Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Monday, May 25, 2015

APA YANG BOLEH KITA BUAT BAGI MENGURANGKAN KESAN GST TERHADAP PERBELANJAAN KITA

Salam hormat,

Mulai pada penulisan ini, saya akan membincangkan beberapa cadangan yang boleh anda lakukan, bagi tujuan tersebut. Amnya, masih berkisar kepada pendekatan berjimat cermat dan bijak berbelanja. Pada hemat saya, rata-rata kita masih tidak berbelanja dengan bijaksana dan masih ramai yang tidak kisah langsung bab berbelanja ini.

Pada pendapat saya, beberapa cadangan berikut boleh anda cuba bagi mengurangkan kesan GST terhadap kewangan anda. Penting ada catitan bagi menilai keberkesanan tindakan anda. Tanpa rekod, cadangan berikut jadi bahan maklumat sahaja kepada anda. Apa yang lebih penting, selepas itu jangan mudah sahaja menuding jari ke pihak lain, sedangkan anda dikurniakan akal fikiran yang sehat dan tidak berbuat sesuatu berkaitan cara anda berbelanja.

Diantaranya termasuklah:-

1. KAWAL NAFSU ANDA,
2. BERBELANJA ATAS KEPERLUAN SAHAJA,
3. CARI ALTERNATIF KEPADA BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN YANG DIKENAKAN GST,
4. PERBANDINGAN HARGA DAN KEDAI MASIH PERLU,
5. PANDULAH KENDERAAN ANDA IKUT PERATURAN,
6. SERVIS DAN JAGA KENDERAAN ANDA SEBAIK MUNGKIN,
7. ELAKKAN DARIPADA MEMBUAT SEBARANG PERUBAHAN ATAU PENUKARAN MANA-MANA BAHAGIAN KENDERAAN ANDA YANG TIDAK PERLU,
8. GUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM APABILA SESUAI,
9. KAWAL PENGGUNAAN TELEFON POST-PAID ANDA,
10. ELAKKAN MEMBELI PAKAIAN BARU, DAN GUNAKAN PAKAIAN YANG TERSIMPAN DI DALAM ALMARI DAN TIDAK PERNAH DIPAKAI,
11. PANJANGKAN SEDIKIT JANGKA HAYAT PERABUT DAN PERALATAN LETRIK RUMAH ANDA.

Saya aka huraikan maksud saya bagi setiap cadangan tindakan diatas di halaman-halaman yang akan datang.

Skian dahulu,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Friday, May 15, 2015

GST PADA HEMAT SAYA

Salam hormat,

Pertama sekali, percukaian GST adalah satu sistem pecukaian yang mengantikan sistem percukaian SST sebelum ini (semua orang dah tau tu). Sebagai contoh, sebelum ini, anda misti perasan jika makan di restoren makanan segera (KFC, McD dan sebagainya) di dalam bill pembelian ternayata cukai kerajaan (Government tax) dan cukai perkhidmatan (Servis tax). Tetapi taklah seriuh mana diperkatakan atau dibantah dan ramai terus makan di restoren sebegini tanpa sebarang masaalah nampaknya.

Kedua, perlaksanaan sistem percukaian GST telah dibahas dan diluluskan di parlimen. Bermakna ia sudah menjadi satu undang-undang negara kita. Pihak yang tidak menyokong di sessi berkenaan (di parlimen) telah ternyata kalah dalam undian dan perundangan ini telah diluluskan mengikut satu proses demokrasi yang kita semua dokongi. Sama seperti mana-mana proses pengwujudakn akta-akta yang lain. Dengan itu juga kita semua, termasuk ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju semasa pengundian dibuat di parlimen, wajib akur kepada keputusan tersebut. Ini bermakna GST akan berada dan terus berada di dalam sistem percukaian dan ekonomi negara kita ( dan ekonomi tuan-tuan juga), selagi tiada pindaan dibuat keatsnya.

Ketiga, GST akan hanya dikenakan apabila kita berbelanja sahaja. Sekali lagi ingat, bahawa GST akan dikenakan apabila kita berbelanja. Jika kita TIDAK berbelanja, tiadalah cukai berkenaan dikenakan kepada kita. Kemungkinan kita tidak berbelanja langsung itu adalah mustahil, sungguh pun masyarakat Bumiputra lain seperti masyarakat orang asli, tetapi MENGURANGKAN PERBEANJAAN boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan GST ini. Ramai di luar sana menyatakan susah, memang susah dan saya akui. Kesukaran ini juga berkait rapat dengan suasana di mana anda berada dan tinggal. Jika di desa-desa saya yakin banyak ruang dan peluang bagi anda untuk mengelakkan berbelanja maka tidak dikenakan cukai GST berbanding dengan mereka yang tingal dibandar-bandar. Sebenarnya di bandar-bandar juga tidak kurang ruang dan peluang anda untuk mengelakkan cukai GST ini.

Dari sudut positifnya, pada hemat saya sistem percukaian GST yang dilaksanakan sekarang memaksa kita supaya berbelanja dengan bijak ( pengguna yang bijak) dan berbelanja atas keperluan sahaja. Saya juga yakin pembaziran akan dapat dikurangkan. Saya perhatikan masih banyak pembaziran sesudah sistem percukaian GST ini terlaksana. Kemungkinan aktiviti kitar semula juga akan menjadi lebih hebat. Baik untuk bumi kita.

Keempat, bukan semua barangan dan perkhidmatan yang kita beli dikenakan cukai GST. Sejumlah 99 jinis barangan tidak dikenakan GST. Pada hemat saya juga, kita perlu menyediakan satu senarai bekalan dan perkhidmatan yang kita perlukan setiap bulan, untuk menjalani kehidupan yang serba SEDERHANA. Mana-mana bekalan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai, lihat dan fikirkan bagaimana anda boleh elak atau kurangkan mengguna barangan atau perkhidmatan yang dikenakan cukai berkenaan, tanpa menjejaskan kehidupan anda dan keluarga.

Sekarang sudah satu bulan sistem percukaian ini dilaksanakan. Saya percaya anda telah mengetahui barangan apa yang dikenakan cukai atau pun tidak. Mengikut resit-resit yang saya kumpul, barangan asas berikut tidak dikenakan cukai GST, diantaranya;

1. Beras,
2. Telor,
3. Roti Gardenia classic,
4. Daging lembu,
5. Daging ayam,
6. Ikan,
7. Bawang ,
8. Ubi Kentang, 
9. Sayuran,
10. Minyak masak, dan
11. Minyak kereta.

Ke lima, cukai GST melibatkan lebih ramai kumulan masyarakat yang membayar cukai. Kalau dahulunya pekerja asing, atau pengunjung ke Malaysia seperti rakyat Singapura, tidak membayar cukai, kini mereka juga terlibat. Sama jugalah jika kita berkunjung ke negara mereka dan membeli belah. Mereka yang tidak dikenakan cukai pendapatan, kita terpaksa membayar cukai GST terhadap barangan dan perkhidmatan yang kita beli. Bermakna lebih ramai rakyat yang membayar cukai mulai 1hb April yang lalau. Saya berharap, pihak kerajaan akan membelanjakan wang ini kejalan kebajikan dan pembangunan yang lebih baik untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Berapa banyak anda sendiri membayar cukai GST dalam sebulan? Mudah sahaja. Jiak anda menyimpan semua resit pembelian banrangan dan perkhidmatan, campurkan sahaja di penghujung bulan berkenaan. Anda juga mesti sudah mengetahui, apakah sistem percukaian skarang benar-benar menyulitkan? Setelah mengetahui purata amaun ini, setelah diambil kira beberapa bulan dan diambil puratanya, berikut nanti mungkin kita boleh lihat dan bincang beberapa strategi dan pendekatan yang kita dan ahli keluarga kita boleh lakukan  bagi mngurangkan tekanan GST kepada ekonomi individu dan keluarga. Kita lihat dihalaman yang akan datang, apa pilihan dan ruang yang ada. Bagi rakan-rakan yang ada cadangan yang hebat, sila e-mail saya untuk dikongsi bersama di halaman ini.

Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun