Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Sunday, February 16, 2020

DAUN PISANG BOLEH MEMBANTU ANDA BERJIMAT



Salam hormat,

Penulisan ini saya tujukan khas kepada mereka yang ada kebun pisang di sekitar rumah kediaman. Tak kiralah pisang jenis apa.

Pernahkan anda makan di kedai mamak nasi daun pisang? Saya satu ketika dahulu di tahun-tahun 80han, sewaktu itu saya bertugas di Institiut Haiwan Kluang, kini dikenali dengan Institiut Veterinar Malaysia, suka makan nasi daun pisang ini. Di bandar Kluang ketika itu ada satu kedai mamak yang menyediakan hidangan ini.

Sekarang saya sudah 10 tahun bersara dan menetap di kampung halaman di mana saya di lahirkan kira-kira 65 tahun yang lalu. Saya banyak juga menanam pisang ini dari pelbagai jenis, termasuklah pisang nangka, pisang berangan, pisang emas, pisang kapas dan pisang 40 hari.


                                                        Tanaman Pisang Kapas

Baru-baru ini kami mula berniaga secara online nasi dagang di hujung minggu. Kami guna daun pisang sebagai alas hidangan di dalam kotak makanan tersebut. Daripada sini timbul idea untuk mencuba menggunakan daun pisang yang ada untuk mengalas pingan makanan setiap kali kami makan di rumah. Lihat gambar berikut.




Alhamdullilah, nampaknya usaha ini berjaya. Rasa seronok pun ada.

Apa yang penting untuk kita fikirkan disini ialah, bagaimana dengan mengalas pingan dengan daun pisang ini kita boleh berjimat cermat. Apa yang kita boleh jimatkan? Di antaranya penjimatan air untuk membasuh pingan. Kedua penjimatan bahan pencuci pingan. Ketiga, penjimatan masa untuk isteri kita dirumah. Dalam tempoh yang panjang, saya yakin kaedah ini mamapu memberikan sedikit penjimatan kewangan kepada anda.

Bagi saya yang lebih penting lagi dengan memakai kaedah ini ialah, seseorang dapat mengurangkan kemasukan bahan kimia (sisa pencuci pingan mangkuk) ke dalam makanan dan badan kita. Bagi saya ia tetap bahan kimia dan dalam masa yang panjang berkemungkinan boleh memeberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan (cumulatif effect).


Sekian, fikir-fikirkan.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)