Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Monday, January 20, 2020

KURANGKAN MAKAN ANDA AKAN HIDUP LEBIH LAMA


Salam hormat,


Hari ini kita telah berada 20 hari dalam tahun 2020 ini. Nak kemana kita?

Secara kebetulan saya berada di bandar Kuantan pada 19hb, sehari sebelum saya menulis berkenaan tajuk ini. Saya perhatikan beberapa premis perniagaan telah ditutup. Saya tak terfikir premis yang begitu terkenal dengan ramainya peminat yang mengunjungi kedai tersebut sebelum ini, tutp akhirnya. Pada hemat saya, tidak lain dan tidak bukan, akibah keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini. Malaysia turut terheret sama ke dalam keadaan ini.

Saya terus berfikir dan mencari-cari idea-idea yang masih boleh kita semua lakukan bagi mengurangkan tekanan ekonomi yang tidak menentu ini. Pada hemat saya, kita masih boleh melihat ke dalam diri kita untuk terus melangkah ke hadapan dengan lebih baik. Perkara yang hendak saya cadangkan ini juga ada hubung kaitnya dengan gaya hidup saya seharian ketika ini.

Dari internet, saya dapati ramai pakar-pakar permakanan dan perubatan, menekankan PUASA, termasuk secara intermitant, amnya banyak memberi faedah kepada individu yang mengamalkannya. Di antaranya termasuklah:-

1. Menyihatkan tubuh badan (umumnya),
2. Awet muda,
3. Membantu mengawal kandungan gula di dalam darah,
4. Mengurangkan tekanan darah,
5. Mencegah kanser,
6. Sistem immuniti juga bertambah baik,
7. Jangka hayat mereka yang mengamalkan puasa, amnya, hidup 25% lebih lama.

Selain daripada kesan yang positif terhadap kesihatan, amalan berpuasa juga pasti akan memberikan kesan yang positif terhadap ekonomi rumah tangga. Kenapa saya berkata demikian? Cuba anda buat catitan antara dua ke tiga bulan dan perhatikan bahawa hampir 70% wang pendapatan kita, digunakan untuk makan, membeli bahan makanan dan yang berkiatan dengannya.

Dengan amalan puasa ini atau mengurangkan makan, saya yakin kita lebih mampu mengawal aliran wang tunai masing-masing setiap bulan. Kalau makan nasi, setiap kali makan sudah kurang menjadi setengah, gula dalam air minuman juga telah menjadi setengah dan banyak lagi yang akan berkurangan apabila seseorang mengamalkan tabiat berpuasa ini. Bila kita lebih sihat, kos perubatan dan yang berkaitan juga akan dapat dikurangkan. Ini semua akhirnya mengurangkan perbelanjaan.


Bila atau umur berapa sesuai untuk bermula?

Mengikut kefahaman saya, tiada umur yang ditetapkan bagi tujuan ini. Saya amat mengalakkan mereka yang telah mencapai umur 40 tahun, amat sesuai mengamalkan puasa ini, seperti puasa sunat hari isnin dan khamis. Pada hari-hari lain amalkan konsep intermitant fasting ( 18 – 6 ).


Terus mencari ilmu di internet.

Disamping itu mari kita gunakan lebih banyak masa untuk menimba ilmu berkaitan hal ini, khususnya daripada internet, daripada banyak membuang masa dengan melayari media sosial yang tidak berfaedah dan banyak menghabiskan duit tanpa memberi sebarang pulangan atau kesan positif terhadap ekonomi dan kesihatan diri masing-masing.


In sha Allah, kita akan lebih positif untuk terus maju ke hadapan.


Fikir-fikirkan.


Sekian.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)