Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Thursday, July 9, 2015

BERBELANJA ATAS KEPERLUAN SAHAJA

Salam hormat,

Saya telah menyatakan terdahulu, perkataan perlu memberi makna yang berbeza bagi kebanyakkan individu. Apa pun takrifnya, penting bagi setiap kita ada kesedaran mengenainya, terutama apabila merancang untuk membuat sesuatu pembelian.

Jika masih terdapat di dalam gerobok di rumah kitaa baju atau pakaian yang masih belum berpakai, apakah membeli pakaian yang baru itu satu keperluan? Jelas TIDAK. Apabila seseorang ibu itu tidak boleh menyusukan bayinya disebabkan faktor kesihatan diri, apakah membeli susu gantian bagi bayi ini perlu? Jawabnya perlu. Apakah makan di restoren makanan segera itu perlu? Juga tidak perlu. Dan sebagainya....

Jika kita "bising" dan membantah satu ketika dahulu semasa sistem percukaian GST dimulakan oleh kerajaan, bagi mereka ini khususnya elok membuat penilaian semula erti perkatan perlu ini. Ini adalah merupakan satu tindakan yang anda BOLEH BUAT untuk diri anda dan keluarga. Apabila pengertian semula ini dibuat dan diterapkan di dalam setiap urusan pembelian, perbelanjaan bulanan anda akan menurun. Secara automatik juga amaun cukai GST yang dikenakan kepada anda akan juga menurun dan jatuh ke dalam kategori "boleh ditadbirurus dengan berkesan atau manageable. Anda juga dapat mengelakkan banyak pembaziran.

Kesan yang ketara nanti ialah perbelanjaan bulanan anda menurun dan ini sebenarnya lebih relevan dan memberi kesan kepada ekonomi anda berbanding dengan GST itu sendiri. Ini adalah kerana amaun dibelanjakan setiap bulan jauh lebih besar berbanding cukai GST. Misalnya, amaun GST yang saya kena bayar pada bulan JUN, 2015 hanyalah 0.65% daripada jumlah perbelanjaan bulan berkenaan.

Satu perkara lagi, takrif barangan perlu ini tidak statik dan akan berubah-ubah mengikut masa dan keadaan dalaman dan luaran anda. Anda juga akan mengumpul banyak pengalaman  bulan demi bulan  berkaitan usaha mengawaal cukai GST ini. Jadi pilihlah jalan yang terbaik buat anda, dan ini tidak semstinya sama dengan orang lain, melalui pengalaman tersebut. Anda semestinya profit form those experiences, kerana guru yang paling baik ialah pengalaman kita sendiri. Pandanglah kehadapan dengan lebih positif, insyaAllah anda akan lebih selesa nanti.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun