Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Tuesday, August 6, 2013

KESIHATAN DAN KESELAMATAN DIRI ADALAH FAKTOR KEJAYAAN KEWANGAN


Asalamualaikum,

Selamat meneruskan ibadah puasa dan menyambut Harai Raya Aidil Fitri selang sehari sahaja lagi.

Elok rasaanya ketika ini saya memberikan sedikit tumpuan serta ingatan kepada faktor kejayaan kewangan, iaitu kesihatan dan keselamatan diri anda. Seseorang yang berkehendakan kejayaan kewangan semestinya menjaka kesihatan dan keselamatan diri dan keluarganya setiap masa. Ini adalah kerana kita memerlukan masa untuk berjaya, bukan sahaja dalam hal-hal kewangan tetapi di dalam apa juga bidang kejayaan yang anda cari. Perhatikan disiplin orang-orang Tionghwa di dalam ke dua-dua perkara ini.

Di ambang perayaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri, saya percaya ramai diantara kita yang akan balik ke kampung sebelum Hari Raya, atau pun berkunjung ke rumah sanak saudara pada Harai Raya, dan  akhirnya sekali balik semula ke kota-kota di mana kita tinggal dan bekerja. Saya mengambil kesempatan disini, pentingnya anda semua menjaga keselamatan diri semasa memandu. Pertamanya, rancanglah perjalanan anda. Dengan perancangan ini nanti anda tidak terburu-buru dalam perjalanan dan sampai mengikut jadual dan dengan selamat. Kita balik ke kampung bukan bertujuan untuk menempah kecelakaan atau musibah. Jadi berhati-hatilah.

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan rumah yang anda tinggalkan juga berkeadaan selamat. Pastikan gas memasak telah diputuskan sambunganya. Semua tingkap dan pintu telah dikunci dengan sempurna. Suis elektrik yang tidak berkenaan telah juga dipadamkan. Kehilangan barangan di rumah anda atau pun musibah lain jika berlaku kepada rumah kediaman anda akan melambatkan usaha anda untuk mencapai kejayaan kewangan.

Seminggu sebelum tarikh balik ke kampung, kenderaan anda telah diservis dan di periksa sepatutnya, terutamanya brek berkeadaan baik dan tayar ganti juga boleh digunakan, jika berlaku kebocoran dipertengahan jalan. Pastikan peralatan seperti jack dan peralatan membuka tayar semua nya berkeadaan baik. Ini semua adalah ciri-ciri mereka yang mengutamakan keselamatan dan mempunyai matlamat dalam kehidupan.

Semasa di perjalanan jika kita mengantuk, berhentilah di lokasi yang sesuai dan selamat.

Selain dari keselamatan diri, kesihatan diri juga perlu diberikan perhatian. Di musim perayaan ini nanti, elakkan makan terllalu banyak. Bagi mereka yang berumur melebihi 40 tahun, awas jangan memakan daging rendang dan lemang terlalu banyak. Sederhana adalah asasnya. Di bulan puasa ini saya perhatikan pengunjung klinik swasta agak berkurangan, tetapi akan mendadak bertambah dalam tempoh seminggu berhari raya. Kenapa misi jadi begini? Kita makan seadanya dan untuk kesihatan semata-mata.

Jadinya, orang-orang yang inginkan kejayaan kewangan, semistinya menjaga kdua-dua perkara ini. InsyaAllah anda akan maju kehadapan setahun demi setahun.


Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment