Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Saturday, December 8, 2018

DUA PERKATAAN YANG PERLU DI FAHAMI JIKA INGINKAN KEMAKMURAN EKONOMI



Salam hormat,

Lama juga saya tidak menulis di dalam blog pengurusan kewangan ini. Kali ini saya kembali menulis dengan tajuk seperti yang ternyata di atas.

Perkataan-Perkataan yang saya maksudkan ialah:-

1. PRODUKTIVITI, dan
2. LEVERAGE ( terpaksa guna bahasa Inggeris).

Contoh produktiviti seperti pendapatan anda untuk satu jam. Jika gaji anda, katakan RM 3,000.00 sebulan. Ini bermakna untuk satu hari pendapatan anda ialah RM 100.00. Kita biasanya bekerja hanya 8 jam dalam sehari. Berasaskan cara ini pendapatan anda untuk satu jam ialah RM 12.50, atau produktiviti anda ialah RM12.50/jam.

Persoalan atau hal yang perlu senantiasa anda FIKIRKAN ialah bagaimanakah anda boleh menaikkan produktiviti tersebut, misalnya kepada RM 100.00/jam?

Setelah anda membuat kajian atau banyak pembacaan sendiri nanti, anda akan nampak kaedah seterusnya mampu membuat satu PERANCANGAN bagaiman produktiviti tersebut boleh di naikkan atau senantiasa berada di tahap yang tinggi setiap masa. In sha Allah.

Seterusnya perkataan LEVERAGE yang berasal dari perkataan LEVER. Misalnya disuatu mainan jongkang-jongkit, kita dapat perhatikan bagaiman sianak yang kecil ( ringan ) mampu menjongkit si ayah ( berat ) yang duduk disebelah satu lagi bahagian mainan tersebut, jika si anak duduk dibahagian jongkang-jongkit yang lebih panjang daripada ayahnya. Lihat gambar berikut.



Dari sudut perbandingannya, anda masih bekerja 8 jam sehari, tetapai mampu menjana pendapatan serta produktiviti yang berlipat kali ganda lebih tinggi. Bagaiman caranya? Melalui konsep LEVERAGE ini anda mampu berbuat demikian. Jadi saya juga mengajak anda mengkaji dan banyak membaca berkaitan perkataan LEVERAGE ini.

Sebagai pendahuluan, anda boleh mengaplikasikan leverage dalam perkara-perkara seperti berikut:-

1. MASA,
2. ASET dan SUMBER( termasuk PEKERJA ) yang anda miliki,
3. INTERNET,
4. Lain-lain TEKNOLOGI,
5. OPM ( other peoples money, BANK ),
6. KEMAHIRAN TERTENTU yang anda miliki,

Beberapa contoh klasik yang saya mahu anda fikir, bagaiman konsep LEVERAGE mampu menjana produktiviti paling hebat. Pertamanya, anda semua tahu Bill Gates. Beliau dan syarikat miliknya ( Microsoft ) leverage pada INTERNET dan menjadikan beliau salah seorang terkaya di Amerika Syarikat. Warren Buffet telah juga menjadi salah seorang terkaya di Amerika Syarikat juga dengan mengaplikasikan LEVERAGE pada saham-saham beberapa syarikat teknologi terkemuka dan saham blue chips lain. Orang China di Malaysia mampu menjadi pemegang kuasa ekonomi negara melalui leveraage pada bidang perniagaan.

Jika anda mengarang sebuah buku/lagu dan sebagainya. Apabila hasil ini di cetak berulang kali, ini juga merupakan satu aplikasi konep leverage.

Teruskan kajian serta bacaan anda ke atas dua perkatan penting di atas, saya yakin anda tidak akan rugi dan nampak lebih banyak peluang untuk meningkatkan produktuiviti serta kemakmuran masing-masing. In sha Allah.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

No comments:

Post a Comment