Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Saturday, December 28, 2019

SELAMAT DATANG TAHUN 2020


Salam hormat,


Alhamdullilah, tahun 2020 akan menjelang dalam beberapa hari sahaja lagi. Apakah kita sama (keadaan dan kedudukan) dengan masa yang sama di tahun-tahun sebelum ini? Jika tiada beza, ubah “formula” yang terdapat di dalam minda anda. Usahakan perubahan itu dalam masa setahun, iaitu disepanjang tahun 2020 nanti. Biar lambat asalkan selamat.

Kenapa saya membuat saranan sedemikian?

Satu daripadanya, sekian lama saya membuat pemerhatian akan sesuatu kejayaan, misalnya penambahbaikan status ekonomi sesebuah keluarga, rata-rata tidak banyak perubahan. Apabila saya kaji-kaji semula dimanakah kelemahan nasehat yang telah sekian lama diberikan, tak lain dan tidak bukan, perubahan gagal dilakukan dahulu diperingkat MINDA seseorang.

Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa hampir 80% perbuatan atau pun tindakan harian seseorang adalah mengikut apa yang telah di programkan di dalam minda sub-concious mereka. Dengan lain perkataan perangai atau tabiat masing-masing. Sebagai contoh TABIAT BERBELANJA dan tabiat berjimat cermat.

Persoalanya bagaimana atau apa yang perlu dilakukan oleh seseorang di sepanjang tahun 2020 ini nanti untuk merubah formula yang terdapat di dalam minda sub-concious masing-masing? Formula yang terdapat di dalam minda ini hanya boleh diubah perlahan-lahan melalui penglihatan (MATA), pendengaran (TELINGA) dan deria rasa.

Ini bermakna, kita wajib menggunakan MATA kita dengan betul, senantiasalah/selalulah MELIHAT kejayaan atau contoh yang kita kehendaki. Senantiasa melihat yang baik-baik dan positif sahaja, amnya. MEMBACA ( melihat ) buku-buku mengenai kejayaan terbabit. Berkawan dengan mereka yang telah berjaya di dalam bidang yang kita juga kehendaki. Seseorang kena asuh minda masing-masing secara berterusan sehingga benar-benar yakin boleh dan jelas sejelasnya akan apa yang mereka kehendaki di masa yang akan datang. Perkara ini anda sahaja yang boleh melakukannya untuk diri anda sendiri. Orang lain tidak boleh melakukannya untuk anda. Anda kenalah memainkan peranan yang proaktif dalam hal ini.

Demikian juga dengan pendegaran. Senantiasa mendengar ceramah/nasehat perkara yang berkaitan. Kini di dalam u-tube terdapat banyak ceramah-ceramah yang baik-baik bagi tujuan ini. Pilihlah bidang anda masing-masing. Invest sedikit wang untuk menghadiri seminar-seminar yang berkiatan.

Akhirnya nanti, MINDA kita akan senantiasa memikirkan perkara yang kita hendak capai atau apa sebenarnya di dalam kehidupan ini yang kita kehendaki.

Is sha Allah, dipenghujung tahun 2020 nanti, anda akan lebih bersedia untuk melangkah ke tahun 2021 dan seterusnya dengan lebih yakin dan berMATLAMAT yang jelas.


Sekian dahulu, fikir-fikirkan.


SELAMAT TAHUN BAHARU 2020


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

No comments:

Post a Comment