Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Saturday, November 8, 2014

KEGIATAN PEMASARAN DI INTERNET MAMPU BERIKAN PENDAPATAN TAMBAHAN

Salam hormat,

Penelitian saya kebelakangan ini mendapati harga barang-barang keperluan terus naik secara beransur-ansur. Jika pelbagai usaha untuk berjimat cermat telah anda lakukan, tetapi masih juga berada di dalam kesempitan kewangan, maka anda tiada pilihan selain daripada berusaha keras untuk menambah pendapatan bulanan anda.

Satu kegiatan yang saya perhatikan agak mudah dan boleh dilakukan oleh kita semua ialah kegiatan pemasaran barangan di internet ( Internet marketing ). Kerana terlalu mudahnya, anda tidak memerlukan sebarang modal. Ia cuma memerlukan ketekunan, kesungguhan dan kesabaran anda selain daripada peralatan seperti smart fon, yang mana hampir semua kita telah ada memilikinya. Selain daripada itu jika anda memiliki akaun seperti maybank2you.com atau CIMB Click akan memudahkan lagi urusniaga anda. Kebiasaanya platform pengiklanan ialah facebook.

Anda juga memerlukan satu syarikat pemasaran yang sedia ada di internet dan sememangnya pun syarikat-syarikat ini mencari orang-orang seperti anda, untuk membantu memasarkan produk mereka. Misalnya, kumpulan doorship memasarkan pelbagai produk seperti barangan kulit wanita, jam tangan dan minyak wangi. Ada juga syarikat yang memasarkan emas dalam talian. Pilihlah yang mana sesuai dan menjadi minat anda.

Kaedah transaksinya agak mudah. Setelah mengiklankan sesuatu produk, misalnya satu beg tangan wanita di facebook anda, nanti akan ada rakan-rakan anda yang akan bertanya berapa harga beg berkenaan. Syarikat induk telah memberikan satu harga beg berkebnaan kepada anda, anda hanya perlu mengambil sedikit komisyen (sebagai keuntungan atau upah anda) bagi setiap produk. Misalnya. jika beg tersebut berharga RM120.00 seunit, anda perlulah menyatakan kepada peminat yang bertanyakan pruduk tersebut harga baru, misalnya RM140.00 (anda ambil RM20.00 komisyen bagi setiap beg yang dijual). Jika ia berminat, minta ia masukkan duit harga beg tersebut ke dalam akaun bank anda. Setelah disemak dan betul masuk, anda seterusnya akan memindahkan harga asal kepada syarikat/individu pemasar dengan menyertakan nama dan alamat sipembeli. Syarikat akan mengahantar beg berkenaan dan memberi tahu anda akan tracking no penghantaran beg tersebut. Kebiasaanya anda akan memberikan tracking no tersebut terus kepada pelanggan anda sebagai tanda bukti barangan telah dikirimkan.

Jika anda pandai melebarkan platform pengiklanan produk, maka lebih ramailah yang akan tahu dan berminat terhadap produk yang anda cuba pasarkan itu. Seterusnya, akan ramai jugalah yang akan membeli barangan tersebut. Contohnya dengan melantik ejen-ejen pemasaran anda (secara online). Setiap ejen ada kumpulan atau facebook mereka sendiri. Ini bermakna lebih ramai ejen yang berkerja untuk anda, kesannya lebih mudah dan banyak lah jualan anda dalam satu-satu tempoh tertentu. Maka lebih besarlah konysyen yang anda boleh dapat setiap bulan.

Seorang rakan saya, melalui kegiatan yang saya paparkan ini, dalam tempoh 2 bulan menyertai program pemasaaran online ini, beliau telah berjaya menambah pendapatan bulanan sebanyak RM2,000.00 sebulan dan mungkin akan meningkat lagi. Beliau hanya menggunakan masa selepas waktu berkerja dan di hujung-hujung minggu sahaja dalam kegiatan ini.


Jika beliau boleh, saya yakian anda juga boleh.


Skian untuk renungan anda kali ini.


Dr Azizol bin Mohd Sharun