Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Monday, April 6, 2020

COVID-19 : RAMAI RAKYAT YANG HILANG MATA PENCARIAN DAN MENJADI MISKIN TEGAR


Salam sejahtera,


Anda dan keluarga bagaimana?

Saya yakin anda semua telah sedia maklum bahawa hari ini wabak covid-19 telah melanda seluruh dunia, tanpa mengira sama ada sesebuah negara itu negara maju atau pun miskin, tidak mengenal keturunan seseorang sama ada keturunan raja atau pun rakyat jelata, tidak mengira fahaman politik, tanpa sempadan dan pendek kata tiada batasan lapisan masyarakat yang tidak terjejas. Kita semua di dalam kapal yang sama.

Dari kesan negatif ekonomi, semua negara adalah sama, cumanya pada tahap yang mungkin sedikit berbeza. Di Amerika Syarikat telah dimaklumkan berlakunya kehilangan punca pendapatan/pekerjaan yang telah melibatkan 10 juta rakyatnya.

Bagi mereka yang ada sedikit wang tabungan/emergency funds sendiri, mungkin boleh bertahan untuk beberapa ketika. Di sinilah kita mula nampak betapa mustahaknya di keadaan masa kita senang, wajib ada usaha untuk menyimpan walau pun sedikit. Jimat sebelum habis dan lapang sebelum sempit.

Saya berpandangan di negara kita, perihal mengawal, mencegah dan membasmi penyakit ini tidak akan selesai dalam tempoh 2 ke 3 bulan yang akan datang. Bahkan ia boleh menjangkau melebehi 6 bulan. Jika rakyat kita semua memberikan kerja sama dan faham bagaimana penyakit ini boleh merebak usaha mengawalnya, kemungkinan boleh berlaku dalam masa yang lebih singkat seterusnya kita bersama membasminya.

Jadi apakah persediaan atau PERANCANGAN anda untuk, pertamanya, memastikan makanan terus ada di atas meja di rumah anda. Saya mengajak anda semua khususnya mereka yang terjejas, supaya menggunakan masa yang ada ini untuk MEMIKIRKAN satu pelan tindakan yang praktikal yang boleh diambil, sebagai usaha mencari jalan keluar daripada cengkaman wabak ini. Jangan cepat menyatakan tak boleh, tak mampu dan sebaginya. Fikirkan dan CATIT dahulu. Anda tidak akan rugi apa-apa jika memikirkannya.

Kita juga tidak boleh berputus asa dalam apa jua keadaan dan dengan berdiam diri sahaja tidak akan memberikan sebarang kebaikkan pun kepada kita. Setiap kita telah dibekalkan oleh Allah SWT satu aset penting iaitu MINDA/OTAK yang sehat. Gunakan ia untuk merangka palan keluar daripada masaalah ini nanti dan sekurangnya dapat membantu anda untuk meneruskan kehidupan sebaik mungkin. Kita kena ingat bahawa semua ciptaan yang besar mahupun yang kecil di dunia ini bermula di dalam minda seseorang. Sebahagian daripada usaha kereativiti ini telah mula kelihatan sekarang pun. Cuma mungkin ia tidak sesuai bagi semua orang di semua lokasi di Malaysia.

Kita juga kena sedar bahawa disebalik musibah( problems) yang melanda, pada masa yang sama Allah SWT menurunkan kebaikan/peluang(oportunity) untuk kita umah manusia terus kental dan maju ke hadapan. Jadi marilah kita ramai-ramai menukar kacamata penglihatan yng kita gunakan selama ini supaya kita nampak jelas peluang besar yang menanti. Soal nak raih atau tidak peluang tersebut, terpulang.

Mungkin sekaranglah masa yang paling sesuai bagi kita ahli keluarga bersama-sama mengamalkan berjimat cermat yang sebenarnya, dan mungkin juga ada yang boleh melakukan sedikit penabungan untuk masa hadapan. Mungkin sekarang jugalah masanya untuk membentuk amalan kebersihan kepada setiap ahli keluarga dan pelbagai lagi.

Bagi mereka yang tingal dikampung/desa, mungkin mereka ini sesuai mula memikirkan penghasilan bahan makanan sendiri. Jika kita tidak mampu untuk menanam padi secara besar-besaran, mungkin kita sesuai dan mampu menanam ubu kayu dan/atau ubi keledek dan juga pisang sebagai sumber karbohidrat. Bertanam beberapa jenis sayur daun untuk sumber protin. Jika kita ada sikap enterpreneurship, saya percaya usaha-usaha ini boleh dibesarkan sedikit dan dikongsikan dengan masyarakat setempat.



                                     Tanam Pisang & Ubi Kayu


                                                               Tanam Sayur



Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

No comments:

Post a Comment