Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Friday, May 25, 2018

HARGA BARANG MULAI NAIK?



Salam hormat,

Saya kadang kala menukar menu makanan tengah hari, apabila hari telah lewat kira-kira jam 3.30 petang, daripada memakan nasi berlauk yang biasa kepada masakan mee goreng mamak dan segelas air teh susu. Pada 13hb Mei, 2018 baru-baru ini sekali lagi saya memakan mee goreng mamak dan segelas air teh. Saya terperanjat apabila harga yang dikenakan sebanyak RM5.70. Pada 23hb Mei, waktu berbuka saya sekali lagi meminta makanan yang sama, untuk mengesahkan memang harga set makan ini di tempat saya telah naik ke RM5.70.


                                             Mee Goreng Mamak Dan Teh                                                 


Untuk makluman rakan-rakan sekelian, di kedai yang sama dan pada tarikh-tarikh 30hb. March, 2018 dan 9hb. April, 2018 mengikut catatan perbelanjaan harian saya harga set makanan tersebut ialah RM5.20. Bermakna kedai berkenaan telah menaikan harga set makan ini sebanyak 9.6%.

Saya tidak boleh mengubah keadaan. Apa yang saya boleh buat atau lakukan sebagai pengguna, selepas ini ialah mengurangkan makan di kedai berkenaan dan jika boleh tidak akan ke kedai berkenaan sama sekali. Tindakan ini saya buat supaya dapat memberikan gambaran kepada pekedai berkenaan permintaan mula berkurangan dan seterusnya harga akan lebih terkawal.

Seperkara lagi, seorang peruncit barangan rumah, di satu lokasi yang lain, juga turut mengesahkan beberapa barangan keperluan harian telah di dapati naik harganya. Di lokasi anda bagaimana?

Berhati-hatilah ketika berbelanja dan gunakanlah kuasa pengguna kita untuk membendung kenaikan harga yang tidak munasabah.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)