Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Monday, February 11, 2013

MENABUNG SETIAP BULAN 10% DARIPADA WANG PENCEN

Salam hormat,

Tajuk kita kali ini ialah menabung, dan bagi diri saya (sebagai contoh dalam penulisan ini), 10% daripada wang pencen setiap bulan. Terdahulu saya menyatakan, jika ini boleh dilakukan setiap bulan, maka untuk mencapai matlamat dipenghujung tahun 2013 adalah mudah.

Pertama sekali mari kita lihat rekod perbelanjaan saya pada akhir bulan Disember tahun 2012. Oh ya, sebelum itu elok saya maklumkan bahawa saya membuat catitan terperinci setiap perbelanjaan saya pada setiap hari. Ini telah menjadi sebahagian daripada kerja harian saya, semenjak tahun 1985 lagi. Cuma kini saya mencatit dengan menggunakan komputer dan satu software Excell yang saya telah bina, bagi memudahkan kerja-kerja pengiraan. Catitan kewangan ini adalah sebahagian daripada komponen Dairi Wawasan yang telah saya cipta.

Catitan pada 31hb Disember, 2012 adalah merupakan kumulatif wang masuk dan wang keluar bagi bulan tersebut dan mengikut rekod, saya telah TERLEBIH belanja sebanyak RM 3,128.24 sen. Lihat gambar berikut:-





Pada akhir bulan Januari,2013 saya juga telah terlebih belanja sebanyak RM 3,432.68 sen. Lihat rekod dibawah.



Jika keadaan sebegini berterusan, saya akan gagal menabung 10% darpada pendapatan (pencen) saya setiap bulan dan akan menjejaskan usaha untuk mencapai matlamat di penghujung tahun ini nanti.

Bagi anda di luar sana, sebelum anda boleh melakukan penabungan, eloklah juga diperhatikan keperluan asas perbelanjaan bulanan anda. Jika defisit anda terlalu besar, seperti kes saya di atas, amat sukar bagi anda untuk melaksanakan pelan tindakan tahun 2013 ini, iaitu menabung 10% daripada pendapatan bulanan anda. Tanpa catitan perbelanjaan ini juga akan menyulitkan anda untuk membuat dan melaksanakan strategi yang sesuai untuk mengawal perbelanjaan bulanan anda.

Bagi kedudukan saya, apa yang telah saya lakukan ialah membuat kajian menyeluruh pada perbelanjaan dua bulan lepas. Kajian ini dilakukan bertujuan bagi mengurangkan pembaziran. Melaluinya juga satu strategi lain yang lebih sesuai mungkian akan dilaksanakan, agar tidak terlebih belanja. Apabila ini boleh dilakukan, barulah saya boleh mengamalkan penabungan tanpa gangguan.

Jadi bagi anda pula, eloklah mula mengamalkan membuat catitan perbelanjaan harian ini, jika sebelum ini belum mengamalkanya. Ramai yang gagal melakukanya. Saya sedar bahawa budaya merekod atau mencatit ini hampir tiada pada orang Melayu.

Saya akan sambung bab penabungan ini di halaman yang akan datang.


Skian,



Dr Azizol Mohd Sharun

Friday, February 1, 2013

PELAN TINDAKAN ATAU PERANCANGAN TAHUN 2013

Salam hormat,

Saya mengingatkan semula, sebagai satu contoh, saya telah ada matlamat dan saya juga tahu di mana saya bermula.



Jika anda lihat semula penulisan saya yang baru lepas, komponen terbesar kenaikan nilai aset dalam tahun 2013 datangnya daripada usaha penabungan setiap bulan 10 peratus daripada wang pencen saya. Jika ini boleh dilakukan tanpa masaalah, maka dipenghujung tahun ini nanti sasaran saya akan tercapai mengikut perancangan.

Apakah anda boleh menabung 10% daripada pendapatan bulanan anda dan setiap bulan?? Mungkin menabung 10% daripada pendapatan bulanan anda dianggap perkara yang remeh dan terlalu mudah untuk di lakukan. Pengalaman saya tidak semudah yang kita jangkakan, walau pun pada tahap peratusan yang kecil.

Jadinya, satu aktiviti dalam pelan tindakan tahun 2013 saya ialah menabung 10 peratus daripada wang pencen saya setiap bulan. Dasar yang perlu saya amalkan pula ialah senantiasa berjimat cermat dalam berbelanja. Bermakna saya perlu ada satu sistem pemantauan perbelanjaan bulanan saya.

Anda boleh lah melakukan beberapa aktiviti tertentu dalam usaha anda untuk memastikan aktiviti di dalam pelan tindakan berjalan dengan baik.

Selepas ini kita akan melihat aspek penabungan wang, bagi menerangkan lagi pelan tindakan yang telah saya nyatakan di atas, apakah boleh dilakukan? Jika tidak boleh, apakah tindakan saya yang lain bagi memastikan amaun sebanyak 10% daripada wang pencen saya tetap dapat ditabungkan setiap bulan.


Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun