Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Wednesday, December 28, 2016

TAHUN 2017 MENJELANG TIBA

Selamat menyambut kedatangan tahun baru tahun 2017,

Salam sejahtera,

Biasanya di awal tahun baharu nanti kita dengar pelbagai azam tahun baru, iaitu bagi tahun 2017. Itulah yang kita ulang-ulangkan setiap tahun, kesanya Tuhan saja yang tahu. Anda pula bagaimana?

Bagi saya, penting bagi seseorang mengetahui dan menentukan pada 31hb Disember, 2016 nanti kedudukan ekonomi( kewangan ) seseorang atau seisi keluarga, adakah lebih baik dariapada tarikh yang sama pada tahun 2015 yang lalu. Jika lebih baik, tahniah dan syabas saya ucapkan. Ini juga bermakna anda telah merelisasikan panduan agama kita, iaitu tahun ini adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya atau hari ini adalah lebih baik daripada semalam.

Penulisan ini adalah tertumpu kepada hal-hal kewangan sahaja. Anda juga perlu sedar banyak hal atau perkara lain dalam kehidupan ini yang juga perlu ditentukan kedudukannya di hujung setiap tahun dan dibandingkan dengan masa yang sama di tahun sebelumnya.

Penulisan saya terdahulu ada menyatakan kayu pengukur yang boleh anda gunakan untuk menentukan kedudukan anda, pada penghujung tahun 2016 nanti, terbaik anda menggunakan NILAI BERSIH (Net worth)

         NILAI BERSIH = NILAI ASET( yg dimiliki) - NILAI HUTANG

Lihat rajah berikut: 


         NB: Sepatutnya Nilai Net Worth dalam slide di atas (di bawah sekali) ialah
         pada 31hb Disember, 2016 juga. Pohon maaf.

Jika anda dapati NILAI BERSIH (NB) anda atau keluarga anda negatif, mungkin terlalu banyak berhutang, jangan panik. Penting bagi anda mengetahui atau menyedari hakikat ini. Di awal tahun 2017 nanti buatlah satu perancangan baru, dan pastikan ianya dilaksanakan mengikut perancangan tersebut, supaya dihujung tahun 2017 nanti anda berada di kedudukan yang lebih baik. Dua perkara yang penting di sini, RANCANG dan LAKSANA.

Dalam aspek RANCANG, satu methodologi yang baik ialah menyediakan BAJET bagi setiap keperluan anda atau keluarga di sepanjang tahun 2017 nanti. Pengalaman saya, anda hanya mampu menyediakan bajet tahunan ini jika anda disepanjang tahun 2016 ini telah mencatit segala perbelanjaan. Melalui kaedah bajet ini anda lebih mampu mengawal perbelanjaan dan mengurangkan ke tahap minima pembaziran. Dengan perancangan penggunaan kewangan anda melalui kaedah bajet ini juga bermakna anda awal-awal lagi telah memperuntukan wang untuk perkara-perkara yang penting dan mustahak sahaja. Misalnya wang untuk persekolahan anak-anak dan juga pelaburan (ASB) misalnya.

Inilah caranya untuk kita maju kehadapan, tahun demi tahun. Jika anda terus berjimat dan berbelanja kurang daripada pendapatan seperti ini, ada pelaburan (walau pun kecil) saya yakin kedudukan ekonomi anda akan terus bertambah baik di masa-masa yang akan datang, insyaAllah.

Jika anda malas hendak menggunakan konsep NILAI BERSIH ini sebagai kayu pengukur, paling minima saya galakkan anda melihat kedudukan wang baki di dalam akaun bank anda. Apakah di penghujung tahun 2016 ini lebih banyak daripada penghujung tahun 2015 lepas? Sekurangnya dengan nilai serta perbezaan yang ternyata boleh memulakan anda memikirkan sesuatu yang lebih baik yang perlu anda laksanakan pada tahun 2017 nanti, insyaAllah.

Akhir sekali sayau suka mengingatkan rakan-rakan semua, kita orang Melayu (Islam) jangan tidak ambil peduli hal-hal yang saya nyatakan di atas. Jika kita miskin di dunia, kemungkinan juga kita akan miskin di akhirat. Kerana kefakiran itu akan mendekatkan kita kepada kekufuran dan keadaan inilah yang banyak berlaku sekarang.

Fikir-fikirkan, semoga kita semua beroleh kadaan ekonomi yang lebih baik pada tahun 2017 nanti, Aminnnn.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun