Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Tuesday, August 6, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, serta maaf zahir dan batin.




Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

KESIHATAN DAN KESELAMATAN DIRI ADALAH FAKTOR KEJAYAAN KEWANGAN


Asalamualaikum,

Selamat meneruskan ibadah puasa dan menyambut Harai Raya Aidil Fitri selang sehari sahaja lagi.

Elok rasaanya ketika ini saya memberikan sedikit tumpuan serta ingatan kepada faktor kejayaan kewangan, iaitu kesihatan dan keselamatan diri anda. Seseorang yang berkehendakan kejayaan kewangan semestinya menjaka kesihatan dan keselamatan diri dan keluarganya setiap masa. Ini adalah kerana kita memerlukan masa untuk berjaya, bukan sahaja dalam hal-hal kewangan tetapi di dalam apa juga bidang kejayaan yang anda cari. Perhatikan disiplin orang-orang Tionghwa di dalam ke dua-dua perkara ini.

Di ambang perayaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri, saya percaya ramai diantara kita yang akan balik ke kampung sebelum Hari Raya, atau pun berkunjung ke rumah sanak saudara pada Harai Raya, dan  akhirnya sekali balik semula ke kota-kota di mana kita tinggal dan bekerja. Saya mengambil kesempatan disini, pentingnya anda semua menjaga keselamatan diri semasa memandu. Pertamanya, rancanglah perjalanan anda. Dengan perancangan ini nanti anda tidak terburu-buru dalam perjalanan dan sampai mengikut jadual dan dengan selamat. Kita balik ke kampung bukan bertujuan untuk menempah kecelakaan atau musibah. Jadi berhati-hatilah.

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan rumah yang anda tinggalkan juga berkeadaan selamat. Pastikan gas memasak telah diputuskan sambunganya. Semua tingkap dan pintu telah dikunci dengan sempurna. Suis elektrik yang tidak berkenaan telah juga dipadamkan. Kehilangan barangan di rumah anda atau pun musibah lain jika berlaku kepada rumah kediaman anda akan melambatkan usaha anda untuk mencapai kejayaan kewangan.

Seminggu sebelum tarikh balik ke kampung, kenderaan anda telah diservis dan di periksa sepatutnya, terutamanya brek berkeadaan baik dan tayar ganti juga boleh digunakan, jika berlaku kebocoran dipertengahan jalan. Pastikan peralatan seperti jack dan peralatan membuka tayar semua nya berkeadaan baik. Ini semua adalah ciri-ciri mereka yang mengutamakan keselamatan dan mempunyai matlamat dalam kehidupan.

Semasa di perjalanan jika kita mengantuk, berhentilah di lokasi yang sesuai dan selamat.

Selain dari keselamatan diri, kesihatan diri juga perlu diberikan perhatian. Di musim perayaan ini nanti, elakkan makan terllalu banyak. Bagi mereka yang berumur melebihi 40 tahun, awas jangan memakan daging rendang dan lemang terlalu banyak. Sederhana adalah asasnya. Di bulan puasa ini saya perhatikan pengunjung klinik swasta agak berkurangan, tetapi akan mendadak bertambah dalam tempoh seminggu berhari raya. Kenapa misi jadi begini? Kita makan seadanya dan untuk kesihatan semata-mata.

Jadinya, orang-orang yang inginkan kejayaan kewangan, semistinya menjaga kdua-dua perkara ini. InsyaAllah anda akan maju kehadapan setahun demi setahun.


Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Thursday, August 1, 2013

STRATEGI DAN PANDUAN AM PELABURAN


Salam hormat,

Ada beberapa perkara lagi yang mungkin saya terlepas pandang semasa menulis perihal pelaburan sebelum ini, dan elok saya kongsi dengan ada semua.

Pertamanya, persoalan kenapa kita misti membuat pelaburan? Berikut adalah di antara sebab-sebab kenapa:-

1. TIADA orang yang menjadi jutawan dengan hanya menimpan wang di dalam bank,

2. Wang akan susut nilai dari masa ke semasa (Kesan inflasi),

3. Untuk memperolehi pendapatan yang lebih kekal ( passive income ), dan 

4. Kemampuan kita untuk menghasilkan wang adalah terhad, berbanding dengan pelaburan yang kita buat.


Dari sudut lain pula elok saya nyatakan disini bahawa modal pelaburan boleh hilang, jika tuan pemilik modal itu melaburkan modalnya di dalam bidang yang ia sendiri tidak faham. Keadaan yang sama juga berlaku apabila pemilik modal melaburkan modal tersebut pada perkara yang mustahil atau mengikut nasehat mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Di dalam konteks kedua di atas, skim Pakman Telo, Labu peram dan sebagainya adalah merupakan contoh yang kita masih ingat.

Dari sudut strategi pelaburan, sebelum ini saya telah menceritakan, salah satu daripadanya iaitu PILIH BIDANG YANG BERPOTENSI. Kedua, perbanyakkan pelaburan atau aset yang anda miliki secepat mingkin. Ini adalah kerana MASA memainkan peranan penting di dalam kejayaan sesuatu pelaburan. Ke tiga, pentingnya kita eloklah senantiasa terus berusaha menambah ilmu serta kemahiran kita di dalam bab pelaburan ini. Berpendidikan tinggi bukan isunya. Orang kaya Inggeris ada menyatakan pentingnya ilmu dan kemahiran di dalam hal kewangan ini seperti berikut;

  "Formal educations gives you a living, self-education gives you a fortune "

Pengalaman saya membuktikan kebenaran kenyataan tersebut tadi.

Jadi marilah kita membaca bab berkenaan, sama da dengan membeli buku-buku yang banyak di pasaran atau pun dengan melayari internet. Berikut adalah buku-buku yang saya miliki, sebagai contoh kepada anda.










Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun