Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Friday, October 8, 2021

MELAKSANAKAN S.O.P COVID 19 MEMERLUKAN WANG

Salam hormat,

Setelah kira-kira dua tahun pendemik covid – 19 melanda negara kita, saya perhatikan usaha untuk kita melindungi diri (dan juga lindung semua) memerlukan kewangan. Di tokok dengan kenaikan harga barangan kebelakangan ini, kos yang terpaksa di tanggung, jika di kumpulkan dan bergantung kepada strategi individu, mungkin boleh menambahkan beban kewangan seseorang.

Kos yang jelas dalam usaha kita untuk melaksanakan S.O.P covid 19 bagi saya dan keluarga termasuklah:-


1. Penutup hidung & mulut (face mask),

2. Cecair pembersih kuman (sanitaizer),

3. Sabun pencuci tangan dan pakaian.

4. Alat komunikasi (pilihan/optional).

5. Cop nama & pen (pilihan/optional)

Mari kita lihat kos untuk setahun penggunaan face mask sahaja. Saya gunakan jenis yang dijual di kedai ubat (pharmacy) sebagai bahan rujukan. Saya juga andaikan anda berdua sahaja dan tiada anak. Kekerapan membeli keperluan harian (barang dapor dsb.) sekerap 2 kali dalam seminggu.

Kos face mask untuk sebulan seorang (dianggarkan) : 

                                = RM 1.66 /minggu X 4

                                = RM 6.64 / bulan

                                = RM 79.68 / tahun

Bagi tempoh 2 tahun keperluan face mask sahaja, untuk dua orang di anggarkan sebanyak RM 318.72. Jika anda mempunyak ramai anak, misalnya 4 orang, harga ini boleh mencecah RM 1,000.00/sekeluarga.

Sekarang wabak covid-19 telah mula memasuki fasa endemic. Saya jangkakan kita masih memerlukan penerapan S.O.P ini dan akan berterusan selama kira-kira 3 tahun lagi. Berapa kah agaknya kos face mask sahaja untuk melaksanakan S.O.P? Apabila kita membuat penilaian sebegini anda mungkin baru perasan kesemua ini (3 kos utama yang saya gariskan di atas) akhirnya memerlukan kewangan yang boleh membebankan, jika kita tidak memikir dan mengunapaki strategi yang terbaik.

Bagi face mask, strategy yang berkesan yang saya pakai ialah, di peringkat mula perlaksanaan S.O.P, saya telah memilih untuk memperolehi sejenis face mask yang di perbuat daripada kain (gambar di bawah). Jenis ini boleh dicuci dan digunapakai semula. Saya masih gunakan yang saya perolehi dahulu, sehingga ke hari ini. Saya percaya ia masih elok dan berfungsi untuk 3 tahun lagi. Harga asal face mask jenis ini ialah RM 50.00/7 keping(termasuk kos pos). Ia lebih jauh menjimatkan.


                                                            Face Mask Daripada kain

Pembersih tangan (hand sanitaizer) juga merupakan satu kos yang tinggi akhirnya. Untuk 250 ml sanitaizer berharga kira-kira RM23.00. Anggaran saya untuk setahun bagi kegunaan seorang ialah RM 75.00. Jika kita sekeluarga memiliki 4 orang anak, kos ini boleh mencecah RM 600.00 untuk dua tahun.


                                                            Pembersih Tangan


Jadi apakah strategi yang sesuai bagi kita pakai untuk mengurangkan kesemua kos-kos tersebut?

Pengalaman saya menunjukkan strategy DUDUK DI RUMAH ( STAY HOME ) adalah merupakan yang terbaik dari segi kos dan perlaksaanaan S.O P covid-19. Keluar apabila benar-benar perlu sahaja.


Sekian, renung-renungkan.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MagrS).