Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Monday, July 4, 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Salam sejahtera,

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, serta maaf zahir dan batin kepada semua pengikut dan pembaca blog ini.






Bagi mereka yang akan berjalan jauh, hati-hati. Pastikan kenderaan anda telah diservis dan tayar penganti telah diisi angin secukupnya. Banyak bersabar semasa berada dijalan raya. Sebelum memulakan perjalanan pastikan anda telah cukup tidur. Semoga selamat sampai.

Jangan lupa membayar zakat firtah sebelum berhari raya.

Di hari raya pula, bagi mereka yang berumur melebihi 40 tahun, kurangkan memakan masakan berdaging. Kurangkan minuman yang bergas dan bergula tinggi. Makanlah selagi anda berasa selesa dan elok makan mengikut rutin anda sebelum berpuasa. Mari kita sama-sama elakkan pembaziran.

Mungkin elok saya ingatkan, hari raya sebenarnya pada hari raya pertama sahaja. Beraya sebulan, selagi bulan shawal ada, adalah budaya orang Melayu semata-mata dan perlu difikirkan semula. Mungkin cara begini boleh menjimatkan kewangan anda.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Saturday, February 13, 2016

SERVIS DAN JAGA KENDERAAN ANDA SEBAIK MUNGKIN

Salam hormat,

Saya percaya ramai di antara kita yang sedar akan kepentingan tajuk ini terhadap jangka hayat sesebuah kenderaan dan juga perlatan bermotor lain yang anda miliki. Mungkin saya perlu mengingatkan semula. Kenapa perlu ingatkan semula? Kerana tabiat orang kita, bukan tak tahu apa yang nak dibuat, TETAPI lagi ramai yang tak buat apa yang dia tahu. Servis kenderaan itu penting, tahu? Hampir semua orang tahu. Buat servis, tak ramai yang laksana yang ia tahu.

Hari ini hampir setiap keluarga memiliki kereta. Sebarang kerosakan besar akan melibatkan pembaikan dan perolehan alat ganti. Bermakna GST akan turut dibayar.

Secara biasanya setiap kenderaan yang kita beli dibekalkan dengan buku panduan penyelenggaraanya sekali. Ada di antara kita hanya mengikuti tertib penyelenggaran ini dalam beberapa tahun sahaja. Selepas itu "kadang-kadang" dan mungkin beberapa tahun berikutnya "jarang-jarang". Seharusnya, lagi berumur kenderaan kita , lagi hebat dan tertibnya kita melakukan penyelenggarannya. Lagi lama kita boleh gunakan sesebuah kenderaan, lagi banyak penjimatan wang kita perolehi.

Cuma saya perlu tekankan kepada para wanita yang berkenderaan. Pengalaman saya mendapati kaum wanita, mungkin segelintir, agak kurang peka sedikit berkaitan atau perihal pentingnya penjagaan kenderaan ini. Guna sahaja selagi tidak timbul masaalah. Jadinya para abang-abang atau suami perlu senantiasa ingatkan mereka bab ini.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Wednesday, February 10, 2016

PANDULAH KENDERAAN ANDA IKUT PERATURAN JALAN RAYA

Salam hormat,

Apa kaitannya pemanduan berhemah dengan GST?

Pertama, kaitanya ialah bagi mereka yang kenderaanya menggunakan minyak petrol RON 97 (pam hijau ) yang dikenakan GST. Keduanya, bagi pengguna minyak RON 95 dan RON 97,  jika berlaku kecelakaan di jalan raya, baikpulih kenderaan melibatkan alat ganti. Perolehan alat ganti kenderaan dikenakan GST.

Bagi merka yang kenderaanya menggunakan minyak RON 95 (pam kuning) perolehan minyak tidak terlibat dengan GST. Pemanduan mengikut had laju hanya memberikan penjimatan petrol sahaja bagi setiap km perjalanan. Kita semua mengetahui pemanduan kurang daripada 90Km/jam pembakaran minyak petrol lebih cekap. Jadi bagi mereka yang memandu laju kecekapan ini akan berkurangan. Bermakna untuk perjalanan balaik kampung misalnya, lebih banyak minyak digunakan dan sekali gus lebih banyak juga GST yang perlu dibayar.

Baru-baru ini, sebelum dan selepas Tahun Baru China, saya perhatikan sungguh pun had laju telah diturunkan kepada 80Km/jam bagi jalan raya persekutuan, kebanyakkan kenderaan dipandu melebihi 90Km/jam. Di LPT pula ada yang memandu sekitaran 130Km/jam. Saya percaya ramai diantara mereka ini satu ketika dahulu yang komplain pasal cukai GST yang dikenakan.

Kenapa misti laju? Satu daripada jawapanya ialah mahu cepat sampai ke destinasi. Jika begitu jawapanya, soalan saya berikutnya, kenapa tidak bermula awal?? Pelbagai alasan yang mungkin boleh diberikan oleh mereka. Ini juga bermakna setiap perjalanan, khususnya yang jauh, tiada perancangan perjalanan di buat. Bagi mereka yang menggunakan RON 97, perancangan setiap perjalanan boleh mengurangkan kesan GST.


Skian,


Fikir-fikirkan.



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Friday, February 5, 2016

PERBANDINGAN ANTARA KEDAI ATAU PASAR RAYA MASIH PERLU

Salam hormat.

Permerhatian saya terhadap perbezaan harga barangan yang sama di antara kedai atau pasar raya. Saya yakin anda juga memerhatikan perkara yang sama. Bagi saya ada ketikanya perbezaan harga barangan tertentu adalah significant. Rujuklah kepada resit-resit pembelian yang anda simpan.

Senagai contoh, harga susu cair low fat seliter:-

                                                    Jenama A      Jenama B

                  Pasar Raya A                  4.99              5.40
                  Pasar Raya B                  5.99              4.99

Dengan memilih kedai atau pasar raya bagi barangan tertentu, kemungkinan anda boleh berjimat didamping dikenakan cukai GST yang lebih rendah.

Perbandingan kedai atau pasar raya ini menjadi lebih mustahak apabila anda ingin membeuat perolehan barangan yang melebi harga RM100 satu-satu pembelian atau barangan. Barangan yang dimaksudkan ialah alat-alat elektrik dan elektronik (TV, peti sejuk, kipas angin, mesin basuh,  alatan memasak, komputer, kamera dsb), perabut, pakaian dan segala jenis mesin.

Di Kuantan, sebagai contoh, dan dibawah satu komplek membeli belah, sebuah kamera saku jenama Nikon Coolpix Model S29,000 di satu kedai ditawarkan dengan harga RM418.00 seunit, manakala kedai di sebelah hujung kompleks yang sama, kamera ini ditawarkan dengan harga RM428.00 seunit. Itu bezanya RM10.00 seunit.

Dalam satu daerah juga boleh berlaku perbezaan yang ketara bagi barangan yang sama. Misalnya disatu daerah, di pusat bandar daerah berkenaan, mesin basuh jenama Panasonic dengan kapisiti 7 kilogram ditawarkan dengan harga RM990.00 seunit, manakala di sebuah pekan kecil di daerah berkenaan barangan yang sama ditawarkan dengan harga RM850.00 seunit. Bezanya RM140.00. Bermakna amaun GST yang akan dikenakan juga berbeza.


Fikir-fikirkan


Skain,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Friday, August 28, 2015

THE MORE YOU LEARN THE MORE YOU EARN

Salam hormat,

Sebagai selingan kepada penulisan berkaitan GST, saya terpanggil untuk mengigatkan anda semua berkaitan penggunaan aplikasi Whatsapp. Saya perhatikan hanpir segenap lapiasan masyarakat kita terlalu banyak masa dan wang dibelanjakan hanya untuk melayan whatsapp di fon masing-masing dan juga oleh ahli keluarga kita yang lain. Cuba anda sendiri perhatikan di sekeliling anda di mana juga anda berada. Saya mencadangkan supaya anda berusaha mengawal perkara ini. Pada hemat saya ia banyak membazirkan masa, satu-satunya pemberian tuhan yang setelah dilalui dengan tanpa faedah, ia tidak akan kembali lagi. Tabiat ini juga pada hemat saya membazirkan wang ringgit anda.


                                         Gambar Hiasan Sahaj

Alangkah baik dan bermunafatnya jika sifat ini digantikan dengan kencenderongan membaca bahan bacaan yang lebih berfaedah, seperti yang diamalkan oleh orang-orang barat yang lebih maju.


                                     The More You Learn, The More You Earn



Mari kita fikirkan bersama.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Tuesday, August 18, 2015

CARI ALTERNATIF KEPADA BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN YANG DIKENAKAN GST

Salam hormat,

Saya perhatikan ketika ini masyarakat sudah tidak memperkatakan lagi bab GST ini. Kemungkinan sudah lupa, atau pun seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Kemungkinan juga seperti ungkapan lain yang berbunyi alah bisa tegal biasa. Apa pun kedudukan respon masyarakat, saya akan meneruskan kupasan dan berkongsi pengalaman yang berkaitan.

Ada opsyen atau alternatif kepada barangan/perkhidmatan yang dikenakan GST dalam perbelanjaan anda? Perlunya anda ada catitan atau simpanan resit-resit pembelian barangan/perkhidmatan untuk membuat penilaian perkara ini.

Pertama sekali sebelum mengorak langkah mencari-cari alternatif kepada barangan/perkhidmatan yang dikenakan GST, saya cadangkan supaya anda menyediakan satu senarai barangan dan perkhidmatan tersebut dahulu. Buat satu senarai atau jadual bagi memudahkan anda melihat, dan memikirkan alternatif dan/atau strategi yang sesuai diterapkan di dalam proses pembelian barangan/perkhidmatan berkenaan untuk bulan-bulan berikutnya. Saya cadangkan anda menggunakan program komputer ecxcell bagi tujuan ini, ia lebih mudah. Sesuai kalau disusun mengikut sumbangan terbesar kepada cukai GST yang anda kena bayar.

Pengalaman saya menunjukkan prioriti senarai akan berubah-rubah dari bulan ke bulan.

Senarai pembelian barangan saya bagi bulan JUN 2015 ( diantaranya ) yang telah dikenakan GST adalah seperi berikut:-





Bagi barangan atau perkhidmatan yang jelas ada pilihan, maka pembelian berikutnya akan terus diubah kepada alternatif berkenaan. Ada juga barangan/perkhidmatan yang tiada alternatif, tetapi masih ada strategi untuk mengurangkan amaun GST yang anda kena bayar. Misalnya, bagi kes saya di atas, susu cair Low Fat jenama dan pek yang sama di satu pasaraya berharga RM5.99 untuk pek seliter manakala di pasaraya bersebelahan pula harganya RM4.99 seliter. Apabila harga belian barangan itu lebih rendah, maka amaun GST yang dikenakan juga akan menjadi rendah. Bagi kes santan kotak di atas, pembelian dikedai pertama amaun GST yang dikenakan ialah RM0.035 untuk sekotak, manakala di kedai yang kedua hanya RM0.025 sekotak. Bermakna pengurangan amaun GST yang dikenakan masih boleh dilakukan. Jika anda menggunakan 10 kotak dalam sebulan, maknanya perbezaan GST yang anda perlu bayar mula menampakkan kesannya dengan menggunakan strategi ini.


Kita jangan mengatakan " ...ahhh amaunnya terlalu kecil untuk diambil kira". Dalam bab penjimatan ini anda tidak sesuai beranggapan sedemikian. Ingat sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Saya turut mencadangkan supaya anda terus menerus membuat pemantauan dan meneliti kaedah anda berbelanja, insyaAllah amaun GST yang anda kena bayar akan lebih terkawal.


Skian dan selamat mencuba.



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Thursday, July 9, 2015

BERBELANJA ATAS KEPERLUAN SAHAJA

Salam hormat,

Saya telah menyatakan terdahulu, perkataan perlu memberi makna yang berbeza bagi kebanyakkan individu. Apa pun takrifnya, penting bagi setiap kita ada kesedaran mengenainya, terutama apabila merancang untuk membuat sesuatu pembelian.

Jika masih terdapat di dalam gerobok di rumah kitaa baju atau pakaian yang masih belum berpakai, apakah membeli pakaian yang baru itu satu keperluan? Jelas TIDAK. Apabila seseorang ibu itu tidak boleh menyusukan bayinya disebabkan faktor kesihatan diri, apakah membeli susu gantian bagi bayi ini perlu? Jawabnya perlu. Apakah makan di restoren makanan segera itu perlu? Juga tidak perlu. Dan sebagainya....

Jika kita "bising" dan membantah satu ketika dahulu semasa sistem percukaian GST dimulakan oleh kerajaan, bagi mereka ini khususnya elok membuat penilaian semula erti perkatan perlu ini. Ini adalah merupakan satu tindakan yang anda BOLEH BUAT untuk diri anda dan keluarga. Apabila pengertian semula ini dibuat dan diterapkan di dalam setiap urusan pembelian, perbelanjaan bulanan anda akan menurun. Secara automatik juga amaun cukai GST yang dikenakan kepada anda akan juga menurun dan jatuh ke dalam kategori "boleh ditadbirurus dengan berkesan atau manageable. Anda juga dapat mengelakkan banyak pembaziran.

Kesan yang ketara nanti ialah perbelanjaan bulanan anda menurun dan ini sebenarnya lebih relevan dan memberi kesan kepada ekonomi anda berbanding dengan GST itu sendiri. Ini adalah kerana amaun dibelanjakan setiap bulan jauh lebih besar berbanding cukai GST. Misalnya, amaun GST yang saya kena bayar pada bulan JUN, 2015 hanyalah 0.65% daripada jumlah perbelanjaan bulan berkenaan.

Satu perkara lagi, takrif barangan perlu ini tidak statik dan akan berubah-ubah mengikut masa dan keadaan dalaman dan luaran anda. Anda juga akan mengumpul banyak pengalaman  bulan demi bulan  berkaitan usaha mengawaal cukai GST ini. Jadi pilihlah jalan yang terbaik buat anda, dan ini tidak semstinya sama dengan orang lain, melalui pengalaman tersebut. Anda semestinya profit form those experiences, kerana guru yang paling baik ialah pengalaman kita sendiri. Pandanglah kehadapan dengan lebih positif, insyaAllah anda akan lebih selesa nanti.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun