Salam hormat dan Salam Aidil Adha,
Lama juga saya tidak berkesempatan untuk meng- update penulisan di blog ini. Hari ini saya ingin menyambung penulisan saya mengenai mengurangkan kesan GST.
Tajuk ini diketengahkan memandangkan ramai diantara kita memiliki kenderaan. Jika kita tidak berfikiran wajar, kesannya terhadap usaha kita untuk mengurangkan kesan GST akan berkurangan.
RASIONAL
1. Alat ganti atau alat tambahan kenderaan adalah mahal dan akan terus meningkat harganya. Bermakna GST yang dikenakan juga merupakan satu amaun yang besar.
2. Tanpa menukar atau menambah mana-mana bahagian kenderaan, ia TIDAK MENJEJASKAN fungsinya sebagai sebuah kenderaan.
Pemerhatian saya mendapati bahagian kenderaan yang paling kerap dan banyak ditukar ialah RIM kenderaan. Jika anda ke Pasar Raya Beasr, anda akan dapati hampir 75 ke 80% kenderaan yang terdapat pada satu-satu masa dilokasi berkenaan teklah menukar rim kereta masing-masing.
Kos terlibat secara purata untuk menukar kepada rim yang baru ialah sekitaran RM800.00 hingga RM2,000.00 untuk 4 buah rim. Bermakan ke empat buah tayar juga perlu ditukar untuk disesuaikan dengan saiz rim yang baru. Harga sebiji tayar pula antara RM200.00 ke RN350.00 . Keseluruhan perbuatan ini melibatkan perbelanjaan antara RM1,600.00 hingga RM3,400.00 . Daripada jumlah ini, GST yang perlu dibayar ialah antara RM 96.00 hingga RM204.00 .
Bagi saya perbelanjaan sebanyak RM 1,695 hingga RM 3,640.00 seperti di atas adalah TIDAK PERLU.
Juga kelihatan penukaran rim dan tayar kepada jenis yang lebih lebar. Kerap kelihatan kenderaan pacuan 4 roda yang berbuat begini. Selain daripada tekanan GST, tayar yang lebar ini juga memberikan tekanan kepada kecekapan penggunaan minyak atau memberikan kesan perbatuan yang menurun. Bermakna pengguna kenderaan berkenaan menangguing kos perjalanan yang tinggi setiap kali kenderaan tersebut digunakan.
Selain daripada rim kenderaan, ramai juga yang menukar lampu belakang dan paip ekzos kenderaan masing-masing.
Ada juga yang menambah air-spoiler dibelakang kereta masing-masing.
Apa yang jelas, semasa sipemilik memandu kenderaannya, ia TIDAK pun dapat melihat rupabentuk kenderaan mereka setelah menukar atau menambah bahagian berkenaan. PERASAAN ini jika tidak dikawal, ia tidak dapat membantu anda mengekang kesan GST dalam menguruskan perbelanjaan bulanan anda.
Sekian, fikir-fikirkan.
Dr azizol bin Mohd Sharun
Saya turut menyedia dan memberikan seminar
Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.
Monday, September 12, 2016
Monday, July 4, 2016
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Salam sejahtera,
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, serta maaf zahir dan batin kepada semua pengikut dan pembaca blog ini.
Bagi mereka yang akan berjalan jauh, hati-hati. Pastikan kenderaan anda telah diservis dan tayar penganti telah diisi angin secukupnya. Banyak bersabar semasa berada dijalan raya. Sebelum memulakan perjalanan pastikan anda telah cukup tidur. Semoga selamat sampai.
Jangan lupa membayar zakat firtah sebelum berhari raya.
Di hari raya pula, bagi mereka yang berumur melebihi 40 tahun, kurangkan memakan masakan berdaging. Kurangkan minuman yang bergas dan bergula tinggi. Makanlah selagi anda berasa selesa dan elok makan mengikut rutin anda sebelum berpuasa. Mari kita sama-sama elakkan pembaziran.
Mungkin elok saya ingatkan, hari raya sebenarnya pada hari raya pertama sahaja. Beraya sebulan, selagi bulan shawal ada, adalah budaya orang Melayu semata-mata dan perlu difikirkan semula. Mungkin cara begini boleh menjimatkan kewangan anda.
Sekian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun
Saturday, February 13, 2016
SERVIS DAN JAGA KENDERAAN ANDA SEBAIK MUNGKIN
Salam hormat,
Saya percaya ramai di antara kita yang sedar akan kepentingan tajuk ini terhadap jangka hayat sesebuah kenderaan dan juga perlatan bermotor lain yang anda miliki. Mungkin saya perlu mengingatkan semula. Kenapa perlu ingatkan semula? Kerana tabiat orang kita, bukan tak tahu apa yang nak dibuat, TETAPI lagi ramai yang tak buat apa yang dia tahu. Servis kenderaan itu penting, tahu? Hampir semua orang tahu. Buat servis, tak ramai yang laksana yang ia tahu.
Hari ini hampir setiap keluarga memiliki kereta. Sebarang kerosakan besar akan melibatkan pembaikan dan perolehan alat ganti. Bermakna GST akan turut dibayar.
Secara biasanya setiap kenderaan yang kita beli dibekalkan dengan buku panduan penyelenggaraanya sekali. Ada di antara kita hanya mengikuti tertib penyelenggaran ini dalam beberapa tahun sahaja. Selepas itu "kadang-kadang" dan mungkin beberapa tahun berikutnya "jarang-jarang". Seharusnya, lagi berumur kenderaan kita , lagi hebat dan tertibnya kita melakukan penyelenggarannya. Lagi lama kita boleh gunakan sesebuah kenderaan, lagi banyak penjimatan wang kita perolehi.
Cuma saya perlu tekankan kepada para wanita yang berkenderaan. Pengalaman saya mendapati kaum wanita, mungkin segelintir, agak kurang peka sedikit berkaitan atau perihal pentingnya penjagaan kenderaan ini. Guna sahaja selagi tidak timbul masaalah. Jadinya para abang-abang atau suami perlu senantiasa ingatkan mereka bab ini.
Skian,

Wednesday, February 10, 2016
PANDULAH KENDERAAN ANDA IKUT PERATURAN JALAN RAYA
Salam hormat,
Apa kaitannya pemanduan berhemah dengan GST?
Pertama, kaitanya ialah bagi mereka yang kenderaanya menggunakan minyak petrol RON 97 (pam hijau ) yang dikenakan GST. Keduanya, bagi pengguna minyak RON 95 dan RON 97, jika berlaku kecelakaan di jalan raya, baikpulih kenderaan melibatkan alat ganti. Perolehan alat ganti kenderaan dikenakan GST.
Bagi merka yang kenderaanya menggunakan minyak RON 95 (pam kuning) perolehan minyak tidak terlibat dengan GST. Pemanduan mengikut had laju hanya memberikan penjimatan petrol sahaja bagi setiap km perjalanan. Kita semua mengetahui pemanduan kurang daripada 90Km/jam pembakaran minyak petrol lebih cekap. Jadi bagi mereka yang memandu laju kecekapan ini akan berkurangan. Bermakna untuk perjalanan balaik kampung misalnya, lebih banyak minyak digunakan dan sekali gus lebih banyak juga GST yang perlu dibayar.
Baru-baru ini, sebelum dan selepas Tahun Baru China, saya perhatikan sungguh pun had laju telah diturunkan kepada 80Km/jam bagi jalan raya persekutuan, kebanyakkan kenderaan dipandu melebihi 90Km/jam. Di LPT pula ada yang memandu sekitaran 130Km/jam. Saya percaya ramai diantara mereka ini satu ketika dahulu yang komplain pasal cukai GST yang dikenakan.
Kenapa misti laju? Satu daripada jawapanya ialah mahu cepat sampai ke destinasi. Jika begitu jawapanya, soalan saya berikutnya, kenapa tidak bermula awal?? Pelbagai alasan yang mungkin boleh diberikan oleh mereka. Ini juga bermakna setiap perjalanan, khususnya yang jauh, tiada perancangan perjalanan di buat. Bagi mereka yang menggunakan RON 97, perancangan setiap perjalanan boleh mengurangkan kesan GST.
Skian,
Fikir-fikirkan.

Friday, February 5, 2016
PERBANDINGAN ANTARA KEDAI ATAU PASAR RAYA MASIH PERLU
Salam hormat.
Permerhatian saya terhadap perbezaan harga barangan yang sama di antara kedai atau pasar raya. Saya yakin anda juga memerhatikan perkara yang sama. Bagi saya ada ketikanya perbezaan harga barangan tertentu adalah significant. Rujuklah kepada resit-resit pembelian yang anda simpan.
Senagai contoh, harga susu cair low fat seliter:-
Jenama A Jenama B
Pasar Raya A 4.99 5.40
Pasar Raya B 5.99 4.99
Dengan memilih kedai atau pasar raya bagi barangan tertentu, kemungkinan anda boleh berjimat didamping dikenakan cukai GST yang lebih rendah.
Perbandingan kedai atau pasar raya ini menjadi lebih mustahak apabila anda ingin membeuat perolehan barangan yang melebi harga RM100 satu-satu pembelian atau barangan. Barangan yang dimaksudkan ialah alat-alat elektrik dan elektronik (TV, peti sejuk, kipas angin, mesin basuh, alatan memasak, komputer, kamera dsb), perabut, pakaian dan segala jenis mesin.
Di Kuantan, sebagai contoh, dan dibawah satu komplek membeli belah, sebuah kamera saku jenama Nikon Coolpix Model S29,000 di satu kedai ditawarkan dengan harga RM418.00 seunit, manakala kedai di sebelah hujung kompleks yang sama, kamera ini ditawarkan dengan harga RM428.00 seunit. Itu bezanya RM10.00 seunit.
Dalam satu daerah juga boleh berlaku perbezaan yang ketara bagi barangan yang sama. Misalnya disatu daerah, di pusat bandar daerah berkenaan, mesin basuh jenama Panasonic dengan kapisiti 7 kilogram ditawarkan dengan harga RM990.00 seunit, manakala di sebuah pekan kecil di daerah berkenaan barangan yang sama ditawarkan dengan harga RM850.00 seunit. Bezanya RM140.00. Bermakna amaun GST yang akan dikenakan juga berbeza.
Fikir-fikirkan
Skain,

Friday, August 28, 2015
THE MORE YOU LEARN THE MORE YOU EARN
Salam hormat,
Sebagai selingan kepada penulisan berkaitan GST, saya terpanggil untuk mengigatkan anda semua berkaitan penggunaan aplikasi Whatsapp. Saya perhatikan hanpir segenap lapiasan masyarakat kita terlalu banyak masa dan wang dibelanjakan hanya untuk melayan whatsapp di fon masing-masing dan juga oleh ahli keluarga kita yang lain. Cuba anda sendiri perhatikan di sekeliling anda di mana juga anda berada. Saya mencadangkan supaya anda berusaha mengawal perkara ini. Pada hemat saya ia banyak membazirkan masa, satu-satunya pemberian tuhan yang setelah dilalui dengan tanpa faedah, ia tidak akan kembali lagi. Tabiat ini juga pada hemat saya membazirkan wang ringgit anda.
Gambar Hiasan Sahaj
Alangkah baik dan bermunafatnya jika sifat ini digantikan dengan kencenderongan membaca bahan bacaan yang lebih berfaedah, seperti yang diamalkan oleh orang-orang barat yang lebih maju.
The More You Learn, The More You Earn
Mari kita fikirkan bersama.

Tuesday, August 18, 2015
CARI ALTERNATIF KEPADA BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN YANG DIKENAKAN GST
Salam hormat,
Saya perhatikan ketika ini masyarakat sudah tidak memperkatakan lagi bab GST ini. Kemungkinan sudah lupa, atau pun seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Kemungkinan juga seperti ungkapan lain yang berbunyi alah bisa tegal biasa. Apa pun kedudukan respon masyarakat, saya akan meneruskan kupasan dan berkongsi pengalaman yang berkaitan.
Ada opsyen atau alternatif kepada barangan/perkhidmatan yang dikenakan GST dalam perbelanjaan anda? Perlunya anda ada catitan atau simpanan resit-resit pembelian barangan/perkhidmatan untuk membuat penilaian perkara ini.
Pertama sekali sebelum mengorak langkah mencari-cari alternatif kepada barangan/perkhidmatan yang dikenakan GST, saya cadangkan supaya anda menyediakan satu senarai barangan dan perkhidmatan tersebut dahulu. Buat satu senarai atau jadual bagi memudahkan anda melihat, dan memikirkan alternatif dan/atau strategi yang sesuai diterapkan di dalam proses pembelian barangan/perkhidmatan berkenaan untuk bulan-bulan berikutnya. Saya cadangkan anda menggunakan program komputer ecxcell bagi tujuan ini, ia lebih mudah. Sesuai kalau disusun mengikut sumbangan terbesar kepada cukai GST yang anda kena bayar.
Pengalaman saya menunjukkan prioriti senarai akan berubah-rubah dari bulan ke bulan.
Senarai pembelian barangan saya bagi bulan JUN 2015 ( diantaranya ) yang telah dikenakan GST adalah seperi berikut:-
Bagi barangan atau perkhidmatan yang jelas ada pilihan, maka pembelian berikutnya akan terus diubah kepada alternatif berkenaan. Ada juga barangan/perkhidmatan yang tiada alternatif, tetapi masih ada strategi untuk mengurangkan amaun GST yang anda kena bayar. Misalnya, bagi kes saya di atas, susu cair Low Fat jenama dan pek yang sama di satu pasaraya berharga RM5.99 untuk pek seliter manakala di pasaraya bersebelahan pula harganya RM4.99 seliter. Apabila harga belian barangan itu lebih rendah, maka amaun GST yang dikenakan juga akan menjadi rendah. Bagi kes santan kotak di atas, pembelian dikedai pertama amaun GST yang dikenakan ialah RM0.035 untuk sekotak, manakala di kedai yang kedua hanya RM0.025 sekotak. Bermakna pengurangan amaun GST yang dikenakan masih boleh dilakukan. Jika anda menggunakan 10 kotak dalam sebulan, maknanya perbezaan GST yang anda perlu bayar mula menampakkan kesannya dengan menggunakan strategi ini.
Kita jangan mengatakan " ...ahhh amaunnya terlalu kecil untuk diambil kira". Dalam bab penjimatan ini anda tidak sesuai beranggapan sedemikian. Ingat sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
Saya turut mencadangkan supaya anda terus menerus membuat pemantauan dan meneliti kaedah anda berbelanja, insyaAllah amaun GST yang anda kena bayar akan lebih terkawal.
Skian dan selamat mencuba.

Subscribe to:
Posts (Atom)