Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Monday, January 28, 2013

PENETAPAN MATLAMAT KEWANGAN

Salam hormat,

Untuk bermula, anda perlu mengetahui di aman anda berada sekarang (dari sudut Nilai Bersih). Cuba masing-masing gunakan format pengiraan Nilai Bersih di dalam slide saya yang lepas. Kalau Nilai Bersih anda negatif, jangan bimbang. Dari sudut realitinya anda bermulalah disitu.

Untuk diri saya, sebagai contoh dan bagi memudahkan anda mengikuti penerangan ini, pada malam 31hb Disember lepas, Nilai Bersih saya ialah RM 172,937.20 . Satu nilai yang positif. Lihat slide berikut,



Saya bermula di awaal tahun 2013 ini dengan Nilai Bersih RM172,937.20.  Setelah meneliti pendapatan bulanan saya ( wang pencen), pulangan daripada saham yang ada (seperti dalam slide di atas), kenaikan nilai rumah dan tanah dalam setahun, serta komitmen kewangan saya di tahun ini, saya menetapkan matlamat kewangan saya bagi tahun 2013 ialah Nilai Bersih RM 182,400.00. Penambahan pada tahun ini dianggarkan sebanyak RM9462.00.

Bagaimana saya mendapat tambahan sebanyak RM9462.00 pada tahun 2013 nanti? Saya telah buat congakkan daripada aset yang ada, seperti berikut:-

1. Wang tabungan (daripada pencen yang diterima setiap bulan)=RM4,800.00
2. Dividen = RM1,360.00
3. Kenaikan nilai rumah kediaman (1%)=RM1,350.00
4. Kenaikan nilai tanah (1%) = RM152.00
5. EPF dividen (6%)= RM1,800.00

             Jumlah =RM9462.00

Apakah matlamat kewangan saya pada tahun 2013 realistik dan boleh dicapai??

Di dalam penetapan matlamat kewangan, pertama sekali ia misti boleh diukur dan dalam bentuk angka yang jelas. Keduanya, kita misti pastikan ia realistik dan boleh dicapai dalam keadaan biasa. Kita tidak menetapkan sasaran tersebut melalui pemikiran atau angan-angan sahaja.

Sekarang, sebagai satu contoh, saya telah ada matlamat kewangan yang perlu dicapai. Saya juga mengetahui dengan jelas dimana saya bermula. Jadi berikutnya kita kena sediakan satu perancangan untuk memastikan matlamat tadi tercapai di penghujung tahun ini nanti.

Penyediaan perancangan akan diterangkan di halaman berikutnya...


Skian,



Dr Azizol Mohd Sharun

Sunday, January 27, 2013

BAGAIMANA HENDAK BERMULA

Salam hormat,

Banyak sudah konsep, teori dan penerangan telah saya berikan sebelum ini. Persoalanya sekarang, bagaimana hendak bermula?

Saya akan terangkan nanti bagaimana kita harus bermula. Sebelum itu saya hendak ketengahkan dahulu satu alat pengukur atau penanda aras, dan boleh juga disebut sebagai indikator yang anda boleh gunakan di dalam memantau kemajuan usaha anda dan juga boleh digunakan di dalam menyediakan matlamat kewangan anda dipenghujung setiap tahaun. Alat tersebut saya namakan NILAI BERSIH atau dalam bahasa Inggerisnya sebagai NET WORTH. Nilai ini dalam Ringgit Malaysia (RM).

Cara mengiranya adalah seperti yang terdapat di dalam slide berikut.



Komponen ASET dan juga LIBILITY, sebenarnya lebih lagi daripada apa yang saya paparkan di atas. Paparan di atas pada hemat saya sesuai bagi penjawat awam. Apa yang penting ialah anda faham dengan jelas apa itu ASET dan apa itu LIBILITY. Di dalam proses pengiraan anda juga boleh membuat sebarang penambahan di ruangan yang bersesuaian.

Secara kasar, nilai bersih kewangan bagi seseorang ialah jumlah nilai aset ditolak segala tanggungan (RM) atau libiliti yang dia ada. Biasanya kita membuat kiraan ini dipenghujung setiap tahun, misalnya pada malam 31hb Disember. Biasanya pada waktu ini kita pergi beramai-ramai menonton tembakan bunga api sempena tahun baru, tak begitu? Jadi ditahun 2013 ini nanti tak payah lah membuang masa di Dataran Merdeka, lebih baik buat kiraan nilai bersih untuk diri kita atau keluarga kita.

Apabila kita sudah mengetahui kedudkan kita, soalan berikutnya pula, kemana kita selepas daripada tarikh berkenan? Maksud saya bagaimana pula dengan sasaran atau matlamat kewangan kita dipenghujung tahun berkenaan? Ingat menetapkan matlamat juga memerlukan sedikit ilmu dan kemahiran. Saya akan ulas kemudian.




Jika sudah tahu dimana kita bermula dan dimana pula akhirnya kita hendak berada, seterusnya sediakan satu perancangan bagaimana matlamat tadi boleh dicapai. Sediakan satu peta atau road map untuk perjalanan anda di sepanjang tahun berkenaan.





Proses menyediakan perancangan ini bukanlah semudah yang saya katakan. Ia sudah tentu memerlukan sedikit masa, satu minggu misalnya, untuk menyiapkanya. Lagi terperinci perancangan atau pelan tindakan yang anda sediakan, lagi mudahlah bagi anda melaksanakanya apabila sampai masanya.

Perancangan atau pelan tindakan itu samalah seperti kita merancangan untuk sesuatu perjalanan. Misalnya, sekarang saya berada di Kuala Terengganu (jam 8 pagi) dan saya dikehendaki berada di Putra Jaya besok jam 12 tgh hari. Jadi saya mula buat pilihan waktu nak bertolak, sama ada dengan kapalterbang atau kereta. Kalau dengan kereta berapa kali hendak berhenti rehat dan sebagainya supaya sampai di Putra Jaya jam 11.45 pagi. Biasanya jika kita berperancangan, dan berfikir di dalam menyediakanya, mudah bagi kita untuk berjaya. InsyaAllah.

Jika anda buat kesemua pelan tindakan yang telah dirangkan untuk sepanjang tahun berkenaan, pengalaman saya menunjukkan amat mudah apaila anda hendak melakukan muhasabah diri anda (sudut kewangan) dari masa ke semasa. Mungkin kita gagal dalam amalan kita pada tahun pertama, as the time goes by, saya yakin anda akan mendapat pengalaman dan menambah baik perancangan anda pada tahun-tahun yang akan datang.

Inilah yang kita biasa dengar, kita merancang untuk berjaya. Dalam bahasa Inggerisnya, success by design.

Kita juga biasa mendengar ungkapan bahawa, kita bukan merancang untuk gagal, tetapi kita gagal menyediakan satu perancangan yang baik untuk berjaya. We don't plan to fail, but many fail to plan. Begitulah kekuatannya suatu perancangan.


Bersambung...



Dr Azizol Mohd Sharun

Friday, January 25, 2013

APA IBU DAN BAPA PERLU BUAT UNTUK MENGALAKKAN ANAK-ANAK MEMBACA

Salam hormat,

Di halaman sebelum ini saya berjanji akan menghuraikan bagaimana ibu dan bapa boleh mengalakkan anak-anaknya suka membaca. Sebelum itu saya hendak paparkan sekali lagi bagaimana MINDA kita berfungsi.




Perhatikan, MINDA anak-anak boleh dipengaruhi melalui dua pancaindera iaitu MATA dan TELINGA sahaja. Pertama, jika kita hendak anak-anak membaca, ibu dan bapa kena membaca dahulu dan sekerap mungkin. Pertontonkan kepada mereka berulang-ulang kali. Ingat repeatition is a mother of success. Jika kita suruh anak membaca atau supaya mereka suka membaca, tetpi Ibu dan Bapa tidak sedemikian, maka proses dalam minda anak-anak , seperti di dalam slide di atas, tidak akan berlaku. Individu lain dalam masyarakat juga kena menunjukkan tabiat membaca yang sama.

Keduanya, nasehat (mulut) ibu yang berulangkali menekankan kebaikan membaca, akan mempengaruhi minda subconscious melalui pendegaran.

Saya sebelum ini ada menyatakan bahawa kebanyakkan tindakan kita seharian adalah dibawah kawalan subconscious mind. Apabila mata anak-anak melihat berulang kali ibu dan bapa mereka membaca dan masyarakat disekeliling mereka juga mengamalkan tabiat suka membaca, mesej yang berulang kalai ini akan sampai ke conscious mind dan seterusnya ke subconscious mind merekaCadangan yang berulang kali daripada conscious mind ini akan kekal di subconscious  mind dan diperlakukan, akhirnya tindakan rajin membaca itu akan selalu berlaku (tindakan) tanpa disedari.

Ibu dan bapa juga kena kerap pergi ke kedai buku (memperlihatkan kepada mereka) dan membawa mereka bersama. Apabila proses ini diulang berkali-kali, misalnya dalam 2 bulan berturut-turut (minima 42 hari) barulah terlekat di subconscious mind anak-anak, bahawa melawat ke kedai buku itu jadi satu tabiat semula jadi bagi mereka.

Ingat perpatah Melayu, bapa borik anak rintik?

Leadershp by example, atau kepimpinan melalui tauladan juga berlaku atas kaedah yang serupa.

Jika minda anak-anak kita diasuh setiap hari dengan pemandangan di rumah di mana ayah penghisap rokok. Apa akan jadi? Sukarlah pihak lain hendak menyatakan bahawa merokok itu merosakkan kesihatan. 

Demikian jugalah kaedahnya, jika kita hendak generasi yang akan datang lebih disiplin diatas jalan raya, ibu dan bapa apabila bersama mereka di dalam kenderaan, kenalah mempamirkan cara pemanduan yang sepatutnya. Meletakkan kenderaan di tempat yang betul. Kita kena semia beih-benih kebaikan ini disepanjang masa. 

Generasi yang suka menabung juga akan berlaku jika ibu dan bapa turut menabung di rumah. Perangai ibu dan bapa yang boros juga akan diikuti oleh anak-anak mereka. Apabila mereka ini dewasa, maka sukarlah hendak mengumpulkan modal, walau pun mereka bergaji besar, untuk membuat pelaburan.

Peranan ibu dan bapa ini amat mustahak sekali semasa anak-anaka ini masih kecil sehinggalah mereka mencecah umur dewasa.


Sekian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Wednesday, January 23, 2013

MINDA ANDA PERLU KAYA DAHULU

Salam hormat,

Seterusnya saya ingin meyakinkan anda bahawa MINDA anda berperanan penting dalam usaha anda menuju ke kebahagian kewangan. Anda biasa dengar komitmen tersangat penting. Disiplin perlu ada dan senantiasa di amalkan untuk berjaya, dalam apa juga bidang sekali pun. Anda juga sedar usaha anda adalah berbentuk jangka panjang. Kesemuanya ini akan bergantung kepada mind set yang betul.

Sebagai satu perbandingan, pentingnya MINDA di dalam usaha anda, kita biasa melihat satu usaha untuk menguruskan badan berakhir dengan kegagalan, kenapa? Aktiviti dieting mampu bertahan untuk beberapa hari sahaja. Ini semua berakhir kerana ketiadaan komitmen dan motivasi yang berterusan. Minda tidak di perbetulkan dahulu sebelum memulakan usaha. Tanpa keyakinan diri segala usaha akan gagal.

Anda kena faham bahawa hanya tindakan anda yang akan membuahkan hasil. Dalam kes ini, misalnya menabung berterusan baharulah akan wujud modal yang boleh dilaburkan. 




Jika begitu adanya, maka anda perlulah memperkayakan MINDA anda dahulu dan seterusnya, baharulah usaha anda akan berterusan dan insyaAllah akan berjaya. Di dalam usaha memperkayakan MINDA ini anda sekali gus akan mempelajari bagaimana hendak menjadi kaya.




Sebelum kita melihat bagaimana kita boleh memperkayakan MINDA, mari kita lihat sejenak bagaimana MINDA berfungsi dalam hal ini. Saya terjemahkan ia dalam bentuk yang mudah, seperti berikut:-




Sila perhatikan hubungan antara MATA (melihat), TELINGA (mendengar), Concious mind, subconcious mind dan tindakan. Perhatikan juga kebanyakkan tindakan seharian kita adalah dipengaruhi oleh Subconcious Mind. Bermakna hampir automatik. Apabila subconcious mind kita telah diyakinkan, melalui mesej daripada concious mind yang berulangkali (yang datangnya dan berpunca daripada pendengaran atau penglihatan yang juga berulang kali), maka tindakan menabung itu menjadi sebahagian daripada usaha harian kita secara automatik.

Ramai yang menyatakan kepada saya perbuatan menabung SECARA BERTERUSAN amatlah sukar, sungguh pun amauan yang perlu ditabungkan setiap bulan itu kecil, kira-kira 10% daripada pendapatan anda sahaj.Ini semua berpunca daripada mind set atau MINDA yang tidak diperbetulkan dahulu.

Saya mencatit dengan terperinci setiap sen perbelanjaan harian saya. Saya telah melakukanya, dan kini dengan mudah dan automatik, semenjak 10 tahun yang lepas. Kenapa saya boleh melakukannya dan tiada rasa susah atau terlupa sehari pun? Ini semua berpunca daripada MINDA yang telah diperbetulkan dahulu dan berterusan. Ramai yang menyatakan ianya sukar dilakukan.

Seterusnya, bagaimana kah kita boleh memperkayakan MINDA kita? Perhatikan dua slide berikut.








Jadi, bacalah buku-buku tersebut (berulang kali), atau dengarlah ceramah bab kewangan ini dari masa ke semasa. Kesemua ini akan membantu anda dan membolehkan anda mengambil tindakan setiap hari dalam perkara yang berkaitan. Nanti anda juga akan sering bertanyakan kepada diri anda, sebelum membuat sesuatu perbelanjaan atau tindakan, anda akan menilai dahulu apakah hasilnya perbelanjaan ku ini? Adakah ia akan menyumbang kepada usaha saya untuk menabung?

Kekuatan MINDA ini tidak terhad kepada usaha menabung sahaja atau usaha lain yang berkaitan. Kita boleh menggunakan kefahaman kita dalam hal ini bagaimana hendak mewujudkan anak-anak yang suka mambaca, misalnya. Bagaiman kita boleh menyemaikan gaya pemanduan berhemah di jalan raya juga boleh menggunakan pendekatan yang sama....saya akan huraikan dua perkara ini di halaman yang akan datang...


Skian, untuk kali ini.


Dr Azizol Mohd Sharun

STRATEGI JANGKA PANJANG ANDA

Salam hormat, bertemu kita kembali. 

Kali ini saya hendak mencadangkan supaya kita ada strategi jangka panjang untuk berjaya dalam kewangan. Apapun yang anda tengah fikirkan, kita elok sekali jika memiliki satu strategi atau road map perjalanan kita menuju ke arah kebahagian kewangan yang anda inginkan.

Strategi tersebut berbunyi begini,



Perhatikan pelaburan anda lebih berupaya mendatangkan wang dan berterusan jika dibanding dengan kita sendiri yang bekerja menghasilkanya.

Dipaparkan dari sudut lain, bagi memudahkan anda faham, adalah seperti slide berikut,




Bagi anda yang telah berumur seperti saya, bagaimana? Anda masih boleh menggunakan strategi yang terdapat di dalam kotak yang kedua (kanan). Cumanya kaedah anda untuk mendapatkan aset berbeza dan perlukan yang terpantas.

Itu sebabnya, saya mencadangkan supaya mereka yang baru mula bekerja, mengetahui perkara ini. Dengan permulaan yang awal, perjalanan anda lebih selesa, berbanding dengan mereka yang sudah menjangkau 50 tahun.

Bagi mereka ini, secara keseluruhannya strategi ini boleh dilihat dalam bentuk slide berikut,




Saya yakin ianya bukanlah satu perkara yang sukar untuk difahami. Fahami baik-baik, fikirkan apa yang anda boleh buat atau ubahsuai strategi di atas bagi disesuaikan dengan kedudukan umur anda sekarang. Seterusnya , jangan lupa, ambil tindakan.

Skian, buat kali ini dan bersambung di halaman yang akan datang.



Dr Azizol Mohd Sharun

Tuesday, January 22, 2013

EKONOMI HEBAT MASYARAKAT SEJAHTERA

Salam hormat,

Seterusnya saya hendak memberikan pandangan bahawa sebarang peningkatan dan penambahbaikan ekonomi( kewangan) bagi setiap individu orang Melayu akan memberikan kesan yang besar terhadap kesejahteraan keseluruhan bangsa. Bukan dengan cara peningkatan gaji semata-mata, atau melalui pemberian bonus dan sebagainya, tetapi yang lebih mustahak melalui amalan pengurusan apa yang mereka perolehi setiap bulan.

Melalui pengalaman sendiri, keluarga, serta keluarga terdekat kesan kepada kesejahteraan masyarakat Melayu boleh saya gambarkan melalui slide berikut:-



Saya perhatikan, apabila keluarga itu miskin, kesihatan ahli keluarga tidak terjaga. Perpecahan keluarga banyak berpunca daripada masaalah kewangan. Tidak dinafikan juga, terlalu banyak masaalah sosial hari ini yang juga berpunca daripada kemiskinan di peringkat ibu dan bapa. Sebagai contoh, apabila anak-anak remaja hari ini tidak ada handphone teknologi terkini, kerana ibu atau bapa tidak mampu, berpunca dari persaingan dengan rakan-rakan, mereka berusaha mendapatkannya dengan cara yang tidak betul, dan berbagai lagi.

Saya juga percaya, rasuah mudah berlaku apabila penjawat awam itu berada di dalam kedudukan tekanan ekonomi, sama ada dari keluarga sendiri mahu pun daripada masyarakat secara amnya. Keadaan ini akan lagi diburukkan apabila iman mereka tidak kukuh. Itu sebabnya saya menyatakan pentingnya mereka ini diberikan pendedahan bagaimana sepatutnya mereka menguruskan pendapatan yang diperolehi setiap bulan. Pengalaman saya juga menunjukkan ramai kakitangan awam boleh keluar daripada tekanan ini, jika mereka tahu bagaimana cara menguruskan kewangan masing-masing. Isu ini bukanlah boleh diperbetulkan dalam masa singkat. Ia memerlukan usaha berterusan.

Rumusanya ialah, KEFAKIRAN ITU MENDEKATKAN KITA KEPADA KEKUFURAN.
Ingatlah, kita semua dilahirkan sama. Apa yang didedahkan selepas itulah yang membezakan kita semua.

Skian dahulu buat kali ini...bersambung.



Dr Azizol Mohd Sharun

Monday, January 14, 2013

KONSEP PERTAMA: ANDA ADALAH PENGURUS KEPADA DIRI ANDA SENDIRI

Salam hormat,

Sebelum ini saya menyatakan betapa pentingnya aspek pengurusan kewangan peribadi ini. Seterusnya juga saya ada menekankan bahawa menguruskan wang yang kita dapat lebih penting daripada usaha mencarinya.

Dalam penulisan kali ini saya, seterusnya hendak menekankan pula si pengurusnya, iaitu orang yang akhirnya membuatkan sesuatu itu berlaku atau pun tidak.

Sehubungan dengan perkara yang tersebut di atas, saya hendak mengenengahkan satu konsep yang teramat penting dalam hal pengurusan kewangan peribadi ini. Saya ulangi sekali lagi, satu konsep yang teramat penting lagi power .  Saya mengharapkan anda memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian agar dapat memahami konsep terpenting ini. Tanpa kefahaman yang tepat, usaha anda mungkin gagal.

Konsepnya ialah seperti yang di paparkan oleh slide berikut,



YA, ANDA ADALAH PEMIMPIN/PENGURUS KEPADA DIRI ANDA SENDIRI. ATAU pun anda adalah pemimpin/pengurus kepada sesiapa sahaja yang anda pimpin, misalnya keluarga anda. Mungkin anda lebih memahami konsep ini jika saya tulis dalam bahasa Inggeris : YOU are the manager of your own self.

Tidak boleh dinafikan, pemimpin/pengurus misti bijak mengurus (salah satu daripadanya ) untuk berjaya, di dalam apa bidang sekali pun.

Bermakna, jika anda miskin atau susah, senantiasa tidak cukup duit, atau pun kedudukan kewangan anda biasa-biasa sahaja JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN ATAU PUN KERAJAAN YANG MEMERINTAH. Cuba perhatikan orang Tionghwa, dalam kerajaan yang sama juga dengan kita, mereka boleh maju dan menguasai ekonomi negara ini.  Orang Melayu miskin, kerana orang Melayu itu sendiri.  Individu itu susah atau miskin kerana individu itu sendiri. Selagi mereka tidak memahami konsep ini, dan terus menuding jari kepada pihak lain, selagi itulah mereka ini tidak akan berubah. Jangan salahkan ibu bapa kerana tidak memberikan ilmu pengurusan kewangan ini kepada anda. Sekarang anda mampu bergerak dan carilah ilmu berkenaan.

Itu sebanya di awal-awal penulisan ini lagi saya ada menyatakan perimustahaknya anda memahami dan menerima konsep ini.

Seterusnya, perhatikan perbandingan berikut antara anda dan sebuah syarikat.



Syarikat disebelah kanan, perhatikan ia ditadbirurus oleh seorang Pengurus atau CEO. Jika syarikat ini di tahun kewangan yang lalu mengalami kerugian yang teruk, ahli lembaga pengarah syarikat boleh memecat Pengurus berkenaan dan mengantikanya dengan Pengurus yang baru. Mudah-mudahan, dalam tahun kewangan yang baru syarikat beroleh keuntungan besar. TETAPI kedudukan anda disebelah kiri berbeza. Jika akaun tahunan anda bertambah negatif aliran tunainya, pengurus TIDAK BOLEH DITUKAR, kerana si pengurus dan diri anda adalah satu identiti yang sama. Di sinilah letaknya kepentingannya anda misti bijak mengurus dan terus mencari ilmu dan kemahiran dalam bab pengurusan kewangan ini. Berbeza dengan keadaan dalam sebuah syarikat tadi.

Perhatikan slide berikutnya pula,



Perhatikan, konsep ini sama aplikasinya dengan individu tadi. Jika kita sebagi suami tidak pandai menguruskan kewangan akibahnya pada keluarga. Keluarga menanggung kesusahan kerana si suami tidak pandai atau bijak mengurus. Apakh boleh jika isteri dan anak-anak berpakat, oleh kerana kita miskin atau pun susah, mari kita tukar suami/ayah kamu, supaya kedudukan ekonomi kita bertambah baik. Boleh? Tentunya tidak, kecuali mereka bercerai.

Jadi marilah kita amat-amati konsep ini dan ambilah tindakan, terpenting berilmu, walaupun menuntut ilmu ini menjadi satu kewajipan dalam Islam.


Skian dahulu bersambung...



Dr Azizol Mohd Sharun

FAEDAH MENGIKUTI PENULISAN INI

Salam hormat,

Setakat penulisan yang lepas, saya telah melakarkan perkara-perkara yang perlu anda ketahui, sehinggalah menjalani kehidupan, seperti kebanyakkan orang.

Sebelum saya pergi lebih jauh, saya ingin menyatakan kepada anda, beberapa faedah yang anda akan dapat, apabila anda terus menerus mengikuti pembentangan dan penulisan saya dalam bab ini. Diantaranya termasuklah:-

1.Anda akan mengetahui kaedah serta instrumen kewangan yang anda boleh 
  gunakan untuk lebih berjaya dalam hal kewangan ini,
2. Anda akan lebih menyedari bahawa setiap individu mampu beroleh keadaan kewangan atau tahap ekonomi yang lebih baik dengan pendapatn sedia ada,
3. Anda akan faham bahawa saiz pendapatan seseorang bukanlah pengukur yang terpenting untuk berjaya dalam kewangan,
4. Anda akan mengetahui untuk merancang dan menggunakan tempoh hayat anda untuk lebih berjaya,
5. Anda akan sedar bahawa untuk berjaya dalam hal kewangan ini memerlukan ilmu serta kemahiran tertentu dan anda semua boleh pelajari serta perolehi,
6. Saya berharap penulisan ini dapat memberikan suntikan atau motivasi kedalam diri anda seterusnya berasa lebih yakin dan akhirnya berjaya di dalam menguruskan pendapatan bulanan masing-masing. 

Satu daripada pencapaian yang penting, setelah anda didedahklan kepada aspek pengurusan kewangan peribadi ini, serta melaksanakan beberapa tindakan yang perlu, ialah akan wujudnya keadaan di setiap bulan di mana aliran tunai anda menjadi positif dan dengan itu nanti anda mampu untuk meneruskan penabungan. Tahap berikutnya ialah menggunakan dana yang terkumpul untuk membuat pelaburan. Demi masa, insyaAllah anda akan berjaya atau paling kurang berada di kedudukan kewangan yang lebih selesa, berbanding sebelum anda didedahkan dengan maklumat dalam penulisan ini.

Anda mungkin berkata " saya sudah terlewat ". Tidak mengapa, perbaiki apa yang sempat. Anda tentu akan merasai sedikit kelegaan nanti.

Skian sahaja dahulu buat kali ini dan akan bersambung di halaman yang akan datang.


Dr Azizol Mohd Sharun

Thursday, January 10, 2013

BELI KENDERAAN YANG TERPAKAI

Salam Sejahtera,

Seterusnya saya ingin menyentuh tentang kenderaan yang seeloknya digunakan, dalam usaha kita untuk mengumpul dana untuk pelaburan. Kebiasaanya seseorang apabila bekerja sahaja akan berusaha untuk memperolehi sebuah kenderaan yang baru baginya atau untuk keluarga. Kenderaan hari ini bukan lagi dianggap sebagai satu kemewahan tetapi satu keperluan. Tetapi tidak semestinya yang baru, betul?

Saranan saya, jika kita serius dalam usaha ke arah kekayaan ini, paling baik kita membeli kenderaan yang sudah terpakai ( second hand ). Jika yang sudah terpakai pun, carilah yang telah digunakan dalam lingkungan setahun dua sahaja. Tengok pada geran kenderaan untuk kepastian. Elakkan juga membeli kereta yang tidak terlibat dalam kemalangan.

Pengalaman saya menunjukkan, jika kita membeli kenderaan yang terpakai, seperti yang saya nyatakan di atas, anda akan dapat berjimat sehingga 40% berbanding apabila anda membeli kenderaan yang baru. Kenderaan berkenaan masih digunakan sehingga ke hari ini, setelah melalui beberapa siri pembaikan kecil.

Kenderaan hanyalah kenderaan dan bukan untuk tujuan lain. Kalau kita suka kepada persaingan dan mengenepikan tujuan asal kenderaan itu diperolehi, saya yakin anda akan berasa sukar untuk maju kehadapan dalam usaha anda mengejar cita-cita anda. Jika anda rasakan motorsikal adalah kenderaan yang sesuai, memandangkan anda masih bujang, kenapa tidak. Kenapa kita misti ikut orang lain. Jadi perolehlah kenderaan yang bersesuaian dengan gaya hidup kita.



Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Wednesday, January 9, 2013

Tindakan Berikutnya : Membeli sebuah rumah untuk kita sendiri

Salam sejahtera,

Dalam perjalanan seseorang menuju ke kayaan, usaha seterusnya ialah membeli sebuah rumah untuk kediaman, sama ada untuk diri sendiri (jika belum bekeluarga) atau untuk keluarga yang tersayang.

Mungkin anda berkata, elok menyewa sahaja. Jika demikian pandangan anda, tabiat menyewa ini hanya membantu tuan rumah yang disewa, dan dia akan memperolehi rumah tersebut akhirnya dengan harga down payment sahaja. Anda tidak dapat apa-apa. Berlainan jika anda membayar down payment dan seterusnya membayar ansuran setiap bulan ke bank, mungkin lebih sedikit daripada nilai sewaan bulanan. Tetapi akhirnya anda akan memiliki satu aset, iaitu sebuah rumah. Pendekatan begini juga memberikan anda satu ketenteraman minda, berbanding jika anda sebagai penyewa.

Di Malaysia, usaha ini tidaklah begitu susah. Mungkin memerlukan antara 6 ke 10 tahun juga. Tempoh ini ialah bagi mengumpul modal, sebanyak yang diperlukan untuk bayaran pendahuluan untuk perolehan. Modal ini bergantunglah kepada nilai rumah yang hendak diperolehi. Bayaran pendahuluan ( Down payment ) ini biasanya 10% daripada nilai perolehan sesebuah rumah. Saya ingatkan belilah sebuah rumah yang termampu dan dirasakan selesa oleh kita.

Jika anda seorang kakitangan kerajaan, gunakanlah kemudahan pinjaman perumahan yang anda miliki. Segerakan membuat pinjaman. Saya dahulu agak lewat membuat pinjaman perumahan, dan berasa rugi, iaitu masa dan amauan yang perlu dibayar untuk rumah berkenaan. Jika anda meminjam awal, ada sempat membuat pinjaman yang ke dua, sebelum anda bersara. Bukan itu sahaja, nilai rumah yang anda beli awal, diambang persaraan, nilainya telah naik dua kali ganda dan ada yang sampai tiga kali ganda bergantung kepada lokasi.

Jika anda menduduki kuarters kerajaan, atas kepentingan tugas, belilah rumah di lokasi yang berpotensi. Misalnya di sekitaran universiti, kolej atau pembangunan pembandaran komersial yang baru. Apabila pelajar secara berkumpulan yang menyewa rumah anda, saya percaya bukan sahaja anda dengan mudah membuat bayarn setiap bulan kepada bank ( atau perumahan kerajaan ), tetapi juga ada lebihan yang turut memberikan anda pendapatan tambahan setiap bulan.

Sebenarnya anda pilihlah strategy perolehan yang sesuai dan menguntungkan. Perhatikan mereka yang lain. Senantiasa melihat perkembangan atau pembangunan pesat berhampiran anda. Jangan asyek atau sibuk bekerja sahaja. Gunakan cuti yang ada untuk berbuat sesuatu untuk masa depan anda.

Skian, buat kali ini.


Dr Azizol Mohd Sharun

Friday, January 4, 2013

GAYA HIDUP YANG SERBA SEDERHANA

Salam Sejahtera,

Seterusnya sebelum saya menyentuh tentang menabung, perlu saya tekankan amat penting dan mustahak seseorang itu menyara kehidupanya secara sederhana ( live within your means ). Sukar saya perincikan makna gaya hidup sederhana ini. Pentingnya gaya berbelanja bersesuaian dengan pendapatan kita. Jika gaji kita besar, makna sederhana itu berbeza dengan orang yang bergaji kecil.

Ini bukan bermakna anda kena menjalani kehidupan ini dalam keadaan kesusahan atau sengsara seperti orang miskin. Perlu diingat elakkan sama sekali tekanan kepada bajet bulanan anda.

Sepekara lagi, saya juga menyarankan supaya anda tidak merokok. bagi sesiapa yang merokok, kurangkan secara perlahan dan kalu boleh berhenti terus akhirnya. Saya akan cerita kemudian bab merokok ini dan kaitanya dengan usaha anda menuju ke tahap kekayaan.

Di Malaysia kita perhatikan banyak perbezaan kos sara hidup  antara beberapa lokasi. Misalnya di Kelantan, kos sara hidup mungkin jauh lebih murah jika di bandingkan dengan di bandar yang besar seperti K Lumpur atau Johor Bharu. Bermakna, jika anda terpaksa berhijrah demi untuk mereliasasikan impian anda eloklah berbuat demikian. Tambahan kita sudah Satu Malaysia! Dengan pendapatan purata RM1,500.00 sebulan di Kuala Lumpur berkemungkinan sukar bagi anda ada lebihan pendapatan setiap bulan untuk menabung, berbanding jika anda tinggal di Kota Bharu, Kelantan. Kos keperluan asas setiap bulan berbeza antara lokasi. Jadi carilah lokasi yang sesuai buat anda.

Thursday, January 3, 2013

PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI

Salam sejahtera,

Paparan kali ini saya hendak meyakinkan anda betapa pentingnya aspek pengurusan kewangan peribadi ini. Perhatikan slide berikut:-



Daripada slide di atas juga memberi makna, saiz pendapatan seseorang bukanlah sesuatu yang terpenting. Ini tidaklah bermakna berpendapatan yang kecil lebih baik daripada berpendapatan besar.

Saya perhatikan di Malaysia ini, hampir semua kita berpendapatan. Ini adalah merupakan tahap pertama dan terpenting kearah kejayaan kewangan. Maknanya, ramai di antara kita padai sudah mencari wang. Rata-rata yang bermasaalah ialah dalam menguruskan wang yang ada. Jadi penulisan saya ini akan banyak memperlihatkan aspek pengurusan kewangan ini. Bab pengurusan ini bukanlah sesuatu yang terlalu susah dan hanya ada pada mereka yang berijazah atau berkelulusan doktor falsafah sahaja. Sebenarnya tidak. Ramai yang berijazah tinggi, akhirnya tidak mencapai kebebasan kewangan.

Saya pernah terjumpa seorang peneroka rancangan tanah persekutauan (FELDA), dalam tempoh lebih kurang 30 tahun menjadi peneroka, beliau mampu mengumpul aset berjumlah RM5 juta. Perhatikan betul-betul seorang peneroka. Anda lebih hebatkan...

Jadi mengurskan wang itu penting dan carilah ilmu mengenainya.


Bersambung di halaman berikutnya...


Skian.


Dr Azizol Mohd Sharun

KEWANGANYA TURUT BAHAGIA

Salam Sejahtera,

Bagi seseorang, apabila KEWANGANYA TURUT BAHAGIA, saya bermaksud suatu keadaan atau kedudukan kewangan seseorang yang dicapainya di mana di dalam proses kehidupan seharianya wang tiada menjadi satu masalah baginya. Dengan perkataan yang mudah dia seoarang yang KAYA RAYA. Apa sahaja kehendaknya boleh dibeli atau diperolehi tanpa masaalah.

Kadangkala semasa saya menjalankan SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI, saya sering dinasehatkan atau dipersoalkan bahawa WANG bukan segalanya. Betul dan tepat sekali. Tetapi malangnya hari ini dan juga di masa-masa yang mendatang segalanya memerlukan wang.

Dengan wang dan harta yang banyak, kita akan dapat menjalankan banyak kebajikan mengikut kehendak agama kita, seperti berzakat, bersedekah, membantu yang memerlukan dan sebagainya. Bagi saya, seorang anak yang kaya raya dan hebat ialah mereka yang dapat memberikan banyak kebaikan dan kesenangan kepada kedua ibu bapanya. Misalnya, apabila mereka sakit, mereka diberikan rawatan di hospital pakar. Mereka juga membiayai pemergian kedua ibu bapa mereka ke tanah suchi (Haji dan umrah) serta keselesaan apabila mereka berjalan. Ini diantara hasrat dan cita-cita saya kenapa pentingnya setiap individu muslim kita berkedudukan ekonomi yang terbaik mungkin.

Ada juga pihak yang mengata dan mengingatkan saya bahawa wang adalah punca kepada segala kemaksiatan. Itu bagi mereka yang tidak atau kurang beriman. Di dalam agama kita, keadaan disebaliknya adalah lebih berbahaya, iaitu kefakiran mendekatkan kita kepada kekufuran. Pada hemat saya yang diajar oleh agama kita lebih betul. Cuba anda perhatikan disekeliling kita hari ini. Anak-anak yang miskin (tidak berduit) terlalu sibuk bekerja mencari wang, satu daripada kesan negatifnya ibu-bapa terbiar. Lebih serius lagi apabila anak-anak kurang mendapat kasih sayang kedua ibu bapa kerana sibuk mencari duit. Di sinilah puncanya kenapa ramai anak-anak muda kita hari ini lalai kepada agama, mendurhaka kepada kedua ibu bapa dan sebagainya.

Saya juga membuat kesimpulan, masaalah yang melanda masyarakat Melayu hari ini adalah berpunca daripada kemiskinan kita. Seseorang itu tergamak menerima RAHSUAH kerana dia miskin.

Jadi, bagi saya elok berkeadaan kaya-raya, disampiang beriman dan bertakwa, daripada miskin dan melarat.

Bagaimana kah seseorang itu boleh mencapai tahap bahagia kewangan itu? Kalau dilihat dari sudut prinsipnya mudah sahaja. Pertamanya berpendapatan. Keduanya, setiap bulan ada lebihan daripada pendapatan itu untuk di kumpul dijadikan modal. Modal yang terkumpul ini pula akan dilaburkan ditempat yang menguntungkan. Perbesar dan perbanyakkan pelaburan, demi masa, insyaAllah seseorang itu akan menjadai kaya, atau kewanganya bahagia. Dalam perkataan Inggerisnya ialah FINANCIAL FREEDOM.

Jikalaulah begitu mudah, kenapa ramai tidak boleh sampai ketahap bahagia kewangan itu tadi? Jawapan mudahnya, ramai tidak berilmu mengenai wang dan tidak pula pandai menguruskan wang yang ada. Bersambung di penulisan yang berikutnya....

Skian


Dr Azizol Mohd Sharun

Wednesday, January 2, 2013

KEBAGAHIAN DI DUNIA

Salam sejahtera,

Sebagai kesimpulan, kebahagian di dunia, pada kefahaman saya adalah seperti berikut;



Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

PRAKATA

Selamat Tahun Baru 2013 dan Salam Sejahtera.

Baru-baru ini saya terima satu sms daripada seorang kawan dan berbunyi seperti berikut:-

" Selamat Tahun Baru 2013, semoga di tahun ini Dr dianugerahkan kekayaan dan kesihatan yang baik,amin"

Kalau kita lihat sms itu seimbas lalu, nampak biasa dan ramai yang menerimanya di setiap penghujung tahun seperti sekarang ini. Tetapi jika kita renung sejenak sms yang sama, selain daripada ianya adalah satu doa, ia adalah merupakan satu harapan yang baik dan akan tinggal harapan jika kita tidak berbuat sesuatu di sepenjang tahun ini.

Persoalanya bagi saya yang menerima sms sebegini, apakah usaha saya supaya kata-kata di dalam sms ini benar-benar menjadi kenyataan, selewatnya dipenghujung tahun 2013 nanti.

OK baik, habis tu saya hendak buat apa selepas ini?

Di dalam sms tersebut terdapat 2 perkataan yang amat penting. Pertamanya KEKAYAAN dan kedua KESIHATAN. Kita sebagai seorang umat Islam dituntut mencari KEBAHAGIAN DI DUNIA DAN KEBAHAGIAN DI AKHIRAT. Perhatikan betul-betul ayat terakhir itu. Bagi kefahaman saya perkataan KEKAYAAN DAN KESIHATAN itu adalah merupakan sebahagian daripada ungkapan KEBAHAGIAN DI DUNIA.

Kefahaman saya juga seterusnya KEBAHAGIAN DI DUNIA turut merangkumi elemen-elemen berikut:-

1. SPIRITUAL
2. KEKELUARGAAN
3. MASYARAKAT

Jika anda mempunyai kefaham yang berbeza dengan saya, tidak mengapa.

Saya akan menggunakan KEKEYAAN sebagai elemen yang akan dikupas secara mendalam dan anda bolihlah menggunakan pendekatan yang sama bagi elemen-elemen yang lain, yang perlu anda berbuat sesuatu untuk mencapai kejayaan seperti yang di sms kan.

Ikuti halaman berikutnya...


Sekian dahulu,


Dr Azizol Mohd Sharun