Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Friday, November 8, 2013

KITCHEN GARDERN MUNGKIN BOLEH MEMBANTU ANDA MENABUNG

Salam hormat,

Bagi mereka yang ada sedikit ruang tanah dan juga masa, anda boleh cuba laksana konsep kitchen gardern ini. Jika anda tiada ruang tanah yang sesuai, anda boleh gunakan polybag atau pun pasu sebagai tempat bercucuk tanam. Sungguh pun tidak banyak tanaman yang boleh ditanam, tetapi ia tetap dapat membantu mengurangkan perbelanjaan bulana anda.

Pengalaman saya mendapati kos perbelanjaan untuk membeli sayuran memang dapat dikurangkan ke paras yang paling minima. Faedah lain termasuklah kesan kesihatan tubuh dengan membuat kerja-kerja bercucuk tanam yang berterusan. Sayuran yang kita perolehi juga terjamin daripada kandungan racun makhluk perosak. Saya juga dapat berkongsi dengan anak-anak akan ilmu asas pertanian ini.


                                   Hasil Terong Telunjuk


                               Beberapa Pokok Terung Telunjuk


Pokok lada juga boleh ditanam dengan menggunakan pasu. Jika ada tapak adalah lebih sesuai. Saya kadang kala berasa heran, kita duduk di desa-desa tetapi cili pun masih nak beli di pasar atau di bandar. Kos minyak kereta pergi dan balik berapa? Jadi mahallah cili tersebut. Saya yang tiada pengalaman bertani pun boleh tanam cili (gambar berikut).


Jadi bagi mereka yang kesempitan kewangan selalu, fikirkan semula kekuatan yang anda (dan ahli keluarga anda) ada dan gunakan seoptimim yang boleh, insyaAllah anda akan beroleh kejayaan.

Skian, fikir-fikirkan..


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Tuesday, November 5, 2013

BERMAIN "KUTU" SEBAGAI SALAH SATU CARA MENGUMPUL MODAL

Salam hormat,

Saya masih ingat, semasa saya masih bekerja dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Ibu Pejabat, ada diantara kakitangan (terutamanya wanita) bermain KUTU. Saya perhatikan di antara rakan-rakan yang turut bermain, apabila tiba giliran beliau mendapat kutipan, adalah satu amaun yang agak lumayan juga. Kaedah tolong-menolong sebegini juga satu cara yang anda boleh gunakan untuk mempercepatkan mengumpul modal untuk sesuatu pelaburan.

Bayangkan, jika ahli kumpulan seramai 20 orang dan setiap orang menyumbang RM100 setiap bulan. Giliran anda nanti akan mendapat sebanyak RM2,000.00 sekali gus. Anda boleh gunakan ASB untuk membesarkan lagi dana tersebut. Selang 2 tahun lagi, giliran anda akan tiba sekali lagi.

Cumanya anda kenalah beringat, skim ini masih tidak sah dari sudut undang-undang.


Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun


Sunday, November 3, 2013

MAUFAKAT MEMBAWA BERKAT

Salam hormat,

Mengumpul modal untuk membuat satu-satu pelaburan bukanya mudah. Ia akan memakan masa yang lama. Tetapi jika kita ada 4 atau 5 adik beradik dan kesemuanya telah bekerja, kita buat satu pakatan bersama untuk mengumpul modal, maka ia menjadi satu pendekatan yang lebih cepat dan mudah.

Jika anda seorang yang mengumpul modal, misalnya RM50 sebulan. Bermakna anda mampu mengumpul RM600 setahun dan RM12,000 dalam 20 tahun. Tetapi jika 4 adik beradik berpakat, setiap bulan tabungan terkumpul adalah sebanyak RM200 dan setahun jadi RM2,400. Untuk sampai ke RM12,000 (untuk bayaran muka sebuah rumah yang bernilai RM120,000) adik beradik ini hanya memerlukan 5 tahun sahaja. Jika setiap individu menabung lebih daripada RM50 sebulan , maka lagi pendek tempoh penabungan untuk tujuan yang sama.

Ada diantara kita, adik beradik pun boleh bermasaalah apabila modal telah terkumpul dengan banyak atau apabila aset telah dibeli. Ada juga yang curiga, apabila pengumpul wang mengunapakai wang yang terkumpul. Maklomlah semua adik beradik menyerahkan kepada si kakak untuk membuat tabungan di bank, dan menggunakan satu nama akaun simpanan. Jadi eloklah dibuat satu perjanjian yang sah. Maklumat simpanan perlu di update dari masa ke semasa, supaya masing-masing ahli senantiasa menyemak modal masing-masing. Sebarang kesilapan boleh dibetulkan segera.

Ada kumpulan (keluarga) yang membuat tabungan sama banyak setiap bulan. Kenapa begitu? Saya berpendapat elok dibuka jumlahnya, asalkan ada rekod. Ini boleh mempercepatkan masa penyampaian untuk cukup satu-satu modal untuk pelaburan. Apabila modal tersebut, misalnay dibelikan rumah, maka harga rumah semasa dibahagikan mengikut peratusan tabungan sebagai ekuiti ahli-ahli.

Mesyuarat tahunan boleh dibuat sempena Hari Raya Puasa, misalnya. Tahun ini dibuat perjumpaan di rumah adik yang ke 3, tahun hadapan dirumah Kakak dan seterusnya. Di sampaing merayaan sesuatu perayaan, kemajuan ekonomi juga turut menjadi agenda keluarga.

Di antar rakan taulan, saya fikir usaha menabung secara kumpulan ini mungkin agak rumit, tetapi tidak mustahil.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun