Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Saturday, December 21, 2013

BERHATI-HATI KETIKA MENGISI MINYAK DI STEYSEN MINYAK

Salam hormat,

Kali ini saya ingin menceritakan satu pengalaman ketika mengisi minyak kereta di salah sebuah steysen minyak (negeri dirahsiakan) di negara kita. Pentingnya perkara ini kerana ia berkait dengan usaha anda berjimat cermat dan mengurangkan pembaziran.

Pada satu ketika, saya mengisi minyak di steysen berkenaan, saya perhatikan kuantiti minyak agak berkurangan daripada kebiasaanya dengan amaun duit yang sama. Waktu berkenaan malam dan hari hujan, jadinya saya tidak memerhatikan meter pam berkenaan.Setelah beberapa lama dan mengisi minyak di steysen yang lain dengan amaun duit yang sama, saya yakin steysen yang saya maksudkan telah menjalankan penipuan meter.

Baru-baru ini saya nekad hendak menguji steysen berkenaan. Caranya ialah dengan menggunakan duit genap untuk pembelian 10 liter minyak petrol RON 95. Bermakna saya kena bayar RM21.00. Kita tahu kerajaan telah menetapkan harga RON95 sebanyak RM2.10 seliter. Jadi saya pun menyatakan kepada atendan pam minyak berkenaan saya hendak mengisi RM21 sahaja. Setelah selesai pengisian minyak berkenaan, saya dapati meter minyak di pam berkenaan memberikan bacaan 009.098 liter yang SEPATUTNYA 010.000 liter. Dengan bacaan demikian jelaslah ia mengambil 2ml daripada minyak saya pada pengisian tersebut. Ini juga bermakna syarikat berkenaan mengambil 2ml daripada setiap pelanggan lain yang mengisi minyak di situ.

Pengambilan (pencurian) secara halus ini ramai diantara kita mungkin tidak sedar. Tambahan pula kita biasanya mengisi minyak dalam bentuk RM10, RM15, RM20 dan seterusnya. Bermakna anda tidak akan nampak perbezaan yang sedikit ini. 

Anda berapa kali ke steysen minyak dalam sebulan? Kalau setahun agaknya berapa kali? Berapa ramai pula yang datang mengisi minyak disteysen berkenaan? Ini mungkin caraya mereka ini mengambil keuntungan lebih dan menganaya pelanggan.

Saya yakin dan berharap bukan banyak steysen minyak yang berperangai sedemikian, hanya segelintir sahaja. Apa pun saya telah mengelakkan diri daripada mengisi minyak disteysen berkenan mulai saat itu.


Jadi fikir-fikirkan lah dan buatlah keputusan yang baik untuk anda.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun