Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Monday, September 12, 2016

ELAKKAN DPD. MEMBUAT SEBARANG PERUBAHAN ATAU PENUKARAN MANA-MANA BAHAGIAN KENDERAAN ANDA YANG TIDAK PERLU

Salam hormat dan Salam Aidil Adha,

Lama juga saya tidak berkesempatan untuk meng- update penulisan di blog ini. Hari ini saya ingin menyambung penulisan saya mengenai mengurangkan kesan GST.

Tajuk ini diketengahkan memandangkan ramai diantara kita memiliki kenderaan. Jika kita tidak berfikiran wajar, kesannya terhadap usaha kita untuk mengurangkan kesan GST akan berkurangan.

RASIONAL

1. Alat ganti atau alat tambahan kenderaan adalah mahal dan akan terus meningkat harganya. Bermakna GST yang dikenakan juga merupakan satu amaun yang besar.

2. Tanpa menukar atau menambah mana-mana bahagian kenderaan, ia TIDAK MENJEJASKAN fungsinya sebagai sebuah kenderaan.

Pemerhatian saya mendapati bahagian kenderaan yang paling kerap dan banyak ditukar ialah RIM kenderaan. Jika anda ke Pasar Raya Beasr, anda akan dapati hampir 75 ke 80% kenderaan yang terdapat pada satu-satu masa dilokasi berkenaan teklah menukar rim kereta masing-masing.











Kos terlibat secara purata untuk menukar kepada rim yang baru ialah sekitaran RM800.00 hingga RM2,000.00 untuk 4 buah rim. Bermakan ke empat buah tayar juga perlu ditukar untuk disesuaikan dengan saiz rim yang baru. Harga sebiji tayar pula antara RM200.00 ke RN350.00 . Keseluruhan perbuatan ini melibatkan perbelanjaan antara RM1,600.00 hingga RM3,400.00 . Daripada jumlah ini, GST yang perlu dibayar ialah antara RM 96.00 hingga RM204.00 .

Bagi saya perbelanjaan sebanyak RM 1,695 hingga RM 3,640.00 seperti di atas adalah TIDAK PERLU.

Juga kelihatan penukaran rim dan tayar kepada jenis yang lebih lebar. Kerap kelihatan kenderaan pacuan 4 roda yang berbuat begini. Selain daripada tekanan GST, tayar yang lebar ini juga memberikan tekanan kepada kecekapan penggunaan minyak atau memberikan kesan perbatuan yang menurun. Bermakna pengguna kenderaan berkenaan menangguing kos perjalanan yang tinggi setiap kali kenderaan tersebut digunakan.

Selain daripada rim kenderaan, ramai juga yang menukar lampu belakang dan paip ekzos kenderaan masing-masing.





Ada juga yang menambah air-spoiler dibelakang kereta masing-masing.





Apa yang jelas, semasa sipemilik memandu kenderaannya, ia TIDAK pun dapat melihat rupabentuk kenderaan mereka setelah menukar atau menambah bahagian berkenaan. PERASAAN ini jika tidak dikawal, ia tidak dapat membantu anda mengekang kesan GST dalam menguruskan perbelanjaan bulanan anda.


Sekian, fikir-fikirkan.



Dr azizol bin Mohd Sharun