Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Saturday, December 28, 2019

SELAMAT DATANG TAHUN 2020


Salam hormat,


Alhamdullilah, tahun 2020 akan menjelang dalam beberapa hari sahaja lagi. Apakah kita sama (keadaan dan kedudukan) dengan masa yang sama di tahun-tahun sebelum ini? Jika tiada beza, ubah “formula” yang terdapat di dalam minda anda. Usahakan perubahan itu dalam masa setahun, iaitu disepanjang tahun 2020 nanti. Biar lambat asalkan selamat.

Kenapa saya membuat saranan sedemikian?

Satu daripadanya, sekian lama saya membuat pemerhatian akan sesuatu kejayaan, misalnya penambahbaikan status ekonomi sesebuah keluarga, rata-rata tidak banyak perubahan. Apabila saya kaji-kaji semula dimanakah kelemahan nasehat yang telah sekian lama diberikan, tak lain dan tidak bukan, perubahan gagal dilakukan dahulu diperingkat MINDA seseorang.

Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa hampir 80% perbuatan atau pun tindakan harian seseorang adalah mengikut apa yang telah di programkan di dalam minda sub-concious mereka. Dengan lain perkataan perangai atau tabiat masing-masing. Sebagai contoh TABIAT BERBELANJA dan tabiat berjimat cermat.

Persoalanya bagaimana atau apa yang perlu dilakukan oleh seseorang di sepanjang tahun 2020 ini nanti untuk merubah formula yang terdapat di dalam minda sub-concious masing-masing? Formula yang terdapat di dalam minda ini hanya boleh diubah perlahan-lahan melalui penglihatan (MATA), pendengaran (TELINGA) dan deria rasa.

Ini bermakna, kita wajib menggunakan MATA kita dengan betul, senantiasalah/selalulah MELIHAT kejayaan atau contoh yang kita kehendaki. Senantiasa melihat yang baik-baik dan positif sahaja, amnya. MEMBACA ( melihat ) buku-buku mengenai kejayaan terbabit. Berkawan dengan mereka yang telah berjaya di dalam bidang yang kita juga kehendaki. Seseorang kena asuh minda masing-masing secara berterusan sehingga benar-benar yakin boleh dan jelas sejelasnya akan apa yang mereka kehendaki di masa yang akan datang. Perkara ini anda sahaja yang boleh melakukannya untuk diri anda sendiri. Orang lain tidak boleh melakukannya untuk anda. Anda kenalah memainkan peranan yang proaktif dalam hal ini.

Demikian juga dengan pendegaran. Senantiasa mendengar ceramah/nasehat perkara yang berkaitan. Kini di dalam u-tube terdapat banyak ceramah-ceramah yang baik-baik bagi tujuan ini. Pilihlah bidang anda masing-masing. Invest sedikit wang untuk menghadiri seminar-seminar yang berkiatan.

Akhirnya nanti, MINDA kita akan senantiasa memikirkan perkara yang kita hendak capai atau apa sebenarnya di dalam kehidupan ini yang kita kehendaki.

Is sha Allah, dipenghujung tahun 2020 nanti, anda akan lebih bersedia untuk melangkah ke tahun 2021 dan seterusnya dengan lebih yakin dan berMATLAMAT yang jelas.


Sekian dahulu, fikir-fikirkan.


SELAMAT TAHUN BAHARU 2020


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Monday, April 29, 2019

Selamat Menyambut dan Melalui Bulan Ramahdan 2019


Salam hormat,

Rasanya masa untuk berjimat cermat, yang saya anggap berbaloi, di bulan yang mula ini telah berlalu. Sebelum ini saya pernah menyatakan berbelanjalah dua atau tiga bulan sebelum bulan puasa bagi mengurangkan tekanan harga dan kesempatan yang diambil oleh pihak peniaga. Maksud saya berbelanja untuk pembelian yang besar-besar seperti peralatan elktrik, perabut, perhiasan rumah dan juga pakaian untuk merayakan kemenangan kita nanti. Termasuklah juga pembelian kereta baharu.

Tetapi masih ada satu peluang lagi, dibulan ramadhan nanti, bagi anda dan kita semua untuk mengelakkan pembaziran wang. Maksud saya ialah pembaziran makanan di sepanjang tempoh kita berpuasa nanti.

Pagi 25hb radio IKIM ada menyebut setiap hari sisa makana di sekitaran K Lumpur sahaja berjumlah 15,000 tan metrik sehari. Kalau sebulan berapa tu? Itu kan duit yang “dibuang” begitu sahaja. Menurut kenyataan itu lagi, punca yang besar pembaziran itu bukan lah datangnya daripada restoren-restoren, tetapi daripada rumah-rumah. Maknanya daripada mereka semua penduduk warga kota besar ini.

So apa yang boleh kita fikirkan dan buat untuk menempuh bulan yang mulia ini?

Cadangan saya ialah: Kaji dan tentukan dibulan sebelum bulan Ramadhan berapa banyak makanan yang keluarga kita makan secara biasa seharian. Para suri rumah gunakan panduan ini untuk memasak dibulan Ramadhan nanti. Miaslnya jika kita memasak 3 pot beras sehari, maknanya dibulan Radahan nanti kita memamsak nasi sebanyak itu juga, bahkan mungkin boleh dikurangkan lagi. Jika diperhatikan selepas itu masih ada nasi yang terbuang, makan kurangnkan lagi amaun beras yang dimasak. Kaedah ini juga disaran bagi hidangan yang lain.

Satu lagi, perangai atau budaya semasa makan yang saya rasa elok difikirkan bersama ialah budaya menambah makanan dan bukannya meletakkan selaki gus ke dalam pingan amauan dan lauk pikuk yang kita berselera hendak makan. Jika habis dan perlukan lagi, silalah tambah. Tetapai jika diletak semua sekali gus dan tak habis dimakan, tiada siapa yang akan memakan baki tersebut dan ia akan terbuang. Kaedah ini juga kita perlu lakukan dengan air minuman. Para Ibu-Bapa harus mengajar anak-anak supaya mengamalkan budaya makan sebegini.


Sekian dahulu,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

Monday, March 4, 2019

THERMOS BOLEH BANTU ANDA BERJIMAT CERMAT



Salam hormat,

Kita semua tahu biasanya Thermos ini digunakan untuk menyimpan air panas. Jika sesebuah rumah itu tiada Thermos ini, tiap kali ingin menyediakan secawan dua minuman panas, kenalah memasak air dahulu.




Kekerapan memasak air, sama ada menggunakan elektrik atau pun gas, pastinya akan meningkatkan perbelanjaan dalam sesuatu bulan. Pengalaman saya dengan adanya alat ini saya mampu berjimat gas atau dengan lain perkataan satu lagi usaha berjimat cermat. Penjimatan masa pun boleh juga, terutamanya apabila kita hendak cepat ke tempat kerja di pagi hari.

Thermos tidaklah mahal, dengan berbelanja sekitaran RM 50 ke RM60 sudah dapat satu Thermos yang sesuai. Cuba-cubalah yer bagi mereka yang belum menggunakan alat ini.


Sekian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Wednesday, January 2, 2019

TAHUN 2019 KE MANA KITA?

Salam  sejahtera,


Alhamdullilah kita telah memasuki tahun baharu 2019 dan sudah hari yang ke tiga hari ini. Mungkin seperti biasa juga di awal–awal tahun sebegini, ramai yang menyebut-nyebut dan di zaman teknologi ini share atau update status ( di FB atau pun Tweeter) azam tahun baharu masing-masing. Setelah beberapa bulan nanti, ramai di antara kita yang azamnya akan mula pudar dan dilupai, sehinggalah sampainya ke tahun baharu yang akan datang.

Saya ingin mengajak anda semua supaya menambahbaik sdikit penggunaan perkatan azam tersebut kepada satu target atau matlamat atau sasaran yang lebih bermakna dan kelihatan jelas apa yang hendak dicapai di sepanjang tahun 2019 ini nanti.

Saya ingin mencadangkan supaya anda menggunakan piaiwan NILAI BERSIH KINI (Net Worth), seperti yang dipaparkan pada rajah berikut.



Contoh di atas menunjukkan dengan jelas kedudukan NILAI BERSIH KINI saya pada 31hb Disember, 2018. Apa yang perlu dibuat selepas itu ialah membuat sekeping rajah tersebut, serta dilekatkan ditempat yang anda biasa duduk. Maknanya setiap hari disepanjang tahun 2019 ini anda akan nampak, atau misti nampak serta diperingatkan terus menerus rajah berkenaan.

Seterusnya anda diajak menyediakan sasaran (Matlamat) NILAI BERSIH KINI pada 31hb Disember, 2019. Letakan sebelah menyebelah rajah tahun 2018 itu tadi. Usaha ini juga diharapkan akan membantu anda terus mengingati matlamat (azam) ekonomi/kewangan tahun 2019. Saya berikan contoh seperti berikut.



Jika dibuat perbandingan antara Tahun 2018 dan Tahun 2019, hanya penaambahan nilai sekitaran RM40,000.00 sahaja. Achiveable? atau boleh di capai? In sha Allah.

Penting selepas menyediakan sasaran/matlamat tersebut ialah menyediakan pula satu pelan tindakan (perancangan) bagaiman anda hendak mencapai sasaran yang baharu ini nanti. Anda boleh update dan improve pelan tindakan ini disepanjuang perjalanan melalui tahun 2019 ini nanti.




Saya amat mengalakkan supaya anda membuat mid-term review pencapaian anda pada bulan JUN nanti. Jika ini dilakukan saya yakin anda akan sempat melakukan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksana bagi terus mendekatkan anda kepada sasaran/matlamat yang hendak dicapai. In sha Allah.


Fikir-fikirkan dan Selamat Maju Jaya.


Sekian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Tuesday, December 11, 2018

NASEHAT LUQMAN AL HAKIM KEPADA ANAKNYA



Salam hormat,


Kali ini saya hanya ingin memanjangkan NASEHAT LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA, supaya kita juga turut diperingatkan perkara yang sama.



LUQMAN AL HAKIM berkata kepada anaknya:-

" Wahai anakku!  Tuntutlah oleh mu KAYA, DENGAN USAHA YANG HALAL supaya terhindar dari papa. Sesungguhnya papa itu menyebabkan kamu ditimpa (Dilanda) TIGA perkara:-

LEMAH ( kurang ) AGAMANYA,
LEMAH ( kurang ) AKALNYA,
HILANG MARUAHNYA.

Dan terlebih besar akibatmya dari tiga perkara ini ialah mereka DIHINA OLEH MANUSIA "



Sekian, untuk renungan kita bersama.



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

Saturday, December 8, 2018

DUA PERKATAAN YANG PERLU DI FAHAMI JIKA INGINKAN KEMAKMURAN EKONOMI



Salam hormat,

Lama juga saya tidak menulis di dalam blog pengurusan kewangan ini. Kali ini saya kembali menulis dengan tajuk seperti yang ternyata di atas.

Perkataan-Perkataan yang saya maksudkan ialah:-

1. PRODUKTIVITI, dan
2. LEVERAGE ( terpaksa guna bahasa Inggeris).

Contoh produktiviti seperti pendapatan anda untuk satu jam. Jika gaji anda, katakan RM 3,000.00 sebulan. Ini bermakna untuk satu hari pendapatan anda ialah RM 100.00. Kita biasanya bekerja hanya 8 jam dalam sehari. Berasaskan cara ini pendapatan anda untuk satu jam ialah RM 12.50, atau produktiviti anda ialah RM12.50/jam.

Persoalan atau hal yang perlu senantiasa anda FIKIRKAN ialah bagaimanakah anda boleh menaikkan produktiviti tersebut, misalnya kepada RM 100.00/jam?

Setelah anda membuat kajian atau banyak pembacaan sendiri nanti, anda akan nampak kaedah seterusnya mampu membuat satu PERANCANGAN bagaiman produktiviti tersebut boleh di naikkan atau senantiasa berada di tahap yang tinggi setiap masa. In sha Allah.

Seterusnya perkataan LEVERAGE yang berasal dari perkataan LEVER. Misalnya disuatu mainan jongkang-jongkit, kita dapat perhatikan bagaiman sianak yang kecil ( ringan ) mampu menjongkit si ayah ( berat ) yang duduk disebelah satu lagi bahagian mainan tersebut, jika si anak duduk dibahagian jongkang-jongkit yang lebih panjang daripada ayahnya. Lihat gambar berikut.



Dari sudut perbandingannya, anda masih bekerja 8 jam sehari, tetapai mampu menjana pendapatan serta produktiviti yang berlipat kali ganda lebih tinggi. Bagaiman caranya? Melalui konsep LEVERAGE ini anda mampu berbuat demikian. Jadi saya juga mengajak anda mengkaji dan banyak membaca berkaitan perkataan LEVERAGE ini.

Sebagai pendahuluan, anda boleh mengaplikasikan leverage dalam perkara-perkara seperti berikut:-

1. MASA,
2. ASET dan SUMBER( termasuk PEKERJA ) yang anda miliki,
3. INTERNET,
4. Lain-lain TEKNOLOGI,
5. OPM ( other peoples money, BANK ),
6. KEMAHIRAN TERTENTU yang anda miliki,

Beberapa contoh klasik yang saya mahu anda fikir, bagaiman konsep LEVERAGE mampu menjana produktiviti paling hebat. Pertamanya, anda semua tahu Bill Gates. Beliau dan syarikat miliknya ( Microsoft ) leverage pada INTERNET dan menjadikan beliau salah seorang terkaya di Amerika Syarikat. Warren Buffet telah juga menjadi salah seorang terkaya di Amerika Syarikat juga dengan mengaplikasikan LEVERAGE pada saham-saham beberapa syarikat teknologi terkemuka dan saham blue chips lain. Orang China di Malaysia mampu menjadi pemegang kuasa ekonomi negara melalui leveraage pada bidang perniagaan.

Jika anda mengarang sebuah buku/lagu dan sebagainya. Apabila hasil ini di cetak berulang kali, ini juga merupakan satu aplikasi konep leverage.

Teruskan kajian serta bacaan anda ke atas dua perkatan penting di atas, saya yakin anda tidak akan rugi dan nampak lebih banyak peluang untuk meningkatkan produktuiviti serta kemakmuran masing-masing. In sha Allah.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Wednesday, June 13, 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI


Kepada semua yang memandu di hari yang mulia ini, berhati-hati serta utamakan KESELAMATAN di sepanjang pemanduan. In sha Allah semuanya selamat.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.MAgrS)