Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Saturday, February 13, 2016

SERVIS DAN JAGA KENDERAAN ANDA SEBAIK MUNGKIN

Salam hormat,

Saya percaya ramai di antara kita yang sedar akan kepentingan tajuk ini terhadap jangka hayat sesebuah kenderaan dan juga perlatan bermotor lain yang anda miliki. Mungkin saya perlu mengingatkan semula. Kenapa perlu ingatkan semula? Kerana tabiat orang kita, bukan tak tahu apa yang nak dibuat, TETAPI lagi ramai yang tak buat apa yang dia tahu. Servis kenderaan itu penting, tahu? Hampir semua orang tahu. Buat servis, tak ramai yang laksana yang ia tahu.

Hari ini hampir setiap keluarga memiliki kereta. Sebarang kerosakan besar akan melibatkan pembaikan dan perolehan alat ganti. Bermakna GST akan turut dibayar.

Secara biasanya setiap kenderaan yang kita beli dibekalkan dengan buku panduan penyelenggaraanya sekali. Ada di antara kita hanya mengikuti tertib penyelenggaran ini dalam beberapa tahun sahaja. Selepas itu "kadang-kadang" dan mungkin beberapa tahun berikutnya "jarang-jarang". Seharusnya, lagi berumur kenderaan kita , lagi hebat dan tertibnya kita melakukan penyelenggarannya. Lagi lama kita boleh gunakan sesebuah kenderaan, lagi banyak penjimatan wang kita perolehi.

Cuma saya perlu tekankan kepada para wanita yang berkenderaan. Pengalaman saya mendapati kaum wanita, mungkin segelintir, agak kurang peka sedikit berkaitan atau perihal pentingnya penjagaan kenderaan ini. Guna sahaja selagi tidak timbul masaalah. Jadinya para abang-abang atau suami perlu senantiasa ingatkan mereka bab ini.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Wednesday, February 10, 2016

PANDULAH KENDERAAN ANDA IKUT PERATURAN JALAN RAYA

Salam hormat,

Apa kaitannya pemanduan berhemah dengan GST?

Pertama, kaitanya ialah bagi mereka yang kenderaanya menggunakan minyak petrol RON 97 (pam hijau ) yang dikenakan GST. Keduanya, bagi pengguna minyak RON 95 dan RON 97,  jika berlaku kecelakaan di jalan raya, baikpulih kenderaan melibatkan alat ganti. Perolehan alat ganti kenderaan dikenakan GST.

Bagi merka yang kenderaanya menggunakan minyak RON 95 (pam kuning) perolehan minyak tidak terlibat dengan GST. Pemanduan mengikut had laju hanya memberikan penjimatan petrol sahaja bagi setiap km perjalanan. Kita semua mengetahui pemanduan kurang daripada 90Km/jam pembakaran minyak petrol lebih cekap. Jadi bagi mereka yang memandu laju kecekapan ini akan berkurangan. Bermakna untuk perjalanan balaik kampung misalnya, lebih banyak minyak digunakan dan sekali gus lebih banyak juga GST yang perlu dibayar.

Baru-baru ini, sebelum dan selepas Tahun Baru China, saya perhatikan sungguh pun had laju telah diturunkan kepada 80Km/jam bagi jalan raya persekutuan, kebanyakkan kenderaan dipandu melebihi 90Km/jam. Di LPT pula ada yang memandu sekitaran 130Km/jam. Saya percaya ramai diantara mereka ini satu ketika dahulu yang komplain pasal cukai GST yang dikenakan.

Kenapa misti laju? Satu daripada jawapanya ialah mahu cepat sampai ke destinasi. Jika begitu jawapanya, soalan saya berikutnya, kenapa tidak bermula awal?? Pelbagai alasan yang mungkin boleh diberikan oleh mereka. Ini juga bermakna setiap perjalanan, khususnya yang jauh, tiada perancangan perjalanan di buat. Bagi mereka yang menggunakan RON 97, perancangan setiap perjalanan boleh mengurangkan kesan GST.


Skian,


Fikir-fikirkan.



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Friday, February 5, 2016

PERBANDINGAN ANTARA KEDAI ATAU PASAR RAYA MASIH PERLU

Salam hormat.

Permerhatian saya terhadap perbezaan harga barangan yang sama di antara kedai atau pasar raya. Saya yakin anda juga memerhatikan perkara yang sama. Bagi saya ada ketikanya perbezaan harga barangan tertentu adalah significant. Rujuklah kepada resit-resit pembelian yang anda simpan.

Senagai contoh, harga susu cair low fat seliter:-

                                                    Jenama A      Jenama B

                  Pasar Raya A                  4.99              5.40
                  Pasar Raya B                  5.99              4.99

Dengan memilih kedai atau pasar raya bagi barangan tertentu, kemungkinan anda boleh berjimat didamping dikenakan cukai GST yang lebih rendah.

Perbandingan kedai atau pasar raya ini menjadi lebih mustahak apabila anda ingin membeuat perolehan barangan yang melebi harga RM100 satu-satu pembelian atau barangan. Barangan yang dimaksudkan ialah alat-alat elektrik dan elektronik (TV, peti sejuk, kipas angin, mesin basuh,  alatan memasak, komputer, kamera dsb), perabut, pakaian dan segala jenis mesin.

Di Kuantan, sebagai contoh, dan dibawah satu komplek membeli belah, sebuah kamera saku jenama Nikon Coolpix Model S29,000 di satu kedai ditawarkan dengan harga RM418.00 seunit, manakala kedai di sebelah hujung kompleks yang sama, kamera ini ditawarkan dengan harga RM428.00 seunit. Itu bezanya RM10.00 seunit.

Dalam satu daerah juga boleh berlaku perbezaan yang ketara bagi barangan yang sama. Misalnya disatu daerah, di pusat bandar daerah berkenaan, mesin basuh jenama Panasonic dengan kapisiti 7 kilogram ditawarkan dengan harga RM990.00 seunit, manakala di sebuah pekan kecil di daerah berkenaan barangan yang sama ditawarkan dengan harga RM850.00 seunit. Bezanya RM140.00. Bermakna amaun GST yang akan dikenakan juga berbeza.


Fikir-fikirkan


Skain,



Dr Azizol bin Mohd Sharun