Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Saturday, April 18, 2020

COVID-19: Buku berjudul The Success Principles


Salam sejahtera, moga kita semua dilindungiNYA.

Pada hemat saya buku ini boleh membantu kita semua di masa sukar sekarang dan akan datang. Saya percaya di musim pendemic ini ramai diantara kita yang berdepan dengan pelbagai masaalah dan isu kehidupan. Saya tidak terkecuali.

Kesulitan saya hanya berkait dengan masa lapang yang begitu banyak, kesan PKP yang dikuatkuasakan. Di hari-hari sebelum PKP banyak juga kegiatan harian saya yang melibatkan aktiviti diluar rumah/lokasi tempat tingal. Sungguh pun demikian saya  tetap bersyukur kepadaNYA kerana sebelum ini saya telah mampu membuat sedikit pelaburan dengan membeli banyak buku-buku dari pelbagai bidang dan tajuk.

Saya telah membuat beberapa kali rujukan semula terhadap koleksi buku-buku tersebut, saya dapati buku yang berjudul The Success Principles yang ditulis oleh Jack Canfield, adalah yang paling sesuai di baca dan diteliti isi kandunganya di masa kini. Mungkin diluar sana ramai yang buntu bagaimana hendak melalui hari-hari yang mendatang, khususnya akibah kesan ekonomi yang merudum yang berpunca daripada wabak covid-19.




Saya berpandangan, jika anda hanya mampu dan selesai membaca serta mengkaji bab pertama dalam buku ini sudah boleh memberikan anda satu kekuatan dan motivasi untuk terus kehadapan ( way forward ). Tajuk bab yang saya maksudkan itu ialah TAKE 100% RESPONSIBILITY FOR YOUR LIFE.

Di dalam bab ini diberikan penekanan bahawa jika anda inginkan kejayaan, contohnya keluar daripada masaalah yang dihadapi sekarang, anda misti mengambil 100% tanggungjawab terhadap kesemua aspek kehidupan yang anda lalui atau capai. Ini termasuklah aspek kesihatan (mentak & fizikal), pendapatan, hutang, perasaan anda dan banyak lagi.




Di dalam banyak keadaan kita kerap menuding jari kepada pihak/orang lain apabila sesuatu yang kurang baik berlaku kepada diri kita. Sebenarnya, jika kita mengambil sepenuh tangjuwab seperti yang disarankan, diri kitalah punca sebenar penyebab sesuatu keadaan itu berlaku.

Di dalam bab ini, penulis turut mencadangkan satu formula bagaimana kita boleh melihat kedudukan sebenar perkara dalam apa juga masaalah dan keadaan. Formula yang dimaksudkan adalah saperti berikut:-

                                    E + R  =  O

di mana E= Event, R = Response dan O = Outcome.

Events adalah sesuatu yang berlaku dan tidak boleh anda ubah. Misalnya, wabak covid-19. Response pula melibatkan perkara, aktiviti atau perbuatan yang anda lakukan yang berkait rapat dengan event covid-19. Response pula adalah sesuatu yang anda boleh ubah atau lakukan untuk menghasilkan sesuatu outcome (hasil) yang anda kehendaki.

Katakan anda perlukan Outcome (hasil) sebagai sehat dan tidak dijangkiti covid-19. Anda terpaksalah Response (perbuatan/perangai) dengan cara yang betul, supaya dapat memastikan anda tidak dijangkiti. Misalnya suatu bentuk response anda ialah tidak mendedahkan diri anda kepada pembawa kuman ini ( dengan senantiasa duduk dirumah misalnya). Jadi formula tadi berupa seperti berikut:-


             Wabak Covid-19 + Duduk dirumah  = Tidak dijangkiti & sehat


Mungkin sebagai satu contoh lain, untuk anda fikirkan cara anda patut response supaya dapat outcome (hasil) yang anda kehendaki, seperti berikut:-


             Wabak covid-19  +  Response   =  Pendapatan RM1,000.00/sebulan


Apakah tindakan/perbuatan (response) yang perlu anda atau yang boleh anda lakukan dalan keadaan PKP hari ini, tetapi masih boleh menjana pendapatan tersebut. Anda boleh buat satu sinarai aktiviti untuk dimaksukkan kedalam formula ini apabila anda lihat secara logiknya boleh menghasilkan pendapatan berkenaan.

Saya mencadangkan untuk mengembeling kesemua faktor dan keadaan yang wujud dilokasi anda, gunakan ANALISA SWOT, untuk mendapatkan satu senarai response anda yang paling sesuai.

Berbalik kepada bab pertama penulisan ini, penulis turut menekankan bahawa jika anda tidak berpuas hati mengenai sesuatu outcome, ubahlah cara anda response kepada event berkenaan.

Seterusnya berasaskan kepada prinsip pertama ini, penulis juga menekankan bahawa sesemua keadaan, situasi, atau pun apa yang ada sedang alami SEKARANG adalah hasil daripada keputusan-keputusan yang anda telah buat sebelum ini. Misalnya, jika anda tiada wang tabungan langsung untuk meneruskan kehidupan sekarang, ia adalah berpunca daripada keputusan yang anda telah buat berkaitan wang pendapatan bulanan anda sebelum ini. Kemungkinan anda tidak menggunakan kaedah bajet setiap bulan untuk mengawal perbelanjaan dan beberapa budaya kewangan yang lain yang turut tidak amalkan.

Saya tidak akan mengulas kesemua perkara yang ditulis di dalam bab pertama ini. Cuma di akhir prnulisan ini saya ingin merakamkan satu kenyataan penting yang beliau tulis, iaitu:-

   “ Jika  anda terus menerus buat/lakukan aktiviti/tindakan yang sama seperti sebelum ini, anda sudah pasti akan mendapat hasil/kesan yang sama”

Menarik penulisan bab pertama ini. Jadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan lebih jelas, supaya anda beroleh keberkatan, jom mari kita dapatkan buku ini dan mengkajinya.

Akhir sekali saya ingin menuliskan satu ungkapan yang hebat berbunyi “ bangsa yang berjaya, adalah bangsa yang membaca”


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Monday, April 6, 2020

COVID-19 : RAMAI RAKYAT YANG HILANG MATA PENCARIAN DAN MENJADI MISKIN TEGAR


Salam sejahtera,


Anda dan keluarga bagaimana?

Saya yakin anda semua telah sedia maklum bahawa hari ini wabak covid-19 telah melanda seluruh dunia, tanpa mengira sama ada sesebuah negara itu negara maju atau pun miskin, tidak mengenal keturunan seseorang sama ada keturunan raja atau pun rakyat jelata, tidak mengira fahaman politik, tanpa sempadan dan pendek kata tiada batasan lapisan masyarakat yang tidak terjejas. Kita semua di dalam kapal yang sama.

Dari kesan negatif ekonomi, semua negara adalah sama, cumanya pada tahap yang mungkin sedikit berbeza. Di Amerika Syarikat telah dimaklumkan berlakunya kehilangan punca pendapatan/pekerjaan yang telah melibatkan 10 juta rakyatnya.

Bagi mereka yang ada sedikit wang tabungan/emergency funds sendiri, mungkin boleh bertahan untuk beberapa ketika. Di sinilah kita mula nampak betapa mustahaknya di keadaan masa kita senang, wajib ada usaha untuk menyimpan walau pun sedikit. Jimat sebelum habis dan lapang sebelum sempit.

Saya berpandangan di negara kita, perihal mengawal, mencegah dan membasmi penyakit ini tidak akan selesai dalam tempoh 2 ke 3 bulan yang akan datang. Bahkan ia boleh menjangkau melebehi 6 bulan. Jika rakyat kita semua memberikan kerja sama dan faham bagaimana penyakit ini boleh merebak usaha mengawalnya, kemungkinan boleh berlaku dalam masa yang lebih singkat seterusnya kita bersama membasminya.

Jadi apakah persediaan atau PERANCANGAN anda untuk, pertamanya, memastikan makanan terus ada di atas meja di rumah anda. Saya mengajak anda semua khususnya mereka yang terjejas, supaya menggunakan masa yang ada ini untuk MEMIKIRKAN satu pelan tindakan yang praktikal yang boleh diambil, sebagai usaha mencari jalan keluar daripada cengkaman wabak ini. Jangan cepat menyatakan tak boleh, tak mampu dan sebaginya. Fikirkan dan CATIT dahulu. Anda tidak akan rugi apa-apa jika memikirkannya.

Kita juga tidak boleh berputus asa dalam apa jua keadaan dan dengan berdiam diri sahaja tidak akan memberikan sebarang kebaikkan pun kepada kita. Setiap kita telah dibekalkan oleh Allah SWT satu aset penting iaitu MINDA/OTAK yang sehat. Gunakan ia untuk merangka palan keluar daripada masaalah ini nanti dan sekurangnya dapat membantu anda untuk meneruskan kehidupan sebaik mungkin. Kita kena ingat bahawa semua ciptaan yang besar mahupun yang kecil di dunia ini bermula di dalam minda seseorang. Sebahagian daripada usaha kereativiti ini telah mula kelihatan sekarang pun. Cuma mungkin ia tidak sesuai bagi semua orang di semua lokasi di Malaysia.

Kita juga kena sedar bahawa disebalik musibah( problems) yang melanda, pada masa yang sama Allah SWT menurunkan kebaikan/peluang(oportunity) untuk kita umah manusia terus kental dan maju ke hadapan. Jadi marilah kita ramai-ramai menukar kacamata penglihatan yng kita gunakan selama ini supaya kita nampak jelas peluang besar yang menanti. Soal nak raih atau tidak peluang tersebut, terpulang.

Mungkin sekaranglah masa yang paling sesuai bagi kita ahli keluarga bersama-sama mengamalkan berjimat cermat yang sebenarnya, dan mungkin juga ada yang boleh melakukan sedikit penabungan untuk masa hadapan. Mungkin sekarang jugalah masanya untuk membentuk amalan kebersihan kepada setiap ahli keluarga dan pelbagai lagi.

Bagi mereka yang tingal dikampung/desa, mungkin mereka ini sesuai mula memikirkan penghasilan bahan makanan sendiri. Jika kita tidak mampu untuk menanam padi secara besar-besaran, mungkin kita sesuai dan mampu menanam ubu kayu dan/atau ubi keledek dan juga pisang sebagai sumber karbohidrat. Bertanam beberapa jenis sayur daun untuk sumber protin. Jika kita ada sikap enterpreneurship, saya percaya usaha-usaha ini boleh dibesarkan sedikit dan dikongsikan dengan masyarakat setempat.



                                     Tanam Pisang & Ubi Kayu


                                                               Tanam Sayur



Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)