Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Friday, December 26, 2014

BIJAK BERBELANJA

Salam hormat,

Saya perhatikan diakhir-akhir ini harga barangan meningkat agak mendadak. Misalnya, susu cair dan rendah lemak (jenama saya rahsiakan), naik daripada RM5.55 kepada RM6.50 manakala susu tepung Anlene Gold naik daripada RM21.99 kepada RM22.50

Persoalannya apa yang perlu kita buat, sekurangnya bagi mengurangkan kesan kenaikan sedemikian. Kita tidak mampu untuk menurunkan harga barangan kecuali kita semua boikot pembelian barangan tersebut. Kita juga tidak perlu membuang masa degan menuding jari ke pihak lain dalam perkara ini. Jika kita sendiri mengambil beberapa langkah, pendekatan serta tindakan, saya yakin ada jalan yang sesuai buat anda.

Satu perkara yang kita perlu ingat ialah, untuk badan yang sihat kita perlukan tenaga, protin, galian dan bitamin yang terdapat di dalam bahan makanan atau produk yang kita beli. Bagi susu Anlene Gold kemungkinan untuk mendapatkan gantian agak sukar kerana produk berkenaan dirumus khas untuk golongan yang telah melwati umur 50 tahun. Tetapi bagi susu rendah lemak, dan juga beberapa produk lain, ada terdapat beberapa produk oleh pengilang lain yang ada di pasaran. Jadi sesuailah kita beralih kepada produk berkenaan jika harganya lebih rendah.

Satu perkara yang saya perasan, di dalam bandar yang sama, terdapat perbezaan harga bagi produk yang sama. Jadi nasehat saya cuba beli barangan yang berkuantiti besar penggunaannya ( sebulan ) daripada beberapa kedai atau supermarket di lokasi anda. Perbandingan harga boleh dilakukan. Simpan resit atau buat catitan harga, dan tandakan kedai yang memberikan harga terendah. Perhatikan juga harga barangan lain. Strategi memantau harga ini amat penting baut masa kini dan hadapan. 

Jika kita boleh menggunakan smart fon kita untuk berkongsi maklumat dengan rakan setempat mengenai harga barang juga boleh membantu kita berjimat dan mengurangkan kesan kenaikan harga barangan keperluan rumah tangga. Ramai diantara kita ada facebook. Di sini kita boleh buat kumpulan, yang tediri dariada rakan-rakan setempat atau sebandar dengan kita. Di sini juga kita boleh berkongsi maklumat mengenai harga barangan di beberapa kedai di lokasi masing-masing.

Satu perkara lagi, kita semua perlukan protin dalam pemakanan kita. Biasanya barangan protin adalah mahal di pasaran. Pelbagai sumber atau barangan yang mengandungi protin di pasaran. Misalnya, daging lembu-kambig, ikan, ayam-puyuh dan telor. Bahan yang memberikan protin yang murah harga tidak semistinya berkualiti rendah. Jadi kita boleh selang selikan punca protin ini dalam usaha kita mengawal perbelanjaan. Sekilo daging lembu harganya lebih rendah daripada sekilo daging kambing atau pun rusa. Sekilo ikan juga terdapat perbezaan harga antara ikan laut dan ikan sungai atau kolam. Jadi buatlah pemilihan yang sesuai buat anda dan keluarga.

Berkaitan dengan protin juga, sayuran hijau juga mengandungi protin. Mungkin seekali atau bahkan lebih kerap amat baik untuk kesihatan dengan memakan banyak sayuran sebagai punca protin dan juga serat. Rata-rata sayuran lebih murah daripada daging merah.

Ingat, manusia yang paling lama hidup di dunia ialah vegetarian.

Saya kebetulan ada ruang ke lokasi-lokasi lain dari masa ke semasa, atas sebab-sebab tertentu. Kadangkala saya juga perhatikan perbezaan harga yang ketara antara bandar dan lokasi bagi barangan yang sama. Jadi jika kita ke mana-mana pun, cuba munafaatkan perbzaan harga ini. Ini sesuai untuk barangan yang tahan lama dan tidak perluakan penyejukkan.

Fikir-fikirkanlah dan marilah kita berkongsi maklumat pasaran barangan keperluan kita.

Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun