Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Wednesday, June 13, 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI


Kepada semua yang memandu di hari yang mulia ini, berhati-hati serta utamakan KESELAMATAN di sepanjang pemanduan. In sha Allah semuanya selamat.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.MAgrS)

Friday, May 25, 2018

HARGA BARANG MULAI NAIK?



Salam hormat,

Saya kadang kala menukar menu makanan tengah hari, apabila hari telah lewat kira-kira jam 3.30 petang, daripada memakan nasi berlauk yang biasa kepada masakan mee goreng mamak dan segelas air teh susu. Pada 13hb Mei, 2018 baru-baru ini sekali lagi saya memakan mee goreng mamak dan segelas air teh. Saya terperanjat apabila harga yang dikenakan sebanyak RM5.70. Pada 23hb Mei, waktu berbuka saya sekali lagi meminta makanan yang sama, untuk mengesahkan memang harga set makan ini di tempat saya telah naik ke RM5.70.


                                             Mee Goreng Mamak Dan Teh                                                 


Untuk makluman rakan-rakan sekelian, di kedai yang sama dan pada tarikh-tarikh 30hb. March, 2018 dan 9hb. April, 2018 mengikut catatan perbelanjaan harian saya harga set makanan tersebut ialah RM5.20. Bermakna kedai berkenaan telah menaikan harga set makan ini sebanyak 9.6%.

Saya tidak boleh mengubah keadaan. Apa yang saya boleh buat atau lakukan sebagai pengguna, selepas ini ialah mengurangkan makan di kedai berkenaan dan jika boleh tidak akan ke kedai berkenaan sama sekali. Tindakan ini saya buat supaya dapat memberikan gambaran kepada pekedai berkenaan permintaan mula berkurangan dan seterusnya harga akan lebih terkawal.

Seperkara lagi, seorang peruncit barangan rumah, di satu lokasi yang lain, juga turut mengesahkan beberapa barangan keperluan harian telah di dapati naik harganya. Di lokasi anda bagaimana?

Berhati-hatilah ketika berbelanja dan gunakanlah kuasa pengguna kita untuk membendung kenaikan harga yang tidak munasabah.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

Sunday, March 4, 2018

RAKAN FB BANTU MEMASARKAN BUAH KUNDANG



Salam hormat,

Ini satu lagi contoh pengalaman saya bagaimana FB boleh membantu pemasaran hasil pertanian. Sebelum tahun 2017 setiap kali musim buah kundang, buah kundang yang ada terbiar sahaja dan sampai masanya buah-buah ini jatuh dan reput di bawah pokoknya sahaja.

Berlainan pula pada musim buah kundang yang baru lalu ini, kira-kira di penghujung tahun 2017. Memang saya telah membaca dan mendengan bahawa FB boleh digunakan untuk membuat jualan, termasuk hasil pertanian. Saya memang sudah lama ada FB tetapi kebanyakkan masa digunakan untuk berkawan biasa sahaja. Saya taklah ramai kawan di dalam akaun FB saya, ada kira 230 orang sahaj. Dengan jumlah kawan yang kecil ini mana mungkin saya boleh memasarkan buah kundang saya.

Fikir punya fikir akhirnya saya memberanikan diri untuk berkawan dengan salah seorang rakan FB saya yang mempunyai ramai kawan. Beliau ini mempunyai kira-kira 5,000 orang kawan di dalam akaun FB-nya. Setelah beberapa kali berbincang akhirnya beliau setuju untuk melaksanakan percubaan menjual buah kundang bersama saya dengan mengunakan kawan (suspect) yang begitu ramai bersama beliau.


Saya terus memberikan gambar buah kundang yang saya ambil di pokok di kawasan rumah saya dengan menggunakan kamera yang terdapat pada handfon saya. Gambar yang saya hantar adalah seperti berikut.



Gugusan kundang dipokoknya


Rakan saya terus membuka order di FB-nya. Rupanya begitu ramai kawan-kawan (suspect) beliau yang akhirnya berminat (prospek) dan meminta diberitahu bagaimana penjualan dan berapa harganya.


Setelah mendapat permintaan daripada beliau saya memetik buah kundang dan membungkus buah kundang seberat 1kg/sebungkus. Kami menjualnya dengan harga RM4.00 sekilogram buat permulaannya.

Bagi mengurangkan kos penghantaran bekalan, rakan saya hanya mengambil permintaan-permintaan yang terletak sekitaran satu laluan sahaja. Beliau secara berjadual balik ke kampungnya dengan menggunakan laluan ini. Jadi beliau balik beberapa kali sambil menghantar buah kundang yang dipesan.

Akhirnya kami berjaya menjual sebanyak 88Kg buah kundang pelbagai tahap masaknya. Bahkan tidak mencukupi, ada yang meminta sampai 10 kilogram. Tetapi kami menjualkan sekilo-dua sahaja bagi memberikan kepuasan kepada lebih ramai pelanggan. Kami berjaya mengumpul wang sebanyak RM459.00 bagi kegiatan ini. Buat permulaan, seperti yang saya nyatakan di atas tadi, dan sambil mencari pengalaman kami jual buah ini, kumpulan pertama hanya RM4.00/Kg. Memandangkan permintaan yang begitu baik, kami menjual pula dengan harga RM8.00/Kg diperingkat kedua. Masih banyak permintaan dankami tidak mampu membekal kerana kehabisan buah. Setelah selesai kami mendapat tahu di luar sana buah kundang tempatan dijual dengan harga RM15.00/Kg.

Baru-baru ini saya dimaklumkan di Kelantan, kundang yang berasal daripada negara seberang dijual dengan harga RM25.00/Kg.



Buah kundang sebelum dibungkus


Ini adalah pengalaman pertaman saya, menjualkan buah kundang, dengan berganding kekuatan bersama rakan FB saya. Jadi bagi mereka yang tidak mempunyai ramai kawan dalam FB..not a problem...anda masih boleh melakukan jualan dan sekali gus dapat menambah pendapatan.

Sebagai perancangan dimusim yang akan datang kami berhajat untuk menjual buah kundang yang lebih muda dengan harga RM10.00/Kg. Cadangan ini dibuat bagi mengurangkan kuantiti buah yang rosak, disebabkan terlalu masak.  Saya dapati juga hampir 100% yang membeli buah ini adalah kaum wanita. Ini adalah satu potensi yang amat besar dan satu peluang yang tidak akan saya abaikan di masa yang akan datang. In sha Allah.

Sekian, renung-renungkan pengalaman saya di atas dan buatlah sesuatu di lokasi anda di musim-musim mendatang.



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS).

Wednesday, February 28, 2018

FB MEMUDAHKAN USAHA MENAMBAH PENDAPATAN

Salam hormat,

Kita di Malaysia dikurniakan tuhan pelbagai musim buah-buahan. Sebelum ini musim-musim ini memang ada dan telah berlalu. Agak sukar bagi seseorang yang tingal diluar bandar, sebelum ini, untuk memasarkan hasil atau produk pertanian mereka.

Baru-baru ini berlaku musim durian di tempat saya di Jelebu N Sembilan antara bulan November 2017 hingga ke bulan Januari yang lepas. Kami tidak menjalankan aktiviti jual-beli buah durian, tetapi menghasilkan tempoyak untuk dijual. Tempoyak dihasilkan secara manual dan menggunakan buah-buah durian yang gred rendah dan jenis durian kampung.


Mengelu isi durian

Apa yang kami lakukan, pada permulan membeli kira-kira RM70.00 buah-buah durian yang kemudiannya dijadikan tempoyak. Kami mengambil beberapa gambar proses ini termasuk produk siap di dalam beberapa botol yang memuatkan 500 gm tempoyak. Gambar-gambar ini kami upload ke FB dan membuka pesanan/permintaan. Saya terutamanya, terperanjat dengan jumlah pesanan/permintaan yang kami dapat.




Disimpan di dalam peti sejuk selama 3 minggu


Di timbang dengan penimbang elektronik


Beberapa botol siap untuk dipasarkan

Oleh kerana permintaan yang begitu banyak, kami terus membeli lagi durian buat beberapa kali sehinggalah kami berjaya menghasilkan sebanyak 31 botol yang mengandungi 500 gm tempoyak setiap satu. Kami jual dengan harga RM25.00 sebotol.


Bagi mengurangkan kos penghantaran, kami hanya mengumpul permintaan daripada satu-satu laluan perjalanan atau kawasan sahaja. Kami berjaya menjual kesemua yang dipinta. Semasa membuat penghantaran masih ada lagi permintaan dan permintaan ke dua melalui FB. Tetapi kami terpaksa memohon maaf kepada mereka disebabkan kehabisan stok. Penambahan pendapatan kasar usaha ini adalah seperti berikut:-


Daripada pengalaman ini, saya dapati memasarkan hasil pertanian amatlah mudah dengan menggunakan FB. Kami membuat keputusan supaya tidak memasukan pembukaan permintaan tempoyak ini melalui kumpulan whatsapp atau instagram. Jika beberapa kumpulan lain turut dibuka pesanan, saya yakin akan dapat satu jumlah permintaan yang begitu besar dan BOLEH BUAT DUIT.

Ini adalah satu pengalaman kecil kami. Bagi mereka yang ada diluar sana, gunakan kesempatan seperti ini untuk menambah pendapatan anda. Tidak guna kita ada kawan yang begitu ramai di FB, tetapi tidak berniaga dengan kawan-kawan tersebut.

Fikir-fikirkan.


Sekian,



Dr Azizol binj Mohd Sharun (DVM.,MAgrS)

Monday, January 29, 2018

SEKARANG ADALAH MASA YANG SESUAI UNTUK MEMBELI BELAH PERSIAPAN HARI RAYA PUASA TAHUN INI

Salam hormat,


Di tahun 2018 ini Hari Raya Puasa di jangkan jatuh pada 15hb Jun, 2018. Kita ada kira-kira 4 bulan untuk membuat persiapan dan berbelanja. Pada hemat saya bulan Februari dan March adalah masa yang paling sesuai untuk membuat persiapan yang dimaksudkan. Pandangan ini saya kemukakan oleh kerana hendak mengingatkan kita semua supaya berbelanja dengan bijak. Pada bulan puasa yang akan datang ini, harga barangan keperluan DAN lebih lagi barangan mewah, seperti peti TV, peti sejuk, kerusi-meja, serta peralatan perabut yang lain dijangkakan akan naik. Ini termasuklah pakaian dan kain ela. Bermakna anda juga akan membayar cukai GST yang lebih tinggi daripada sepatutnya.

Nasehat ini juga termasuk bagi mereka-mereka yang berhasrat untuk memakai kereta baharu di hari Raya Puasa itu nanti.

Harga baranga di pasaran naik, sebahagian besar daripadanya berpunca daripada tekanan permintaan yang tinggi dan terdesak oleh pengguna. Setiap tahaun gejala kenaikan harga barangan menjelang musim-musim perayaan berlaku. Siapa yang menyebabkan perkara ini berlaku? Kita pengguna lah yang menyebebkannya. Kita tidak boleh kawal peniaga, mahu pun pihak berwajib sungguh pun ada usaha mereka dalam perkara ini. Hanya kita yang boleh berbuat demikian dengan berkesan. Satu caranya adalah dengan berbelanja awal SERTA berbelanja atas benar-benar perlu sahaja.

Fikir-fikirkan, DAN ambil tindakan sekarang.


Sekian.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS).



Monday, January 1, 2018

ANDA YANG MENGAWAL PERBELANJAAN SEBENAR PENGGUNAAN MINYAK

Salam hormat,

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2018.

Saya kerap juga mendengar di sepanjang tahun 2017 lalu, rungutan bahawa harga minyak telah naik. Ramai juga yang menyatakan bahawa pihak kerajaan tidak ikhlas dalam meletakkan harga minyak pada setiap minggu (Rabu). Ada yang lebih serius lagi menyatakan dalam penetapan harga minyak ini “banyak naik daripada turun”. Daripada kenyatan-kenyataan di atas, apakah ia benar dan telah membebankan kita semua sebagai pengguna?


Carta berikut mempamirkan penggunaan minyak petrol kereta saya, sebuah sahaja yang saya ada, dan yang sebenarnya di sepanjang pengal ke-3 tahun 2017.


                          Penggunaan minyak suku terakhir 2017


Ada dua perkara yang jelas daripada carta tersebut. Pertama, penggunaan minyak kereta (petrol) setiap bulan tidak dipengaruhi oleh harga minyak (yang ditetapkan oleh pihak kerajaan). Kedua, cara dan penggunaan anda sendiri yang akhirnya menentukan berapa jumlah wang yang anda gunakan untuk membeli minyak setiap bulan.

Sebagai rumusan, boleh saya menyatakan disini anda perlu memberikan tunpuan kepada bagaiman atau cara anda menggunakan kenderaan. Kepentingan untuk menyimpan rekod atau catatan setiap pembelian minyak amatlah mustahak. Jika anda tidak menyimpan rekod, jangan sewenangnya menyalahkan pihak lain tanpa usul periksa. Asasnya, kita hanya menggunakan kenderaan apabila perjalan itu PERLU dan sesuai sekali jika anda merancangan setiap perjalanan dengan itu penggunaan kenderaan (dan minyak) anda boleh di optimumkan. Selamat mencuba.


Renung-renungkan..


Sekian,


Dr Azizol Mohd Sharun (DVM.,MAgrS)

Monday, December 18, 2017

TAHUN BAHARU MENJELANG LAGI

Salam sejahtera,


Pada minggu ke dua terakhir setiap kali bulan Disember, kali ini Disember 2017, saya mula melakukan dua perkara yang penting. Pertama sekali memuhasabah sejauh mana sasaran Tahun 2017, yang telah saya tetapkan pada waktu yang sama pada tahun 2016 dahulu, telah di capai. Keduanya, memulakan penetapan sasaran serta perancangan untuk mencapainya pada tahun 2018 nanti.

Bagi rakan-rakan yang belum biasa dengan kedua-dua perkara ini sesuailah memulakannya pada kali ini. Janganlah terlalu merumitkan sehingga anda tidak langsung mempedulikan kedua-dua perkara tersebut. Apa pun penting bagi setiap perkara yang berkaitan di buat catitan di dalam komputer atau pun bertulis di mana-mana. Ini bagi memudahkan anda kemudian membuat penilaian semula.

Sebagai panduan, saya menyarankan aspek yang perlu di nilai, jika terdahulu anda juga menggunakan format yang sama, termasuklah pencapaian anda atau keluarga dari segi:-

1. Spiritual (Keagamaan),
2. Kesihatan (Mentak & Fizikal),
3. Kewangan (Ekonomi),
4. Kekeluargaan, dan
5. Kemasyarakatan.


Berasaskan kepada tajuk-tajuk di atas, segala aktiviti yang telah dilaksanakan disepanjang tahuan 2017 dan memberikan kesan perlu diberikan perhatian dan dikaji semula sama ada sesuai untuk diterapkan di dalam tahun 2018 nanti.

Jika tidak mampu membuat kesemua aspek tersebut, saya sarankan paling kurang anda memberikan tumpuan kepada dua perkara yang saya juga anggap penting. Aspek yang saya maksudkan ialah aspek Kewangan (ekonomi) dan juga aspek kesihatan( mental dan fizikal).

Dari sudut kewangan, nilailah semula NILAI BERSIH KINI (NET WORTH). Apakah nilai tersebut telah bertambah baik pada tahun 2017 berbanding tahun 2016. Jika demikian saya ucapkan berbanyak tahniah dan teruskan usaha hebat ini pada tahun 2018 nanti.

Berkaitan hal yang sama, pada tahun 2018 nanti, saya mengajak rakan-rakan supaya melibatkan diri di dalam ekonomi digital. Jangan ada yang ketinggalan. Gunakan kaedah ini secara meluas untuk menambah pendapatan anda. Pengalaman saya pada tahun 2017 ini penggunaan konsep ekonomi digital ini telah mampu memberikan pendapatan tambahan yang baik.

Beri perhatian kepada apa yang anda boleh buat atau lakukan bagi menangani setaip permasaalahan dan tidak menunggu pihak lain melalukan sesuatu. Strategi ini lebih meyakinkan untuk terus maju ke hadapan serta mengharungi segala cabaran dan rintangan.

Apa pun berjimat cermat adalah kunci ke arah kekuatan ekonomi seseorang. Elakkan pembaziran terutamanya makanan dirumah atau pun semasa makan di restoren.

Disamping usaha semua ini anda perlu juga memberikan tumpuan kepada aspek kesihatan diri dan keluarga. Tanpa kesihatan yang baik adalah sukar bagi anda untuk meneruskan usaha yang telah dirancang sepanjang tahun 2018 nanti. Bagi mereka yang memasuki umur lingkungan 40an pada tahun 2018 perlu memastikan tekanan darah di periksa setiap 6 bulan sekali (minimum). Juga perlu diawasi kandungan gula di dalam darah masing-masing, dan buatlah saringan sekurang-kurangnya 3 ke 6 kali dalam setahun.

Pengalaman saya senaman yang sesuai dan berterusan juga perlu untuk berkeadaan sihat disamping mengawasi apa yang kita sepatutnya makan setiap hari. Ayuh bergerak aktiflah pada tahun 2018.

Semoga tahun 2018 memberikan kita satu keadaan yang lebih baik dan selesa daripada tahun 2017. Amin...dan InsyaAllah.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM., MAgrS).