Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Tuesday, February 8, 2022

HAMPIR SEMUA BARANG KEPERLUAN HARIAN DAH MAHAL

Salam Hormat,

Hari ini semua orang sudah merasai bahawa barangan keperluan harian telah naik atau menjadi lebih mahal. Bertambah lagi kesannya apabila ramai di antara kita yang baharu-baharu ini mengalami musibah banjir besar.

Kesan ini tidak terkecuali sama ada anda berduit atau pun tidak.

Jadi apa yang saya boleh buat bagi mengurangkan kesan kenaikan harga barangan ini ialah dengan mengusahakan tanaman sayuran secara kecilan di belaakang rumah saya. Saya tingal di rumah teres setingkat sahaja.

Saya dapatkan sisa kotak polystreen daripada pasar awam di Kuala Klawang. Di pasar ini juga ada di jual tanah taneh bagi tujuan berccucuk tanam ini. Kemudian saya ke mini market di tempat saya untuk membeli beberapa paket benih sayuran. Sebenarnya pelbagai benih ada di jual di sini dan harganya pun tidaklah mahal.

Saya pun mencuba beberapa jenis sayuran untuk ditanam. Alhamdulilah, saya perhatikan sayur sawi, kangkung, kobis, kacang bender dan terung hidup dengan baik. Jika hari tidak hujan penyiraman perlu di lakukan. Lihat kesanya dalam gambar berikut.


Sepanjang saya mengamalkan bercucuk tanam ini, saya dapati sedikit sebanyak ia boleh membantu meringankan perbelanjaan. Terpenting bagi saya ialah kualiti bahan sayuran yang dimakan keluarga saya lebih bersih, terutamanya daripada sisa racun makhluk peosak yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Saya mengajak rakan-rakan semua cubalah usaha ini. Saya yakin ia akan membantu anda dari segi kewangan dan kesihatan, yang mana nati juga memerlukan banyak wang juga untuk merawatnya.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun(DVM, MAgrS)

Friday, October 8, 2021

MELAKSANAKAN S.O.P COVID 19 MEMERLUKAN WANG

Salam hormat,

Setelah kira-kira dua tahun pendemik covid – 19 melanda negara kita, saya perhatikan usaha untuk kita melindungi diri (dan juga lindung semua) memerlukan kewangan. Di tokok dengan kenaikan harga barangan kebelakangan ini, kos yang terpaksa di tanggung, jika di kumpulkan dan bergantung kepada strategi individu, mungkin boleh menambahkan beban kewangan seseorang.

Kos yang jelas dalam usaha kita untuk melaksanakan S.O.P covid 19 bagi saya dan keluarga termasuklah:-


1. Penutup hidung & mulut (face mask),

2. Cecair pembersih kuman (sanitaizer),

3. Sabun pencuci tangan dan pakaian.

4. Alat komunikasi (pilihan/optional).

5. Cop nama & pen (pilihan/optional)

Mari kita lihat kos untuk setahun penggunaan face mask sahaja. Saya gunakan jenis yang dijual di kedai ubat (pharmacy) sebagai bahan rujukan. Saya juga andaikan anda berdua sahaja dan tiada anak. Kekerapan membeli keperluan harian (barang dapor dsb.) sekerap 2 kali dalam seminggu.

Kos face mask untuk sebulan seorang (dianggarkan) : 

                                = RM 1.66 /minggu X 4

                                = RM 6.64 / bulan

                                = RM 79.68 / tahun

Bagi tempoh 2 tahun keperluan face mask sahaja, untuk dua orang di anggarkan sebanyak RM 318.72. Jika anda mempunyak ramai anak, misalnya 4 orang, harga ini boleh mencecah RM 1,000.00/sekeluarga.

Sekarang wabak covid-19 telah mula memasuki fasa endemic. Saya jangkakan kita masih memerlukan penerapan S.O.P ini dan akan berterusan selama kira-kira 3 tahun lagi. Berapa kah agaknya kos face mask sahaja untuk melaksanakan S.O.P? Apabila kita membuat penilaian sebegini anda mungkin baru perasan kesemua ini (3 kos utama yang saya gariskan di atas) akhirnya memerlukan kewangan yang boleh membebankan, jika kita tidak memikir dan mengunapaki strategi yang terbaik.

Bagi face mask, strategy yang berkesan yang saya pakai ialah, di peringkat mula perlaksanaan S.O.P, saya telah memilih untuk memperolehi sejenis face mask yang di perbuat daripada kain (gambar di bawah). Jenis ini boleh dicuci dan digunapakai semula. Saya masih gunakan yang saya perolehi dahulu, sehingga ke hari ini. Saya percaya ia masih elok dan berfungsi untuk 3 tahun lagi. Harga asal face mask jenis ini ialah RM 50.00/7 keping(termasuk kos pos). Ia lebih jauh menjimatkan.


                                                            Face Mask Daripada kain

Pembersih tangan (hand sanitaizer) juga merupakan satu kos yang tinggi akhirnya. Untuk 250 ml sanitaizer berharga kira-kira RM23.00. Anggaran saya untuk setahun bagi kegunaan seorang ialah RM 75.00. Jika kita sekeluarga memiliki 4 orang anak, kos ini boleh mencecah RM 600.00 untuk dua tahun.


                                                            Pembersih Tangan


Jadi apakah strategi yang sesuai bagi kita pakai untuk mengurangkan kesemua kos-kos tersebut?

Pengalaman saya menunjukkan strategy DUDUK DI RUMAH ( STAY HOME ) adalah merupakan yang terbaik dari segi kos dan perlaksaanaan S.O P covid-19. Keluar apabila benar-benar perlu sahaja.


Sekian, renung-renungkan.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MagrS).

Sunday, May 9, 2021

SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI 1 SYAWAL 1442

Salam Hormat,


Sukacita saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan,




Pastikan kita dan ahli keluarga kita tidak dijangkiti kuman kovod-19. Mana-mana yang belum menerima veksin kovid-19, buat lah pendaftaran dan menyegerakannya. Kewangan yang banyak TIDAK BERMAKNA apabila kita sakit, terutamanya disebabkan wabak kovid-19. Jaga kebersihan diri. In sha Allah kita dijauhkan bahaya penyakit ini.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

Wednesday, December 30, 2020

SELAMAT TAHUN BAHARU 2021

 

Salam Hormat,

Tahun baharu menjelma lagi. Alhamdullilah.

Bagaimana agaknya dengan MATLAMAT TAHUN 2020? Matlamat kewangan peribadi saudara maksud saya. Jika belum membuat penilaian, masih belum terlambat. Buatlah sedikit penilaian serta berusahalah mengadakan bajet/perancangan bagi tahun 2021 pula. Jangan tiada langsung usaha untuk memperbaiki keadaan kewangan masing-masing. Menyesal nanti. Biar pun sesuatu matamat itu kecil, tetapi tetap akan membawa anda terus ke hadapan, walau pun perlahan. Jangan fikir apa yang orang lain boleh buat, fokus kepada keadaan masing-masing sahaja.

Bagi saya, paad tahun 2021 ini, salah satu matlamat terpenting saya ialah untuk mengekalkan tahap kesihatan yang ada. Objektifnya, dalam bentuk pemantauwan kandungan gula di dalam darah, tekanan darah yang senantiasa terkawal dan bebas sebarang jangkitan penyakit yang berjangkit seperti covid-19 dan lain-lainnya. Pada peringkat umur seperti saya, kesihatan yang baik adalah merupakan sesuatu perkara yang tidak ternilai dengan wang ringgit.

Seterusnya, pada tahun 2021 ini saya dapat dan mula mengarang buku berkaitan peternakan kambing/peternakan burung walit. Ini adalah merupakan sesuatu perkara yang juga penting bagi saya memanjangkan kepakaran dan ilmu yang masih ada di dalam dua perkara yang berkaitan. Supaya generasi terhadapam ada bahan rujukan yang mereka boleh baca. Perkara ini juga berkaitan dengan ajakan saya utuk lebih banyak membaca di sepanjang tahun 2021 ini nanti, seperti mana yang saya paparkan di dalam FB ucapan selamat tahun baharu saya.

Satu perkara yang juga berkaitan dengan kesihatan ialah aktiviti menanam pokok buahan. Ini juga merupakan satu fokus kecergasan minda dan fizikal yang perlu saya lakukan pada tahun 2021 nanti, seperti mana hasil buah di kampung-kampung yang ramai kita makan hari ini adalah usaha mereka yang terdahulu. Jadi saya juga ingin turut menyumbang dalam bentuk yang sama, di sampaing matlamat kecergasan yang akan terus saya usahakan untuk kekal sihat. In sha Allah.

Jadi anda juga fikirkan lah hal-hal yang boleh dilakukan untuk kita semua berada di keadaan yang lebih baik di penghujung tahun yang baharu ini nanti.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

Wednesday, May 20, 2020

SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI



Salam sejahtera,

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri serta maaf zahir dan batin.






Jaga keselamatan dan kesihatan diri.


Sekian



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

Friday, May 1, 2020

COVID-19: Kesan PKP terhadap perbelanjaan bulanan


Salam hormat,

Mengikut rekod perbelanjaan saya, disepanjang bulan April, 2020 ini telah mencatatkan penurunan perbelanjaan bulanan ke tahap 38%. Bermakna lebihan wang pendapatan pada bulan April ialah sebanyak 62%. Alhamdulillah, nampaknya disepanjang PKP dilaksanakan, disebalik kesukaran, keresahan dan ketidaktentuan duduk dirumah ini, telah memberikan saya satu faedah yang positif.

Satu perkara yang jelas buat diri saya, disepanjang tempoh PKP ini, perjalanan keluar dari rumah dengan menggunakan kenderaan (kereta), berlaku dengan sedikit sekali. Tambahan pula dimusim ini juga harga minyak didapati berada ditahap yang paling murah.

Anda pula bagaimana?

Saya yakin keadaan yang sama berlaku, cumanya mungkin anda di luar sana tidak dapat menyatakan dengan tepat kedudukan sebenar. Almaklumlah tiada catatan perbelanjaan harian dibuat sebelum ini. Mungkin juga ramai yang tidak ambil peduli mengenainya.

Jadi bersesuaian pada ketika ini, saya ingin mengajak dan mengalakkan kita semua membuat tracking semua perbelanjaan harian yang kita lakukan. Tak kisahlah sama ada anda akan menggunakan komputer, handfon atau pun pocket note book bagi tujuan ini. Apabila ia dilakukan secara berterusan, akhirnya ia akan menjadi satu tabiat yang baik dari segi pengurusan kewangan peribadi ( good personel financial habits).

Tabiat di atas adalah meruapakn salah satu daripada tabiat-tabiat yang telah dilakukan oleh mereka yang telah berjaya di dalam hal kewangan masing-masing.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Saturday, April 18, 2020

COVID-19: Buku berjudul The Success Principles


Salam sejahtera, moga kita semua dilindungiNYA.

Pada hemat saya buku ini boleh membantu kita semua di masa sukar sekarang dan akan datang. Saya percaya di musim pendemic ini ramai diantara kita yang berdepan dengan pelbagai masaalah dan isu kehidupan. Saya tidak terkecuali.

Kesulitan saya hanya berkait dengan masa lapang yang begitu banyak, kesan PKP yang dikuatkuasakan. Di hari-hari sebelum PKP banyak juga kegiatan harian saya yang melibatkan aktiviti diluar rumah/lokasi tempat tingal. Sungguh pun demikian saya  tetap bersyukur kepadaNYA kerana sebelum ini saya telah mampu membuat sedikit pelaburan dengan membeli banyak buku-buku dari pelbagai bidang dan tajuk.

Saya telah membuat beberapa kali rujukan semula terhadap koleksi buku-buku tersebut, saya dapati buku yang berjudul The Success Principles yang ditulis oleh Jack Canfield, adalah yang paling sesuai di baca dan diteliti isi kandunganya di masa kini. Mungkin diluar sana ramai yang buntu bagaimana hendak melalui hari-hari yang mendatang, khususnya akibah kesan ekonomi yang merudum yang berpunca daripada wabak covid-19.




Saya berpandangan, jika anda hanya mampu dan selesai membaca serta mengkaji bab pertama dalam buku ini sudah boleh memberikan anda satu kekuatan dan motivasi untuk terus kehadapan ( way forward ). Tajuk bab yang saya maksudkan itu ialah TAKE 100% RESPONSIBILITY FOR YOUR LIFE.

Di dalam bab ini diberikan penekanan bahawa jika anda inginkan kejayaan, contohnya keluar daripada masaalah yang dihadapi sekarang, anda misti mengambil 100% tanggungjawab terhadap kesemua aspek kehidupan yang anda lalui atau capai. Ini termasuklah aspek kesihatan (mentak & fizikal), pendapatan, hutang, perasaan anda dan banyak lagi.




Di dalam banyak keadaan kita kerap menuding jari kepada pihak/orang lain apabila sesuatu yang kurang baik berlaku kepada diri kita. Sebenarnya, jika kita mengambil sepenuh tangjuwab seperti yang disarankan, diri kitalah punca sebenar penyebab sesuatu keadaan itu berlaku.

Di dalam bab ini, penulis turut mencadangkan satu formula bagaimana kita boleh melihat kedudukan sebenar perkara dalam apa juga masaalah dan keadaan. Formula yang dimaksudkan adalah saperti berikut:-

                                    E + R  =  O

di mana E= Event, R = Response dan O = Outcome.

Events adalah sesuatu yang berlaku dan tidak boleh anda ubah. Misalnya, wabak covid-19. Response pula melibatkan perkara, aktiviti atau perbuatan yang anda lakukan yang berkait rapat dengan event covid-19. Response pula adalah sesuatu yang anda boleh ubah atau lakukan untuk menghasilkan sesuatu outcome (hasil) yang anda kehendaki.

Katakan anda perlukan Outcome (hasil) sebagai sehat dan tidak dijangkiti covid-19. Anda terpaksalah Response (perbuatan/perangai) dengan cara yang betul, supaya dapat memastikan anda tidak dijangkiti. Misalnya suatu bentuk response anda ialah tidak mendedahkan diri anda kepada pembawa kuman ini ( dengan senantiasa duduk dirumah misalnya). Jadi formula tadi berupa seperti berikut:-


             Wabak Covid-19 + Duduk dirumah  = Tidak dijangkiti & sehat


Mungkin sebagai satu contoh lain, untuk anda fikirkan cara anda patut response supaya dapat outcome (hasil) yang anda kehendaki, seperti berikut:-


             Wabak covid-19  +  Response   =  Pendapatan RM1,000.00/sebulan


Apakah tindakan/perbuatan (response) yang perlu anda atau yang boleh anda lakukan dalan keadaan PKP hari ini, tetapi masih boleh menjana pendapatan tersebut. Anda boleh buat satu sinarai aktiviti untuk dimaksukkan kedalam formula ini apabila anda lihat secara logiknya boleh menghasilkan pendapatan berkenaan.

Saya mencadangkan untuk mengembeling kesemua faktor dan keadaan yang wujud dilokasi anda, gunakan ANALISA SWOT, untuk mendapatkan satu senarai response anda yang paling sesuai.

Berbalik kepada bab pertama penulisan ini, penulis turut menekankan bahawa jika anda tidak berpuas hati mengenai sesuatu outcome, ubahlah cara anda response kepada event berkenaan.

Seterusnya berasaskan kepada prinsip pertama ini, penulis juga menekankan bahawa sesemua keadaan, situasi, atau pun apa yang ada sedang alami SEKARANG adalah hasil daripada keputusan-keputusan yang anda telah buat sebelum ini. Misalnya, jika anda tiada wang tabungan langsung untuk meneruskan kehidupan sekarang, ia adalah berpunca daripada keputusan yang anda telah buat berkaitan wang pendapatan bulanan anda sebelum ini. Kemungkinan anda tidak menggunakan kaedah bajet setiap bulan untuk mengawal perbelanjaan dan beberapa budaya kewangan yang lain yang turut tidak amalkan.

Saya tidak akan mengulas kesemua perkara yang ditulis di dalam bab pertama ini. Cuma di akhir prnulisan ini saya ingin merakamkan satu kenyataan penting yang beliau tulis, iaitu:-

   “ Jika  anda terus menerus buat/lakukan aktiviti/tindakan yang sama seperti sebelum ini, anda sudah pasti akan mendapat hasil/kesan yang sama”

Menarik penulisan bab pertama ini. Jadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan lebih jelas, supaya anda beroleh keberkatan, jom mari kita dapatkan buku ini dan mengkajinya.

Akhir sekali saya ingin menuliskan satu ungkapan yang hebat berbunyi “ bangsa yang berjaya, adalah bangsa yang membaca”


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).