Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Friday, February 1, 2013

PELAN TINDAKAN ATAU PERANCANGAN TAHUN 2013

Salam hormat,

Saya mengingatkan semula, sebagai satu contoh, saya telah ada matlamat dan saya juga tahu di mana saya bermula.



Jika anda lihat semula penulisan saya yang baru lepas, komponen terbesar kenaikan nilai aset dalam tahun 2013 datangnya daripada usaha penabungan setiap bulan 10 peratus daripada wang pencen saya. Jika ini boleh dilakukan tanpa masaalah, maka dipenghujung tahun ini nanti sasaran saya akan tercapai mengikut perancangan.

Apakah anda boleh menabung 10% daripada pendapatan bulanan anda dan setiap bulan?? Mungkin menabung 10% daripada pendapatan bulanan anda dianggap perkara yang remeh dan terlalu mudah untuk di lakukan. Pengalaman saya tidak semudah yang kita jangkakan, walau pun pada tahap peratusan yang kecil.

Jadinya, satu aktiviti dalam pelan tindakan tahun 2013 saya ialah menabung 10 peratus daripada wang pencen saya setiap bulan. Dasar yang perlu saya amalkan pula ialah senantiasa berjimat cermat dalam berbelanja. Bermakna saya perlu ada satu sistem pemantauan perbelanjaan bulanan saya.

Anda boleh lah melakukan beberapa aktiviti tertentu dalam usaha anda untuk memastikan aktiviti di dalam pelan tindakan berjalan dengan baik.

Selepas ini kita akan melihat aspek penabungan wang, bagi menerangkan lagi pelan tindakan yang telah saya nyatakan di atas, apakah boleh dilakukan? Jika tidak boleh, apakah tindakan saya yang lain bagi memastikan amaun sebanyak 10% daripada wang pencen saya tetap dapat ditabungkan setiap bulan.


Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment