Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Wednesday, February 28, 2018

FB MEMUDAHKAN USAHA MENAMBAH PENDAPATAN

Salam hormat,

Kita di Malaysia dikurniakan tuhan pelbagai musim buah-buahan. Sebelum ini musim-musim ini memang ada dan telah berlalu. Agak sukar bagi seseorang yang tingal diluar bandar, sebelum ini, untuk memasarkan hasil atau produk pertanian mereka.

Baru-baru ini berlaku musim durian di tempat saya di Jelebu N Sembilan antara bulan November 2017 hingga ke bulan Januari yang lepas. Kami tidak menjalankan aktiviti jual-beli buah durian, tetapi menghasilkan tempoyak untuk dijual. Tempoyak dihasilkan secara manual dan menggunakan buah-buah durian yang gred rendah dan jenis durian kampung.


Mengelu isi durian

Apa yang kami lakukan, pada permulan membeli kira-kira RM70.00 buah-buah durian yang kemudiannya dijadikan tempoyak. Kami mengambil beberapa gambar proses ini termasuk produk siap di dalam beberapa botol yang memuatkan 500 gm tempoyak. Gambar-gambar ini kami upload ke FB dan membuka pesanan/permintaan. Saya terutamanya, terperanjat dengan jumlah pesanan/permintaan yang kami dapat.




Disimpan di dalam peti sejuk selama 3 minggu


Di timbang dengan penimbang elektronik


Beberapa botol siap untuk dipasarkan

Oleh kerana permintaan yang begitu banyak, kami terus membeli lagi durian buat beberapa kali sehinggalah kami berjaya menghasilkan sebanyak 31 botol yang mengandungi 500 gm tempoyak setiap satu. Kami jual dengan harga RM25.00 sebotol.


Bagi mengurangkan kos penghantaran, kami hanya mengumpul permintaan daripada satu-satu laluan perjalanan atau kawasan sahaja. Kami berjaya menjual kesemua yang dipinta. Semasa membuat penghantaran masih ada lagi permintaan dan permintaan ke dua melalui FB. Tetapi kami terpaksa memohon maaf kepada mereka disebabkan kehabisan stok. Penambahan pendapatan kasar usaha ini adalah seperti berikut:-


Daripada pengalaman ini, saya dapati memasarkan hasil pertanian amatlah mudah dengan menggunakan FB. Kami membuat keputusan supaya tidak memasukan pembukaan permintaan tempoyak ini melalui kumpulan whatsapp atau instagram. Jika beberapa kumpulan lain turut dibuka pesanan, saya yakin akan dapat satu jumlah permintaan yang begitu besar dan BOLEH BUAT DUIT.

Ini adalah satu pengalaman kecil kami. Bagi mereka yang ada diluar sana, gunakan kesempatan seperti ini untuk menambah pendapatan anda. Tidak guna kita ada kawan yang begitu ramai di FB, tetapi tidak berniaga dengan kawan-kawan tersebut.

Fikir-fikirkan.


Sekian,



Dr Azizol binj Mohd Sharun (DVM.,MAgrS)