Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Wednesday, July 30, 2014

Multiple Streams of Income: PENGALAMAN SEORANG PESERTA RANCANGAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA)


Salam hormat,

Sekali lagi saya ingin mengingat dan menekankan betapa pentingnya kita misti ada punca pendapatan lebih daripada satu. Tak kiralah anda sekarang bekerja di mana dan sebagai apa. Lagi banyak punca pendapatan lagi bagus untuk kita, keluarga, bangsa dan agama.

Perbandingannya ialah, jika kita ingin mengisi air ke dalam satu baldi yang tidak bocor (sebagai misalanya), dua paip air lebih cepat untuk memenuhkan baldi berkenaan berbanding jika kita hanya menggunakan satu paip air sahaja. Lebih penting lagi dan kena senantiasa ingat, jika kita menggunakan satu paip air sahaja, ialah apabila satu-satunya paip air yang kita gunakan itu tiba-tiba kering. Apa akan terjadi?

Baldi tyersebut bertambah lambat penuh, sungguh pun kita menggunakan 2 paip air, jika baldi yang kita gunakan itu memiliki bvanyak lubang-lubang kecil (kebocoran). Perbandingannya samalah dengan ketirisan wang pendapatan bulanan kita.

Pernahkah kita turut memikirkan juga, jika kita ada satu punca pendapatan sahaja, jika kita diberhentikan ( atas sebab-sebab tertentu) maka putuslah punca pendapatan kita. Jangan lalai dan amat percaya bahawa musibah tidak akan menimpa kita atau ahli keluarga kita. Elok kita senantiasa bersedia. Jika sebelum kita diberhentikan, kita ada 3 punca pendapatan, kesannya kepada kita dan keluarga adalah berbeza.

Mungkin ada diantara kita yang pula menyatakan, kita bekerja dengan kerajaan, mana mungkin kita akan diberhentikan? Fikirkan dengan serius, apakah dalam dunia hari ini, ia mustahil tidak akan berlaku??

Jadi amatlah mustahak, pada hemat saya, setiap kita ada 2 atau pun lebih punca pendapatan. Mustahil juga? Fikirkan sebaik-baiknya.

Dalam lawatan saya ke kawasan FELDA Jengka baru-baru ini, saya dipertemukan dengan seorang peneroka rancangan tanah, yang mengakui betapa pentingnya seseorang itu ada punca pendapatan lebih daripada satu. Daripada temubual saya, di dapati beliau telah ada 6 punca pendapatan. Bayangkan betapa hebatnya pemikiran dan kesedaran beliau betapa pentingnya ada lebih daripada satu punca pendapatan, sungguh pun beliau tinggal di sebuah rancangan tanah persekutuan.

Melalui temubual yang sama, saya dapati beliau mendapat inspirasi untuk memiliki lebih daripada satu punca pendapatan adalah daripada seorang China juga, iaitu seorang taukeh dan pemilik kedai hardware. Saya petik kata-kata atau nasehat orang China berkenaan kepada beliau satu ketika dahulu, seperti berikut:-

   "Midon...bila hari ujan aaa, kalau kita tadah satu bekas saaja bagaimana kita mau dapat manyak air? Kalau satu bekas saja...mau minum pun tarak cukup ooo. Tapi aaa...Midon...kalau kita tadah manyak bekas,...bekas ini dapat sikit...sana sikit..campok semua bolih jadi manyak ooo. Bila sudah manyak, kita mau basuh tangan bolih, minum pun bolih dan mau mandi pun bolih"

Daripada saat itu beliau bertekad untuk mewujudkan bagi dirinya punca pendapatan yang melebihi daripada satu. Rupanya di FELDA pun bolih diwujudkan punca pendapatan yang banyak, jika kita berfikir mengenainya dari masa ke semasa.


Jangan lupa, seperti yang beliau tunjukkan, setelah berfikir, kita kenalah mengambil tindakan untuk merelisasikan apa yang kita telah fikirkan.

Punca pendapatan asal beliau, sebagai peneroka, ialah hasil sawit daripada tanah seluas 10 ekar yang telah beliau dan keluarga terokai skian lama. Pendapatan beliau yang kedua ialah melalui sebuah kedai hardware yang sederhana besarnya yang beliau wujudkan secara perlahan-lahan. Seterusnya beliau, dengan kerjasama anak-anak menyediakan perkhidmatan (lori) untuk mengangkut BTB dan juga menyelia ladang sawit. Memandangkan dibawah pohon-pohon sawit terdapat banyak rumput yang sesuai sebagai makanan ternakan lembu dan kambing, beliau dan keluarga teruskan dengan menternak lembu dan kambing pedaging. Itulah diantara punca-punca pendapatan yang telah beliau wujudkan selama kira-kira 30 tahun berada di rancangan tanah FELDA.

Sungguh hebat seorang peneroka rancangan tanah ini. Pada hemat saya beliau lah satu IDOLA masyarakat rancangan tanah.

Semasa temubual itu juga, beliau rupanya turut berpegang kuat kepada satu falsafah yang hebat dan berbunyi seperti berikut:-

  " apabila kita rajin, kalau tak kaya...senang kita akan jumpa. Tetapi jika kita malas berusaha....usahkan kaya...senang pun kita tak jumpa...."



Skian...fikir-fikirkan.



Dr Azizol bin Mohd Sharun 

No comments:

Post a Comment