Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Friday, November 18, 2016

GUNA PENGANGKUTAN AWAM APABILA SESUAI

Salam hormat,

Guna pengangkutan awam apabila sesuai. Bermakna anda akan mengurangkan penggunaan kenderaan sendiri.

Pengurangan ini akan memberikan kesan kepada pengurangan GST yang perlu anda bayar, kerana anda megurangkan perbelanjaan. Prinsip GST amnya, lebih banyak anda berbelanja, lebih tinggi cukai GST yang anda kena bayar.

Kesan pertama, Jika kenderaan anda menggunakan minyak petrol RON 97, setiap pembelian anda akan dikenakan cukai GST. Pengurangan penggunaan kenderaan, bermakna pengurangan pembelian minyak, seterusnya GST yang anda perlu bayar. Kesan ini lebih menyerlah lagi jika cc kereta yang anda gunakan itu tinggi, misalnya 2 liter dan ke atas. Jika anda pula berada di bandar-bandar besar dan cc kereta anda juga tinggi, dimana kadangkala berlaku kesesaakan yang serius, pengurangan penggunaannya memang menampakkan pengurangan GST yang ada perlu bayar. Saya yakin anda semua sedar, dalam kesesekan jalan raya pembakaran minyak menjadi lebih tinggi untuk satu-satu perjalanan yang sama apabila tidak berlaku kesesakan.



                  Kesesakan Melampau Di Sesetengah Jalan Raya 

Kesan Kedua: Dengan kurangnya penggunaan kenderaan anda, kekerapan servis juga akan menjadi kurang. Selain daripada minyak pelincir dan penapis minyak injin dapat dijimatkan, dalam tempoh tertentu akan melewatkan masa untuk menukar semula timing belt/chain, break pad, spark plug dan lain-lain lagi. Dalam tempoh setahun misalnya, pengurangan anda membeli bahan-bahan yang saya nyatakan di atas dan GST yang dikenakan dalam tempoh tersebut juga akan menurun.

Ketiga: Sudah pasti setiap tayar yang kereta anda gunakan akan lebih panjang usia penggunaannya. Tayar adalah merupakan sesuatu daripada bahagian kenderaan anda yang saya anggap mahal, demikian juga GST yang akan mengikutinya.

Ke Empat: Dalam tempoh masa yang panjang, pembelian peralatan ganti untuk mengganti bahagian kenderaan yang disebabkan wear & tear semasa penggunaannya juga akan menurun. Di bandar-bandar besar dimana kerap berlaku kesesakan jalan raya, banyak persimpangan lampu issyarat maka banyaklah masa kita akan menggunakan gear rendah dalam pemanduan. Jika berterusan pemanduan begini akan meningkatkan kos pembaikan serta memendekkan umur kenderaan anda. Kesemuanya ini akan diterjemahkan dalam bentuk kos yang besar dan cukai GST yang perlu anda bayar.

Strategi menggunakan pengangkutan awam ini amat sesuai bagi mereka-mereka yang tingal di bandar-bandar besar, seperti Kuala Lumpur dan sekitarnya, dimana perkhidmatan pengangkutan awamnya adalah baik.



           Kita Letakkan Kereta Di Tempat Yang Tersedia Oleh KTM



Dari sudut yang lain pula, jika membuat perancangan untuk sesuatu perjalanan terutamanya yang jauh-jauh, saya percaya pengangkutan awam boleh dijadikan pilihan utama. Pengangkutan awam yang saya maksudkan ialah kereta api dan bas-bas ekspres di mana kini kedua-dua kaedah ini mempunyai rekod tahap keselesaan dan keselamatan yang tinggi.



             Menggunakan Perkhidmatan Bas Ekspres Untuk Perjalanan Jauh


Selain daripada penggunaannya boleh mengurangkan pembayaran cukai GST, penggunaan pengangkutan awam ini membolehkan kita juga berjimat. satu daripada masaalah penggunaan pengangkutan persendirian, tak kiralah dimana pun, ialah masaalah kekurangan tempat meletak kereta. Bukan itu sahaja, ia dirumitkan lagi dengan kos meletak kereta yang terus meningkat.

Menggunakan kenderaan awam ini ada faedah dari sudut kesihatan yang ramai di  antara kita mungkin tidak sedar. Biasanya pengguna kenderaan awam ini terpaksa lebih aktif berbanding semasa menggunakan kenderaan mereka sendiri. Mereka terpaksa berjalan, menjinjit barangan, bergegas untuk menaiki bas atau pun kereta api, kemudian turun dan berjalan kaki semula untuk meneruskan penyambungan pengangkutan ke destinasi masing-masing. Selain daripada itu, semasa di dalam pengangkutan awam, terutamanya yang dalam perjalanan jauh, seseorang itu boleh tidur, atau short nap bagi jarak perjalanan sederhana. Perbuatan sebegini boleh melegakan minda daripada stress seperti apabila kita memandu kenderaan sendiri ke destinasi yang sama.



                      Rakan Saya Tidur Nenyak Dalam Perjalanan Ini


Penurunan populasi kenderaan persendirian di jalan-jalan raya, khususnya dibandar-bandar yang besar, juga bermakna pengurangan pengeluaran asap yang mengandungi karbon monoksida dan karbon dioksida, keduanya berbahaya kepada kesihatan manusia dan merosakkan alam sekitar di mana kita berada dan dunia amnya.


Fikir-fikirkan lah.  Sekian.


Dr Azizol bin Mohd Sharun