Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Friday, November 8, 2013

KITCHEN GARDERN MUNGKIN BOLEH MEMBANTU ANDA MENABUNG

Salam hormat,

Bagi mereka yang ada sedikit ruang tanah dan juga masa, anda boleh cuba laksana konsep kitchen gardern ini. Jika anda tiada ruang tanah yang sesuai, anda boleh gunakan polybag atau pun pasu sebagai tempat bercucuk tanam. Sungguh pun tidak banyak tanaman yang boleh ditanam, tetapi ia tetap dapat membantu mengurangkan perbelanjaan bulana anda.

Pengalaman saya mendapati kos perbelanjaan untuk membeli sayuran memang dapat dikurangkan ke paras yang paling minima. Faedah lain termasuklah kesan kesihatan tubuh dengan membuat kerja-kerja bercucuk tanam yang berterusan. Sayuran yang kita perolehi juga terjamin daripada kandungan racun makhluk perosak. Saya juga dapat berkongsi dengan anak-anak akan ilmu asas pertanian ini.


                                   Hasil Terong Telunjuk


                               Beberapa Pokok Terung Telunjuk


Pokok lada juga boleh ditanam dengan menggunakan pasu. Jika ada tapak adalah lebih sesuai. Saya kadang kala berasa heran, kita duduk di desa-desa tetapi cili pun masih nak beli di pasar atau di bandar. Kos minyak kereta pergi dan balik berapa? Jadi mahallah cili tersebut. Saya yang tiada pengalaman bertani pun boleh tanam cili (gambar berikut).


Jadi bagi mereka yang kesempitan kewangan selalu, fikirkan semula kekuatan yang anda (dan ahli keluarga anda) ada dan gunakan seoptimim yang boleh, insyaAllah anda akan beroleh kejayaan.

Skian, fikir-fikirkan..


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Tuesday, November 5, 2013

BERMAIN "KUTU" SEBAGAI SALAH SATU CARA MENGUMPUL MODAL

Salam hormat,

Saya masih ingat, semasa saya masih bekerja dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Ibu Pejabat, ada diantara kakitangan (terutamanya wanita) bermain KUTU. Saya perhatikan di antara rakan-rakan yang turut bermain, apabila tiba giliran beliau mendapat kutipan, adalah satu amaun yang agak lumayan juga. Kaedah tolong-menolong sebegini juga satu cara yang anda boleh gunakan untuk mempercepatkan mengumpul modal untuk sesuatu pelaburan.

Bayangkan, jika ahli kumpulan seramai 20 orang dan setiap orang menyumbang RM100 setiap bulan. Giliran anda nanti akan mendapat sebanyak RM2,000.00 sekali gus. Anda boleh gunakan ASB untuk membesarkan lagi dana tersebut. Selang 2 tahun lagi, giliran anda akan tiba sekali lagi.

Cumanya anda kenalah beringat, skim ini masih tidak sah dari sudut undang-undang.


Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun


Sunday, November 3, 2013

MAUFAKAT MEMBAWA BERKAT

Salam hormat,

Mengumpul modal untuk membuat satu-satu pelaburan bukanya mudah. Ia akan memakan masa yang lama. Tetapi jika kita ada 4 atau 5 adik beradik dan kesemuanya telah bekerja, kita buat satu pakatan bersama untuk mengumpul modal, maka ia menjadi satu pendekatan yang lebih cepat dan mudah.

Jika anda seorang yang mengumpul modal, misalnya RM50 sebulan. Bermakna anda mampu mengumpul RM600 setahun dan RM12,000 dalam 20 tahun. Tetapi jika 4 adik beradik berpakat, setiap bulan tabungan terkumpul adalah sebanyak RM200 dan setahun jadi RM2,400. Untuk sampai ke RM12,000 (untuk bayaran muka sebuah rumah yang bernilai RM120,000) adik beradik ini hanya memerlukan 5 tahun sahaja. Jika setiap individu menabung lebih daripada RM50 sebulan , maka lagi pendek tempoh penabungan untuk tujuan yang sama.

Ada diantara kita, adik beradik pun boleh bermasaalah apabila modal telah terkumpul dengan banyak atau apabila aset telah dibeli. Ada juga yang curiga, apabila pengumpul wang mengunapakai wang yang terkumpul. Maklomlah semua adik beradik menyerahkan kepada si kakak untuk membuat tabungan di bank, dan menggunakan satu nama akaun simpanan. Jadi eloklah dibuat satu perjanjian yang sah. Maklumat simpanan perlu di update dari masa ke semasa, supaya masing-masing ahli senantiasa menyemak modal masing-masing. Sebarang kesilapan boleh dibetulkan segera.

Ada kumpulan (keluarga) yang membuat tabungan sama banyak setiap bulan. Kenapa begitu? Saya berpendapat elok dibuka jumlahnya, asalkan ada rekod. Ini boleh mempercepatkan masa penyampaian untuk cukup satu-satu modal untuk pelaburan. Apabila modal tersebut, misalnay dibelikan rumah, maka harga rumah semasa dibahagikan mengikut peratusan tabungan sebagai ekuiti ahli-ahli.

Mesyuarat tahunan boleh dibuat sempena Hari Raya Puasa, misalnya. Tahun ini dibuat perjumpaan di rumah adik yang ke 3, tahun hadapan dirumah Kakak dan seterusnya. Di sampaing merayaan sesuatu perayaan, kemajuan ekonomi juga turut menjadi agenda keluarga.

Di antar rakan taulan, saya fikir usaha menabung secara kumpulan ini mungkin agak rumit, tetapi tidak mustahil.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Monday, September 30, 2013

TABUNGKAN SYILING ANDA

Salam hormat,

Satu ketika dahulu kita masih menggunakan syiling RM1. Jadi mudahnya jika kita menabung ketika itu. Kita tahu jika kita tabungkan setiap hari, selepas setahun kita pasti ada RM365 di dalamnya. Pada ketika itu juga, saya sempat membeli satu tabung yang berbentuk sebuah buku teks yang tebal. Saya beli semasa saya menghadiri ceramah oleh Billy Lim yang bertajuk berani gagal.



Jadi bila tabung ini diletakkan diantara buku-buku lain, anak-anak kita pun tidak perasan. jadi boleh mengelakkan duit tabungan ini daripada hilang.

Sebagai pengganti kepada syiling RM1, kita ada syiling RM0.50 dan RM0.20. Tak kisahlah yang mana satu. Jika setiap hari syiling yang anda bawa balik, dari tempat kerja, di masukkan ke tabung sebengini, apabila penuh (tak payah tunggu setahun) dan dikeluarkan semuanya, saya yakin tidak kurang daripada RM200 ada di dalamnya. Terus ke bank dan masukkan kedalam akauan pelaburan anda. Lama kelamaan, anda akan mengumpul modal yang agak signifikant. Apa yang mustahak disini ialah amalan menabung yang anda perolihi daripada tabiat ini.

Kita lihat sekeliling kita hari ini, agak sukar untuk melihat di rumah-rumah adanya tabung sebegini. Anak-anak pun jarang diasuh dengan tabung dan menabung sebegini. Kita lebih kerap melihat anak-anak dengan IPad Samsung di tangan mereka. Ini juga bermakna budaya menabung telah mula luntur dikalangan orang-orang kita. Saya mengajak saudara-saudari diluar sana, mari kita mulakan semula budaya ini. Anda akan dapati, amalan menabung sebegini agak mudah untuk dilakukan.

Skian


Dr Azizol Mohd Sharun

Sunday, September 29, 2013

MENGUMPUL MODAL

Salam hormat,

Apa khabar rakan-rakan semua? Harapan saya anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat dan kegiatan ekonomi anda teru maju ke hadapan.

Ingat, kita misti memikirkan kedudukan ekonomi kita setiap hari dan masa.

Lama juga saya tidak menulis disini. Saya agak sibuk juga kebelakangan ini dan di atas kelegaan masa sekarang saya akan memberikan beberapa tips dalam perkara yang berkaitan.

Kali ini saya akan menumpukan beberapa penulisan ini berkaitan dengan usaha mengumpul MODAL. Tak kisahlah modal tersebut untuk tujuan apa. Harapan saya MODAL adalah untuk berniaga (Pelaburan) demi masa depan yang lebih baik untuk kita semua. Saya akan cuba memberikan jalan yang mudah, mungkin memakan sedikit masa, tetapi boleh di buat oleh kebanyakkan kita. Saya sedar, berdasarkan kepadapengalaman saya, mengumpul modal ini bukanlah satu usaha yang mudah. Jika mudah ramai di antara kita mungkin sudah kaya-raya hari ini.

Pertama sekali, ada dua cara sahaja untuk mendapatkan modal. Lihat slide berikut;



Seterusnya, pecahan kaedah bagi wang pendapatan.



Menabung 10% setiap bulan (buat dahulu, sebelum berbelanja) daripada pendapatan anda telah saya sebut di dalam penulisan ini pada edisi bulan Februari.


Skian dahulu,


Dr Azizol Bin Mogd Sharun

Tuesday, August 6, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, serta maaf zahir dan batin.




Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

KESIHATAN DAN KESELAMATAN DIRI ADALAH FAKTOR KEJAYAAN KEWANGAN


Asalamualaikum,

Selamat meneruskan ibadah puasa dan menyambut Harai Raya Aidil Fitri selang sehari sahaja lagi.

Elok rasaanya ketika ini saya memberikan sedikit tumpuan serta ingatan kepada faktor kejayaan kewangan, iaitu kesihatan dan keselamatan diri anda. Seseorang yang berkehendakan kejayaan kewangan semestinya menjaka kesihatan dan keselamatan diri dan keluarganya setiap masa. Ini adalah kerana kita memerlukan masa untuk berjaya, bukan sahaja dalam hal-hal kewangan tetapi di dalam apa juga bidang kejayaan yang anda cari. Perhatikan disiplin orang-orang Tionghwa di dalam ke dua-dua perkara ini.

Di ambang perayaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri, saya percaya ramai diantara kita yang akan balik ke kampung sebelum Hari Raya, atau pun berkunjung ke rumah sanak saudara pada Harai Raya, dan  akhirnya sekali balik semula ke kota-kota di mana kita tinggal dan bekerja. Saya mengambil kesempatan disini, pentingnya anda semua menjaga keselamatan diri semasa memandu. Pertamanya, rancanglah perjalanan anda. Dengan perancangan ini nanti anda tidak terburu-buru dalam perjalanan dan sampai mengikut jadual dan dengan selamat. Kita balik ke kampung bukan bertujuan untuk menempah kecelakaan atau musibah. Jadi berhati-hatilah.

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan rumah yang anda tinggalkan juga berkeadaan selamat. Pastikan gas memasak telah diputuskan sambunganya. Semua tingkap dan pintu telah dikunci dengan sempurna. Suis elektrik yang tidak berkenaan telah juga dipadamkan. Kehilangan barangan di rumah anda atau pun musibah lain jika berlaku kepada rumah kediaman anda akan melambatkan usaha anda untuk mencapai kejayaan kewangan.

Seminggu sebelum tarikh balik ke kampung, kenderaan anda telah diservis dan di periksa sepatutnya, terutamanya brek berkeadaan baik dan tayar ganti juga boleh digunakan, jika berlaku kebocoran dipertengahan jalan. Pastikan peralatan seperti jack dan peralatan membuka tayar semua nya berkeadaan baik. Ini semua adalah ciri-ciri mereka yang mengutamakan keselamatan dan mempunyai matlamat dalam kehidupan.

Semasa di perjalanan jika kita mengantuk, berhentilah di lokasi yang sesuai dan selamat.

Selain dari keselamatan diri, kesihatan diri juga perlu diberikan perhatian. Di musim perayaan ini nanti, elakkan makan terllalu banyak. Bagi mereka yang berumur melebihi 40 tahun, awas jangan memakan daging rendang dan lemang terlalu banyak. Sederhana adalah asasnya. Di bulan puasa ini saya perhatikan pengunjung klinik swasta agak berkurangan, tetapi akan mendadak bertambah dalam tempoh seminggu berhari raya. Kenapa misi jadi begini? Kita makan seadanya dan untuk kesihatan semata-mata.

Jadinya, orang-orang yang inginkan kejayaan kewangan, semistinya menjaga kdua-dua perkara ini. InsyaAllah anda akan maju kehadapan setahun demi setahun.


Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun