Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Thursday, June 6, 2013

SAPU TANGAN DI MANA KEPENTINGGANNYA


Salam hormat,

Pada tahun 70han  dan sebelumnya, sapu tangan masih banyak digunakan samada oleh individu lelaki mahu pun wanita. Bahkan Allahyarhamah biduanita Saloma pernah menyanyikan lagu yang bertajuk sapu tangan. Sesekali dengar best juga lagu tu. Hari ini tak ramai yang menggunakan sapu tangan dan mungkin ada yang dah tak kenal langsung apa itu sapu tangan.

Peranan sapu tangan telah diambil alih oleh tissue yang dibuang terus selepas digunakan. Memang ia merupakan satu kemudahan. Kita saksikan di hotel-hotel, majlis keramaian termasuk majlis perkahwinan, kertas tissue ini lah yang disediakan bagi menggantikan sapu tangan.

Mungkin ramai yang tidak perasan atau sedar, adalah lebih murah jika kita kembali menggunakan sapu tangan berbanding menggunakan kertas tissue. Satu pek kertas tissue ( 200 pull two ply X 4 kotak) hari ini berharga RM10.00
Cuba anda bajet sebulan berapa banyak wang dibelanjakan membeli kertas tissue ini?  Kemudian bandingkan jika anda penggunakan sapu tangan. Tak kisahlah sama ada di rumah mahupun ketika anda berada di luar rumah.

Anda juga sedar penggunaan kertas tissue adalah bertentangan dengan revolusi teknologi hijau. Di sebaliknya penggunaan sapu tangan boleh mengurangkan penebangan kayu bagi tujuan menghasilkan kertas tissue. Mungkin....saya kata mungkin, dengan penggunaan sapu tangan, kita boleh membantu mengurangkan isu perlupusan sampah, yang bertambah rumit pada hari ini.


Renung-renungkan lah...


Skian


Dr Azizol bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment