Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Tuesday, August 18, 2015

CARI ALTERNATIF KEPADA BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN YANG DIKENAKAN GST

Salam hormat,

Saya perhatikan ketika ini masyarakat sudah tidak memperkatakan lagi bab GST ini. Kemungkinan sudah lupa, atau pun seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Kemungkinan juga seperti ungkapan lain yang berbunyi alah bisa tegal biasa. Apa pun kedudukan respon masyarakat, saya akan meneruskan kupasan dan berkongsi pengalaman yang berkaitan.

Ada opsyen atau alternatif kepada barangan/perkhidmatan yang dikenakan GST dalam perbelanjaan anda? Perlunya anda ada catitan atau simpanan resit-resit pembelian barangan/perkhidmatan untuk membuat penilaian perkara ini.

Pertama sekali sebelum mengorak langkah mencari-cari alternatif kepada barangan/perkhidmatan yang dikenakan GST, saya cadangkan supaya anda menyediakan satu senarai barangan dan perkhidmatan tersebut dahulu. Buat satu senarai atau jadual bagi memudahkan anda melihat, dan memikirkan alternatif dan/atau strategi yang sesuai diterapkan di dalam proses pembelian barangan/perkhidmatan berkenaan untuk bulan-bulan berikutnya. Saya cadangkan anda menggunakan program komputer ecxcell bagi tujuan ini, ia lebih mudah. Sesuai kalau disusun mengikut sumbangan terbesar kepada cukai GST yang anda kena bayar.

Pengalaman saya menunjukkan prioriti senarai akan berubah-rubah dari bulan ke bulan.

Senarai pembelian barangan saya bagi bulan JUN 2015 ( diantaranya ) yang telah dikenakan GST adalah seperi berikut:-





Bagi barangan atau perkhidmatan yang jelas ada pilihan, maka pembelian berikutnya akan terus diubah kepada alternatif berkenaan. Ada juga barangan/perkhidmatan yang tiada alternatif, tetapi masih ada strategi untuk mengurangkan amaun GST yang anda kena bayar. Misalnya, bagi kes saya di atas, susu cair Low Fat jenama dan pek yang sama di satu pasaraya berharga RM5.99 untuk pek seliter manakala di pasaraya bersebelahan pula harganya RM4.99 seliter. Apabila harga belian barangan itu lebih rendah, maka amaun GST yang dikenakan juga akan menjadi rendah. Bagi kes santan kotak di atas, pembelian dikedai pertama amaun GST yang dikenakan ialah RM0.035 untuk sekotak, manakala di kedai yang kedua hanya RM0.025 sekotak. Bermakna pengurangan amaun GST yang dikenakan masih boleh dilakukan. Jika anda menggunakan 10 kotak dalam sebulan, maknanya perbezaan GST yang anda perlu bayar mula menampakkan kesannya dengan menggunakan strategi ini.


Kita jangan mengatakan " ...ahhh amaunnya terlalu kecil untuk diambil kira". Dalam bab penjimatan ini anda tidak sesuai beranggapan sedemikian. Ingat sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Saya turut mencadangkan supaya anda terus menerus membuat pemantauan dan meneliti kaedah anda berbelanja, insyaAllah amaun GST yang anda kena bayar akan lebih terkawal.


Skian dan selamat mencuba.



Dr Azizol bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment