Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Wednesday, July 23, 2014

BUFFET RAMADHAN 2014



Salam hormat dan selamat meneruskan ibadah puasa,

Sungguh pun bulan ramadhan hampir menutup tirainya, namun saya rasa perlu juga saya gambarkan budaya berbuka di hotel-hotel, untuk renungan kita bersama dan kaitanya dengan usaha berjimat cermat dan tidak melakukan pembaziran.

Kerana sudah lama tidak berbuka puasa di hotel, pada 18.07.14 yang lalu, saya bersama anak berbuka puasa di salah sebuah hotel agak terkemuka juga di Kuantan.

Saya dikenakan bayaran RM111.40 untuk dua orang, termasuk cukai perkhidmatan 5%. Harga ditawarkan ialah RM48++ untuk dewasa, atau RM55.70 seorang. Kita sudah menerima pembayaran makan bercukai dan tak kisah nampaknya.

Saya perhatikan ada keluarga yang datang dengan komposisi 3 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak. Bermakna ketua keluarga tersebut membayar tidak kurang daripada RM 290.00 untuk berbuka puasa!

Amnya makan dihotel ini memang jauh lebih mahal berbanding makan diluar, tambah pula dibulan puasa begini. Misalnya, satu mug teh tarik di kedai biasa harga sekitaran RM1.50 manakala dihotel kita kena bayar RM4.00 bagi satu mug yang sama. Olih kerana permintaan yang amat menggalakkan (almaklumah kita berlapar), tahun ini, daripada iklan-iklan yang dipamirkan, telah meningkat harga berbanding tahun lepas.

Pada sessi berbuka kali ini saya makan makanan seperti berikut:-

1. Kurma,
2. Teh tarik (2 mug),
3. Kuih (2 pcs),
4. Makanan dicampur nasi briani (saya ambil sedikit sahaja),
    4.1. Daging (kari, 2 ketul),
    4.2. Sayur,
    4.3. Telor goreng,
    4.4. Gulai terung,
    4.5. Daging ayam (2 ketul), dan
    4.6. Ice cream 2 skup.



                                      Kurma Yang Saya Makan


                                                Hidangan Nasi Yang Saya Makan

Taksiran saya, kos bahan makanan termasuk teh tarik yang diminum, memang mencecah RM50.00 (harga di hotel). Saya percaya makanan yang sama diluar kosnya sekitaran RM30 sahaja.

Bermakna, agak mahal jika berbuka di hotel-hotel, tambahan cukai yang dikenakan. Jadinya bagi mereka yang ingin berjimat cermat atau yang terpaksa mengurangkan perbelanjaan atas kepentingan tertentu, berbuka cara begini bukanlah wajar. Sekali atau dua dalam sepanjang bulan ramadhan sudah memadai.

Dari sudut kersihatan pula, saya perhatikan kebanyakkan masakkan berkolestrol tinggi serta minuman dan kuih-muih yang banyak gula. Taabiat melayan nafsu, dengan mengambil pelbagai jinis makanan dan dengan banyaknya bagi saya agak kurang sesuai. Tambahan pula diakhir majlis terlalu banyak makanan yang telah diambil tidak habis di makan. Pembaziran ini adalah bertentangan usaha kita berpuasa. Jika kita teringat mereka yang kurang bernasib baik, saya percaya kita akan lebih berhati-hati dan pembaziran bolih dielakkan sama sekali.

                                  Ambil makanan secukupnya dan habis dimakan

Saya juga berasa bimbang cara berbuka ala kemewahan ini. Ia bolih menjejaskan usaha kita untuk mendidik anak-anak bagaimana hendak berjimat cermat dan berbelanja dengan lebih berhemah.

                                                 Suasana Di Dalam Dewan Makan

Renung-renungkan lah...

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, SERTA MAAF ZAHIR DAN BATIN"


Skian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun



No comments:

Post a Comment