Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Monday, January 28, 2013

PENETAPAN MATLAMAT KEWANGAN

Salam hormat,

Untuk bermula, anda perlu mengetahui di aman anda berada sekarang (dari sudut Nilai Bersih). Cuba masing-masing gunakan format pengiraan Nilai Bersih di dalam slide saya yang lepas. Kalau Nilai Bersih anda negatif, jangan bimbang. Dari sudut realitinya anda bermulalah disitu.

Untuk diri saya, sebagai contoh dan bagi memudahkan anda mengikuti penerangan ini, pada malam 31hb Disember lepas, Nilai Bersih saya ialah RM 172,937.20 . Satu nilai yang positif. Lihat slide berikut,



Saya bermula di awaal tahun 2013 ini dengan Nilai Bersih RM172,937.20.  Setelah meneliti pendapatan bulanan saya ( wang pencen), pulangan daripada saham yang ada (seperti dalam slide di atas), kenaikan nilai rumah dan tanah dalam setahun, serta komitmen kewangan saya di tahun ini, saya menetapkan matlamat kewangan saya bagi tahun 2013 ialah Nilai Bersih RM 182,400.00. Penambahan pada tahun ini dianggarkan sebanyak RM9462.00.

Bagaimana saya mendapat tambahan sebanyak RM9462.00 pada tahun 2013 nanti? Saya telah buat congakkan daripada aset yang ada, seperti berikut:-

1. Wang tabungan (daripada pencen yang diterima setiap bulan)=RM4,800.00
2. Dividen = RM1,360.00
3. Kenaikan nilai rumah kediaman (1%)=RM1,350.00
4. Kenaikan nilai tanah (1%) = RM152.00
5. EPF dividen (6%)= RM1,800.00

             Jumlah =RM9462.00

Apakah matlamat kewangan saya pada tahun 2013 realistik dan boleh dicapai??

Di dalam penetapan matlamat kewangan, pertama sekali ia misti boleh diukur dan dalam bentuk angka yang jelas. Keduanya, kita misti pastikan ia realistik dan boleh dicapai dalam keadaan biasa. Kita tidak menetapkan sasaran tersebut melalui pemikiran atau angan-angan sahaja.

Sekarang, sebagai satu contoh, saya telah ada matlamat kewangan yang perlu dicapai. Saya juga mengetahui dengan jelas dimana saya bermula. Jadi berikutnya kita kena sediakan satu perancangan untuk memastikan matlamat tadi tercapai di penghujung tahun ini nanti.

Penyediaan perancangan akan diterangkan di halaman berikutnya...


Skian,



Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment