Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Thursday, October 2, 2014

SUBSIDI PETROL DIKURANGKAN LAGI MULAI 01HB OKTOBER 2014

Salam hormat,

Mulai semalam harga minyak petrol telah dinaikan kepada RM2.30 seliter. Kenaikan sebanyak RM0.20 seliter. Jika anda menggunakan 50 liter sehari (banyak tu bagi orang biasa) bermakna anda kenalah menaambah sebanyak RM10 daripada sebelumnya. Jika sebulan agaknya berapa? 

Bermakna Kerajaan telah mengurangkan subsidi bahan bakar ini. Saya percaya pihak Kerajaan akan melakukan perkara ini secara beransur-ansur di masa-masa yang akan datang.

Di dalam whatsapp fon saya didapati ramai yang menyuarakan pendapat mereka dan kurang bersetuju dengan tindakan tersebut. Bagi saya, ada eloknya apa yang sedang dilakukan oleh Kerajaan ini, terutamanya untuk jangka panjang negara kita. Saya perhatikan di negara-negara jiran kita harga minyak mereka tinggi, melebihi RM3.00 seliter. Tetapi harga barangan dan sesetengah perkhidmatan di negera mereka masih rendah berbanding di negara kita yang harga minyaknya jauh lebih rendah.

Saya juga berharap dengan kenaikan ini, penyeludupan minyak kita ke luar negara dapat dikurangkan. 

Penelitian saya dalam hal penggunaan bahan bakar ini, masih terlalu banyak pembaziran yang dilakukan tanpa sedar di negera kita. Saya berharap dengan kenaikan ini adalah nanti sebilangan pengguna yang bertambah sedar akan kaedah terbaik menggunakan bahan ini. Lebih penting lagi ramai yang akan berfikir bagaimana hendak menangani kesannya di peringkat individu dan rumah tangga.

Saranan saya, anda perlu melakukan beberapa perkara seperti berikut:-

1. Rancang semua perjaalanan anda, gunakan pengalaman yang sudah-sudah untuk memperbaiki masa dan ketika untuk menggunakan kereta anda,
2. Perjalanan ke bandar untuk membeli keperluan bulanan rumah tangga, perlu disusun semula, supaya dapat mengurangkan kekerapannya,
3. Jika berjalan jauh, cuba elakkan daripada memandu melebihi had kelajuan kebangsaan,
4. Jika pengangkutan awam agak baik, cuba gunakannya daripada membawa kereta sendiri. Memang selesa jika bawa kereta sendiri, tetapi keselesaan ini anda kena bayar, bukan percuma.
5.Bila ke pasaraya, elakkan berpusing berkali-kali kerana hendap park kereta depan pintu supermarket, letakkan di tempat yang kosong walau pun agak jauh sedikit, dan berjalan kakilah (bersenam sedikit).
6. Elakkan daripada membiarkan kereta dan pendingin udara kereta anda hidup TERUTAMANYA apabila mengisi minyak (perbuatan ini salah dan merbahaya pun). Kalau ke supermarket juga jangan biarkan ahli keluarga atau anak-anak tingal di dalam kereta dan injin serta penyeman udara terus hidup. Bagi saya ini semua pembaziran. Jika anda mahukan kemewahan sedemikian, bolih, TETAPI jangan menyalahkan KERAJAAN kerana menaikan harga minyak.

Itu diantara beberapa cadangan saya, mungkin banyak lagi aktiviti kita yang membazir dan boleh anda kawal dalam usaha menangani kesan kenaikaan bahan api ini. 

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun