasa bersyukur ke atas setiap nikmat yang dikurniakan Tuhan. Jangan membandingkan diri kita dengan orang atau keluarga lain. Kemampuan kita biasanya berbeza dengan kemampuan individu atau keluarga lain. Ke dua ialah, senantiasa mengigati Allah SWT. Redha dengan ketentuanNya. Oleh yang demikian nanti  kita boleh mengamalkan sikap kesederhanaan di dalam semua aspek kehidupan dan mengikis sifat tamak.

Apabila seseorang itu telah melewati kesederhanaan, kerana gagal mengawal nafsu tadi, tiada apa pun yang ada didunia iani mampu memenuhi kehendak dan nafsunya. Segunung emas puan tidak akan mencukupi bagi nya.


Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Monday, May 25, 2015

APA YANG BOLEH KITA BUAT BAGI MENGURANGKAN KESAN GST TERHADAP PERBELANJAAN KITA

Salam hormat,

Mulai pada penulisan ini, saya akan membincangkan beberapa cadangan yang boleh anda lakukan, bagi tujuan tersebut. Amnya, masih berkisar kepada pendekatan berjimat cermat dan bijak berbelanja. Pada hemat saya, rata-rata kita masih tidak berbelanja dengan bijaksana dan masih ramai yang tidak kisah langsung bab berbelanja ini.

Pada pendapat saya, beberapa cadangan berikut boleh anda cuba bagi mengurangkan kesan GST terhadap kewangan anda. Penting ada catitan bagi menilai keberkesanan tindakan anda. Tanpa rekod, cadangan berikut jadi bahan maklumat sahaja kepada anda. Apa yang lebih penting, selepas itu jangan mudah sahaja menuding jari ke pihak lain, sedangkan anda dikurniakan akal fikiran yang sehat dan tidak berbuat sesuatu berkaitan cara anda berbelanja.

Diantaranya termasuklah:-

1. KAWAL NAFSU ANDA,
2. BERBELANJA ATAS KEPERLUAN SAHAJA,
3. CARI ALTERNATIF KEPADA BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN YANG DIKENAKAN GST,
4. PERBANDINGAN HARGA DAN KEDAI MASIH PERLU,
5. PANDULAH KENDERAAN ANDA IKUT PERATURAN,
6. SERVIS DAN JAGA KENDERAAN ANDA SEBAIK MUNGKIN,
7. ELAKKAN DARIPADA MEMBUAT SEBARANG PERUBAHAN ATAU PENUKARAN MANA-MANA BAHAGIAN KENDERAAN ANDA YANG TIDAK PERLU,
8. GUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM APABILA SESUAI,
9. KAWAL PENGGUNAAN TELEFON POST-PAID ANDA,
10. ELAKKAN MEMBELI PAKAIAN BARU, DAN GUNAKAN PAKAIAN YANG TERSIMPAN DI DALAM ALMARI DAN TIDAK PERNAH DIPAKAI,
11. PANJANGKAN SEDIKIT JANGKA HAYAT PERABUT DAN PERALATAN LETRIK RUMAH ANDA.

Saya aka huraikan maksud saya bagi setiap cadangan tindakan diatas di halaman-halaman yang akan datang.

Skian dahulu,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Friday, May 15, 2015

GST PADA HEMAT SAYA

Salam hormat,

Pertama sekali, percukaian GST adalah satu sistem pecukaian yang mengantikan sistem percukaian SST sebelum ini (semua orang dah tau tu). Sebagai contoh, sebelum ini, anda misti perasan jika makan di restoren makanan segera (KFC, McD dan sebagainya) di dalam bill pembelian ternayata cukai kerajaan (Government tax) dan cukai perkhidmatan (Servis tax). Tetapi taklah seriuh mana diperkatakan atau dibantah dan ramai terus makan di restoren sebegini tanpa sebarang masaalah nampaknya.

Kedua, perlaksanaan sistem percukaian GST telah dibahas dan diluluskan di parlimen. Bermakna ia sudah menjadi satu undang-undang negara kita. Pihak yang tidak menyokong di sessi berkenaan (di parlimen) telah ternyata kalah dalam undian dan perundangan ini telah diluluskan mengikut satu proses demokrasi yang kita semua dokongi. Sama seperti mana-mana proses pengwujudakn akta-akta yang lain. Dengan itu juga kita semua, termasuk ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju semasa pengundian dibuat di parlimen, wajib akur kepada keputusan tersebut. Ini bermakna GST akan berada dan terus berada di dalam sistem percukaian dan ekonomi negara kita ( dan ekonomi tuan-tuan juga), selagi tiada pindaan dibuat keatsnya.

Ketiga, GST akan hanya dikenakan apabila kita berbelanja sahaja. Sekali lagi ingat, bahawa GST akan dikenakan apabila kita berbelanja. Jika kita TIDAK berbelanja, tiadalah cukai berkenaan dikenakan kepada kita. Kemungkinan kita tidak berbelanja langsung itu adalah mustahil, sungguh pun masyarakat Bumiputra lain seperti masyarakat orang asli, tetapi MENGURANGKAN PERBEANJAAN boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan GST ini. Ramai di luar sana menyatakan susah, memang susah dan saya akui. Kesukaran ini juga berkait rapat dengan suasana di mana anda berada dan tinggal. Jika di desa-desa saya yakin banyak ruang dan peluang bagi anda untuk mengelakkan berbelanja maka tidak dikenakan cukai GST berbanding dengan mereka yang tingal dibandar-bandar. Sebenarnya di bandar-bandar juga tidak kurang ruang dan peluang anda untuk mengelakkan cukai GST ini.

Dari sudut positifnya, pada hemat saya sistem percukaian GST yang dilaksanakan sekarang memaksa kita supaya berbelanja dengan bijak ( pengguna yang bijak) dan berbelanja atas keperluan sahaja. Saya juga yakin pembaziran akan dapat dikurangkan. Saya perhatikan masih banyak pembaziran sesudah sistem percukaian GST ini terlaksana. Kemungkinan aktiviti kitar semula juga akan menjadi lebih hebat. Baik untuk bumi kita.

Keempat, bukan semua barangan dan perkhidmatan yang kita beli dikenakan cukai GST. Sejumlah 99 jinis barangan tidak dikenakan GST. Pada hemat saya juga, kita perlu menyediakan satu senarai bekalan dan perkhidmatan yang kita perlukan setiap bulan, untuk menjalani kehidupan yang serba SEDERHANA. Mana-mana bekalan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai, lihat dan fikirkan bagaimana anda boleh elak atau kurangkan mengguna barangan atau perkhidmatan yang dikenakan cukai berkenaan, tanpa menjejaskan kehidupan anda dan keluarga.

Sekarang sudah satu bulan sistem percukaian ini dilaksanakan. Saya percaya anda telah mengetahui barangan apa yang dikenakan cukai atau pun tidak. Mengikut resit-resit yang saya kumpul, barangan asas berikut tidak dikenakan cukai GST, diantaranya;

1. Beras,
2. Telor,
3. Roti Gardenia classic,
4. Daging lembu,
5. Daging ayam,
6. Ikan,
7. Bawang ,
8. Ubi Kentang, 
9. Sayuran,
10. Minyak masak, dan
11. Minyak kereta.

Ke lima, cukai GST melibatkan lebih ramai kumulan masyarakat yang membayar cukai. Kalau dahulunya pekerja asing, atau pengunjung ke Malaysia seperti rakyat Singapura, tidak membayar cukai, kini mereka juga terlibat. Sama jugalah jika kita berkunjung ke negara mereka dan membeli belah. Mereka yang tidak dikenakan cukai pendapatan, kita terpaksa membayar cukai GST terhadap barangan dan perkhidmatan yang kita beli. Bermakna lebih ramai rakyat yang membayar cukai mulai 1hb April yang lalau. Saya berharap, pihak kerajaan akan membelanjakan wang ini kejalan kebajikan dan pembangunan yang lebih baik untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Berapa banyak anda sendiri membayar cukai GST dalam sebulan? Mudah sahaja. Jiak anda menyimpan semua resit pembelian banrangan dan perkhidmatan, campurkan sahaja di penghujung bulan berkenaan. Anda juga mesti sudah mengetahui, apakah sistem percukaian skarang benar-benar menyulitkan? Setelah mengetahui purata amaun ini, setelah diambil kira beberapa bulan dan diambil puratanya, berikut nanti mungkin kita boleh lihat dan bincang beberapa strategi dan pendekatan yang kita dan ahli keluarga kita boleh lakukan  bagi mngurangkan tekanan GST kepada ekonomi individu dan keluarga. Kita lihat dihalaman yang akan datang, apa pilihan dan ruang yang ada. Bagi rakan-rakan yang ada cadangan yang hebat, sila e-mail saya untuk dikongsi bersama di halaman ini.

Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Saturday, March 7, 2015

KOUNTER PANDU LALU

Salam hormat,

Kounter pandu lalu ini, selain daripada di restoren-restoren makanan segera (KFC dan Mc Donald ), terdapat juga di tempat-tempat pembayaran bil-bil seperti di TNB, syarikat air negeri-negeri, dan beberapa tempat pemberi khidmat yang lain.

                                           Kounter Pandu Lalu Pembayaraan Bil

Satu hari saya juga hendak membayar bill air. Cumanya saya meletakkan kereta saya di tempat meletak kereta yang disediakan untuk pelanggan. Saya perhatikan kereta yang teraakhir, sebelum saya masuk membayar bill, masih tidak berganjak daripada kedudukan terakhirnya sedangkan saya telah selesai menjelaskan bil saya. Kemungkinan juga di ruang menunggu pada hari berkenaan tidak ramai orang.

Juga bukan menjadi kesalahan untuk membayar bil cara begini. Jika kebetulan tiada banyak kenderaan yang menunggu, tiada banyak masaalah. Kerap kali saya perhatikan berderet panjang. Situasi ini boleh disamakan dengan satu keadaan trafic jem di bandar-bandar. Maknanya banyak miyak petrol atau pun disel yang digunakan semasa menunggu dan membayar bil. Harga minyak telah naik semula. Jika harga minyak yang lama pun adalah sesuai kita berjimat cermat senantiasa, termasuk dalam urusan kita membayar bill.

Fikir-fikirkan...


Skian.


Dr Azizol bin Mohd Sharun. 

Thursday, January 29, 2015

MAKLUMAT MELALUI HADITV

Salam hormat,

Saya berkesempatan menonton satu siaran TV luar negara, iaitu HADITV. Maklumat yang sempat saya rakam dan di paparkan semula seperti berikut:-

       RASULLULLAH SAW BERSABDA : SESUNGGUHNYA ALLAH
        MENCINTAI SEORANG HAMBA YANG BERTAKWA, KAYA DAN 
        TERSEMBUNYAI

        (SAHIH MUSLIM, JLD 8, HALAMAN 215 )

Mungkin ramai diantara anda diluar sana yang sudah mengetahuinya . Sebabnya saya mengenengahkan sabda junjungan kita disini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran bahawa Allah mengkehendaki hambanya seorang yang KAYA.

Renong-renongkan...



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Monday, January 19, 2015

BERBELANJA DI PEKAN SEHARI

Salam hormat,

Saya yakin pekan sehari atau pun pekan Rabu dan sebagainya ada beroperasi di lokasi anda. Tengok lokasi, kepelbagaian barangan, kuih-muih dan bahan mentah makanan ada dijual disini. Ini membuatkan ramai yang berkunjung ke sini untuk membeli belah terutamanya sayuran dan ikan-ikan.

Bagi orang China yang berkunjung, mereka hendak membeli sayuran daripada kampung yang kurang menggunakan racun kimia. Pada musim tertentu, barangan dipekan sehari ini juga tidak semurah yang disangkakan.

Saya cuma hendak berkongsi pengalaman dalam hal ke pekan sehari ini. Satu perkara yang saya perhatikan ialah di awal pagi harga barangan didapati lebih mahal berbanding waktu sejam atau dua diakhir perniagaan. Di lokasi saya tinggal waktu beroperasi pekan sehari, pada setiap hari Ahad, ialah antara jam 7.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari. Dengan duit yang sama, saya boleh beli lebih banyak barangan jika saya datang kira jam 11 pagi, berbanding jika saya datang membuat belian pada jam 8.00 pg.

Bagi suri rumah, membeli awal mungkin dapat menyiapkan masakan untuk keluarga lebih awal. Jadi pilihlah waktu yang lebih sesuai buat anda. Cuba perhatikan trend harga ini di lokasi anda dan munafaatkan trend harga yang ada.

Selamat berhemah dalam perblanjaan.


Skian.


Dr Azizol bin Mohd Sharun