Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Sunday, March 4, 2018

RAKAN FB BANTU MEMASARKAN BUAH KUNDANG



Salam hormat,

Ini satu lagi contoh pengalaman saya bagaimana FB boleh membantu pemasaran hasil pertanian. Sebelum tahun 2017 setiap kali musim buah kundang, buah kundang yang ada terbiar sahaja dan sampai masanya buah-buah ini jatuh dan reput di bawah pokoknya sahaja.

Berlainan pula pada musim buah kundang yang baru lalu ini, kira-kira di penghujung tahun 2017. Memang saya telah membaca dan mendengan bahawa FB boleh digunakan untuk membuat jualan, termasuk hasil pertanian. Saya memang sudah lama ada FB tetapi kebanyakkan masa digunakan untuk berkawan biasa sahaja. Saya taklah ramai kawan di dalam akaun FB saya, ada kira 230 orang sahaj. Dengan jumlah kawan yang kecil ini mana mungkin saya boleh memasarkan buah kundang saya.

Fikir punya fikir akhirnya saya memberanikan diri untuk berkawan dengan salah seorang rakan FB saya yang mempunyai ramai kawan. Beliau ini mempunyai kira-kira 5,000 orang kawan di dalam akaun FB-nya. Setelah beberapa kali berbincang akhirnya beliau setuju untuk melaksanakan percubaan menjual buah kundang bersama saya dengan mengunakan kawan (suspect) yang begitu ramai bersama beliau.


Saya terus memberikan gambar buah kundang yang saya ambil di pokok di kawasan rumah saya dengan menggunakan kamera yang terdapat pada handfon saya. Gambar yang saya hantar adalah seperti berikut.



Gugusan kundang dipokoknya


Rakan saya terus membuka order di FB-nya. Rupanya begitu ramai kawan-kawan (suspect) beliau yang akhirnya berminat (prospek) dan meminta diberitahu bagaimana penjualan dan berapa harganya.


Setelah mendapat permintaan daripada beliau saya memetik buah kundang dan membungkus buah kundang seberat 1kg/sebungkus. Kami menjualnya dengan harga RM4.00 sekilogram buat permulaannya.

Bagi mengurangkan kos penghantaran bekalan, rakan saya hanya mengambil permintaan-permintaan yang terletak sekitaran satu laluan sahaja. Beliau secara berjadual balik ke kampungnya dengan menggunakan laluan ini. Jadi beliau balik beberapa kali sambil menghantar buah kundang yang dipesan.

Akhirnya kami berjaya menjual sebanyak 88Kg buah kundang pelbagai tahap masaknya. Bahkan tidak mencukupi, ada yang meminta sampai 10 kilogram. Tetapi kami menjualkan sekilo-dua sahaja bagi memberikan kepuasan kepada lebih ramai pelanggan. Kami berjaya mengumpul wang sebanyak RM459.00 bagi kegiatan ini. Buat permulaan, seperti yang saya nyatakan di atas tadi, dan sambil mencari pengalaman kami jual buah ini, kumpulan pertama hanya RM4.00/Kg. Memandangkan permintaan yang begitu baik, kami menjual pula dengan harga RM8.00/Kg diperingkat kedua. Masih banyak permintaan dankami tidak mampu membekal kerana kehabisan buah. Setelah selesai kami mendapat tahu di luar sana buah kundang tempatan dijual dengan harga RM15.00/Kg.

Baru-baru ini saya dimaklumkan di Kelantan, kundang yang berasal daripada negara seberang dijual dengan harga RM25.00/Kg.



Buah kundang sebelum dibungkus


Ini adalah pengalaman pertaman saya, menjualkan buah kundang, dengan berganding kekuatan bersama rakan FB saya. Jadi bagi mereka yang tidak mempunyai ramai kawan dalam FB..not a problem...anda masih boleh melakukan jualan dan sekali gus dapat menambah pendapatan.

Sebagai perancangan dimusim yang akan datang kami berhajat untuk menjual buah kundang yang lebih muda dengan harga RM10.00/Kg. Cadangan ini dibuat bagi mengurangkan kuantiti buah yang rosak, disebabkan terlalu masak.  Saya dapati juga hampir 100% yang membeli buah ini adalah kaum wanita. Ini adalah satu potensi yang amat besar dan satu peluang yang tidak akan saya abaikan di masa yang akan datang. In sha Allah.

Sekian, renung-renungkan pengalaman saya di atas dan buatlah sesuatu di lokasi anda di musim-musim mendatang.



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS).