Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Wednesday, July 13, 2022

USAHA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MEMBENDUNG INFLASI

Salam hormat,

Sekarang rasa saya semua orang memperakui bahawa kita hidup dalam keadaan inflasi. Fenomena ini bukanlah sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Cuma pada kadar yang berbeza-beza antara sesuatu negara dengan yang lain.

Apabila difikirkan, saya terpanggil untuk merakamkan semula beberapa ikhtiar yang mungkin setiap kita boleh lakukan bagi membendung kesan inflasi ini. Mungkin tidak kesemuanya boleh dilakukan oleh setiap individu, akan tetapi mungkin satu atau dua usaha yang akan saya seebutkan mungkin boleh memberikan sedikit kesan.

Saya dimaklumkan pada bulan March, 2022 kadar inflasi di Malaysia di laporkan pada tahap 2.2%. Di Amerika Syarikat pula kadarnya ialah 8%. Berbanding dengan beberapa negara lain, kadar inflasi di negara kita masih dianggap rendah. Saya percaya dengan berlakunya beberapa event terpenting di dunia, misalnya pandemik kovid-19, perang Ukrain dan Russia yang berlarutan dan ketegangan di Taiwan serta semenanjung Korea akan menaikan inflasi dunia dan juga Malaysia.

Kesan inflasi tidak memberi kesan yang sama pada setiap individu.Di antara perkara-perkara yang mempengaruhinya termasuklah:- 

1.  Tahap pendapatan sebelum inflasi,

2.  Beban hutang yang ditanggung,

3.  Tahap simpanan di dalam bank, khususnya

simpanan wang kecemasan,

4.  Bidang kemahiran yang dimiliki, 

5.  Ilmu dan kemahiran kewangan yang ada, dan

6.  Tahap kesihatan diri masing-masing.

Sungguh pun pada kadar 2.2%, ada individu atau keluarga merasakan terlalu terhimpit dan terkesan dengan kenaikan beberapa harga bekalan dan barangan. Pada musim cuti persekolahan baru-baru ini kita lihat jalan raya sesak, menunjukkan masih ramai jua ahli masyarakat kita yang mungkin tidak terkesan oleh inflasi yang sedang berlaku. Mereka sibuk bercuti ke san ke mari. Demikian juga sambutan rumah terbuka di sepanjang bulan Syawal yang baharu lalu.

Mungkin sebelum kadar inflasi menjadi lebih tinggi, ada eloknya saya berikan beberapa kaedah atau pendekatan yang anda di luar sana boleh fikir dan usahakan untuk diri masing-masing. Sekurangnya anda lebih maklum dan bersedia menghadapinya.

Jika anda menyara kehidupan “ gaji ke gaji ” atau yang disebut pay check to pay check , maknanya tiada simpanan, maka adalah sukar bagi anda untuk melaksanakan pendekatan ini. Jadi anda harus melihat ke pilihan atau pendekatan yang bersesuaian.

Terdapat 3 pendekatan utama dalam hal ini.


Pertama: Tingkatkan pendapatan anda.

Pendekatan ini mungkin bermkna anda terpaksa menambah bidang atau sumber pendapatan anda. Misalnya dengan berkerja sebagai separuh masa (part time job) di pasar-pasar raya dan sebagainya. Bidang pekerjaan yang saya maksudkan, pada hari ini, tidak semestinya yang berbentuk fizikal. Hari ini kita lihat banyak permintaan perkhidmatan yang melibatkan sesuatu kemahiran yang boleh diberikan secara online. Perhatikan kemahiran khusus yang unik yang anda miliki, atau yang boleh anda pelajari dan gunakan. Fikirkan juga bagaiman hobby atau kegemaran anda boleh ditukar kepada duit. Saya yakin setiap kita ada kelebihan diri masing-masing. Be creative and inovative. Rami individu hari ini yang menjadi u-tuber dan memperolehi ganjaran pendapatan yang tinggi.

Cuba perhatikan masaalah masyarakat di rantau ini bahkan diseluruh dunai. Buatkan penyelesaian kepada permasaalahan tersebut. Saya yakin  anda boleh memperolehi duit dengan banyak menerusi kaedah atau  pendekatan tersebut.

Sata cara lagi ialah dengan bertukar kerjaya. Bermakna kerjaya yang baharu yang boleh memberikan pendapatan yang jauh lebih baik dari pekerjaan sebelumnya. Dalam kebanyakkan hal, pendekatan ini anda berkemungkinan perlu manambah kemahiran atau kelulusan yang dimiliki. Mungkin anda terpaksa mengambil kursus kemahiran tertentu atau mengambil ijazah lanjutan. Mungkin anda memerlukan sedikit masa. Tetapi ia akan memudahkan anda memasarkan kemahiran dan diri anda.

Mungkin ada majikan yang bermurah hati, apabila anda memohon untuk kenaikan gaji, maka diberikan memandangkan syarikat tersebut berada di dalam kedudukan ekonomi yang amat baik.

Anda kena lihat kesemua kebarangkalian tersebut dan berani mencuba.


Ke Dua: Beransur-ansur mengumpul modal.

Bagi menyokong usaha ini anda perlu elakkan pembaziran sepenuhnya:-

1.          Tahu kemana setiap sen wang dibelanjakan,

2.          Lebih berhati di dalam setiap perbelanjaan.

3.          Kurang atau elakkan perbelanjaan mewah, misalnya majlis perkahwenan besr-besaran, percutian luar negara dan sebaginya.

4.           Gunakan kaedah budgeting, untuk kawal perbelanjaan.

Aktiviti pengeluaran bahan makanan secara kecilan disekeliling rumah adalah sangat membantu. Aptah lagi bagi mereka yang memiliki kawasan pertanian yang luas. Jika kita mampu menghasilkan kebanyakkan bahan makan kita setiap hari perlukan, pasti anda boleh melalui keadaan inflasi ini dengan lebih mudah dan selesa. Ini adalah kerana memperolehi bahan makanan untuk keluarga merupakan kos yang tinggi.

Pastinya setelah mengambil tindakan di bahagian pertama di atas, anda ada sedikit lebihan untuk memulakan simpanan. Berikan masa untuk mencukupkan modal, bagi membolehkan anda melihat mana-mana kaedah pelabuiran yang boleh membesarkan lagi nilai asset tersebut.


Ke Tiga: Langkah yang terakhir ialah dengan membuat pelaburan. Jika anda ada wang simpanan, demi masa, kuasa beli (purchasing power) wang tersebut akan menurun disebabkan inflasi. Jadi amat mustahak anda laburkan dana berkenaan, supaya ia berkembang pada kadar melebehi kadar inflasi. Jika kadar pulangan pelaburan tersebut sama dengan kadar inflasi, di penghujung tempoh pelaburan anda akan dapati amaun wang anda bertambah, akan tetapi kuasa belinya adalah sama. Jadi amat penting untuk memilih pelaburan anda supaya kadar pulangannya jauh lebih tinggi daripada kadar inflasi semasa.

Pelaburan yang memberi pulangan lebih tinggi dari kadar inflasi bermaksud anda perlu memiliki satu amaun dana yang anda akan laburkan, misalnya ke dalam ASNB, KWSP atau pun Tabung Haji. Ini akan melibatkan wang simpanan  anda, bukan wang gaji bulanan. Apa yang perlu diperhatikan ialah kadar pulangan pelaburan ASNB tersebut perlu melebihi 2.2%. Misalnya jika pulangan pelaburan ASNB anda memberikan pulangan 6% setahun, bermakna anda telah berjaya membendung kesan inflasi dan ada lebihan sebanyak 3.8%.

Bagi semua situasi, elakkan membeli barangan dengan mengunakan kad kredit. Anda mungkin berkata “ saya ada wang untuk menjelaskan semua hutang kad kredit saya mengikut jadual”. Anda hanya boleh merancang, tak semenstinya ia akan berlaku. Jadi mengelakkan pembelian cara ini adalah lebih selamat. Ingat bahawa hutang kad kredit mempunyai kadar faedah yang tinggi.

Saya juga sarankan supaya anda terus mempelajari bab pelaburan ini. Jangan sekali-kali mendengar daripada mana-mana pihak yang tidak berkemahiran dalam hal ini dan mungkin juga tidak bertanggung jawab.

 

Renung-renungkan.

 

Sekian,

 

Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).