Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Sunday, June 2, 2013

ANDA BOLEH BERJIMAT JIKA MEMBAWA BEKAL (MAKANAN DAN ATAU MINUMAN) KE TEMPAT KERJA


Salam hormat,

Satu kaedah yang patut kita semua amalkan semula ialah budaya membawa bekal ke tempat kerja. Ia pasti menjimatkan wang gaji anda setiap bulan. Hari ini rata-rata kita yang bekerja makan di kantin sahaja. Mudah begitu.

Tetapi bagi mereka yang benar-benar sukar dan mencari-cari wang bagi tujuan yang lebih mustahak, kaedah ini pasti boleh menolong kesmpitan anda. Ia tidaklah semudah saya berkata. Tetapi dengan sedikit kesungguhan ia akan menjadi mudah. Ini bermakna anda kenalah memasak lebih sedikit di malam hari. Ia bukan sahaj membantu dari sudut kewangan, bagi si suami, ia adalah merupakan masakan yang lebih baik dan sesuai kerana isteri kita yang memasaknya. Bila makan tu teringatkan si isteri. Kan bagus tu kerana ingatan itu satu doa. Saya bukan mengatakan makanan yang dijual di kantin-kantin itu semuanya tidak baik.

Anda mungkin menyatakan kepada saya, mana ada masa untuk ini semua. Jika itulah ALASAN anda, memang sukarlah bagi anda untuk mencari kelebihan daripada pendapatan bulan anda.

Paling minima usaha anda ialah membawa air minuman ke tempat kerja. Saya mengamalkan membawa air minuman, setidak-tidaknya air yang saya telah masak, dengan menggunakan bekas (termos) yang sesuai. Usaha ini dapat mengelakkan saya berbelanja di luar untuk membeli air kotak atau pun air botol (termasuk air mineral). Hari ini air teh (bersusu dan gelas sederhana) mencecah RM1.50 segelas. Jika anda minum dua kali (minum pagi dan makan tengah hari) ia sudah mencecah RM3.00 . Sebulan sudah berapa nilainya? Jika anda buat sendiri di rumah jauh lebih murah. Saya perhatikan perbelanjaan bulanan saya untuk membeli air di luar sana jauh berkurangan.

Perhatikan juga, dengan membawa bekal ke tempat kerja, secara sendirinya minyak kereta atau motor untuk ke restoren atau lokasi penjaja dapat di jimatkan juga.

Mungkin juga ramai yang berasa malu atau kekok, jika kita memakan bekalan yang dibawa daripada rumah. Ini kes malu yang tidak bertempat bagi saya. Jika malu juga , kita boleh makan di pejabat kita sendiri. Jika kita ada kesempitan kewangan, lakukan ini semua supaya kita berupaya membantu diri kita sendiri.

Saya masih ingat, semasa saya melanjutkan pelajaran di Australia 25 tahun yang lalu, ada di kalangan profesor saya yang membawa makanan (sandwiches dan sebiji epal ) untuk makan tengah harinya. Mereka makan bersama kami tanpa segan silu di ruang rehat fakulti. Ada yang membawa air kopi panas sahaja dan mebeli makanan. 

Jika para ibu dapat menyediakan bekalan untuk anak-anak ke sekolah lagilah banyak penjimatanya. Tambahan pula makanan di kantin sekolah, ada di antaranya yang kurang sihat dan kurang berpatutan harganya. Sebagai contoh minuman syrup.

Bagi mereka yang mencari-cari kelebihan, cubalah kaedah ini dan perhatikan dihujung setiap bulan penjimatanya. Jangan lupa buat catittan.


Fikir-fikirkan..


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment