Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Wednesday, July 30, 2014

Multiple Streams of Income: PENGALAMAN SEORANG PESERTA RANCANGAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA)


Salam hormat,

Sekali lagi saya ingin mengingat dan menekankan betapa pentingnya kita misti ada punca pendapatan lebih daripada satu. Tak kiralah anda sekarang bekerja di mana dan sebagai apa. Lagi banyak punca pendapatan lagi bagus untuk kita, keluarga, bangsa dan agama.

Perbandingannya ialah, jika kita ingin mengisi air ke dalam satu baldi yang tidak bocor (sebagai misalanya), dua paip air lebih cepat untuk memenuhkan baldi berkenaan berbanding jika kita hanya menggunakan satu paip air sahaja. Lebih penting lagi dan kena senantiasa ingat, jika kita menggunakan satu paip air sahaja, ialah apabila satu-satunya paip air yang kita gunakan itu tiba-tiba kering. Apa akan terjadi?

Baldi tyersebut bertambah lambat penuh, sungguh pun kita menggunakan 2 paip air, jika baldi yang kita gunakan itu memiliki bvanyak lubang-lubang kecil (kebocoran). Perbandingannya samalah dengan ketirisan wang pendapatan bulanan kita.

Pernahkah kita turut memikirkan juga, jika kita ada satu punca pendapatan sahaja, jika kita diberhentikan ( atas sebab-sebab tertentu) maka putuslah punca pendapatan kita. Jangan lalai dan amat percaya bahawa musibah tidak akan menimpa kita atau ahli keluarga kita. Elok kita senantiasa bersedia. Jika sebelum kita diberhentikan, kita ada 3 punca pendapatan, kesannya kepada kita dan keluarga adalah berbeza.

Mungkin ada diantara kita yang pula menyatakan, kita bekerja dengan kerajaan, mana mungkin kita akan diberhentikan? Fikirkan dengan serius, apakah dalam dunia hari ini, ia mustahil tidak akan berlaku??

Jadi amatlah mustahak, pada hemat saya, setiap kita ada 2 atau pun lebih punca pendapatan. Mustahil juga? Fikirkan sebaik-baiknya.

Dalam lawatan saya ke kawasan FELDA Jengka baru-baru ini, saya dipertemukan dengan seorang peneroka rancangan tanah, yang mengakui betapa pentingnya seseorang itu ada punca pendapatan lebih daripada satu. Daripada temubual saya, di dapati beliau telah ada 6 punca pendapatan. Bayangkan betapa hebatnya pemikiran dan kesedaran beliau betapa pentingnya ada lebih daripada satu punca pendapatan, sungguh pun beliau tinggal di sebuah rancangan tanah persekutuan.

Melalui temubual yang sama, saya dapati beliau mendapat inspirasi untuk memiliki lebih daripada satu punca pendapatan adalah daripada seorang China juga, iaitu seorang taukeh dan pemilik kedai hardware. Saya petik kata-kata atau nasehat orang China berkenaan kepada beliau satu ketika dahulu, seperti berikut:-

   "Midon...bila hari ujan aaa, kalau kita tadah satu bekas saaja bagaimana kita mau dapat manyak air? Kalau satu bekas saja...mau minum pun tarak cukup ooo. Tapi aaa...Midon...kalau kita tadah manyak bekas,...bekas ini dapat sikit...sana sikit..campok semua bolih jadi manyak ooo. Bila sudah manyak, kita mau basuh tangan bolih, minum pun bolih dan mau mandi pun bolih"

Daripada saat itu beliau bertekad untuk mewujudkan bagi dirinya punca pendapatan yang melebihi daripada satu. Rupanya di FELDA pun bolih diwujudkan punca pendapatan yang banyak, jika kita berfikir mengenainya dari masa ke semasa.


Jangan lupa, seperti yang beliau tunjukkan, setelah berfikir, kita kenalah mengambil tindakan untuk merelisasikan apa yang kita telah fikirkan.

Punca pendapatan asal beliau, sebagai peneroka, ialah hasil sawit daripada tanah seluas 10 ekar yang telah beliau dan keluarga terokai skian lama. Pendapatan beliau yang kedua ialah melalui sebuah kedai hardware yang sederhana besarnya yang beliau wujudkan secara perlahan-lahan. Seterusnya beliau, dengan kerjasama anak-anak menyediakan perkhidmatan (lori) untuk mengangkut BTB dan juga menyelia ladang sawit. Memandangkan dibawah pohon-pohon sawit terdapat banyak rumput yang sesuai sebagai makanan ternakan lembu dan kambing, beliau dan keluarga teruskan dengan menternak lembu dan kambing pedaging. Itulah diantara punca-punca pendapatan yang telah beliau wujudkan selama kira-kira 30 tahun berada di rancangan tanah FELDA.

Sungguh hebat seorang peneroka rancangan tanah ini. Pada hemat saya beliau lah satu IDOLA masyarakat rancangan tanah.

Semasa temubual itu juga, beliau rupanya turut berpegang kuat kepada satu falsafah yang hebat dan berbunyi seperti berikut:-

  " apabila kita rajin, kalau tak kaya...senang kita akan jumpa. Tetapi jika kita malas berusaha....usahkan kaya...senang pun kita tak jumpa...."



Skian...fikir-fikirkan.



Dr Azizol bin Mohd Sharun 

Wednesday, July 23, 2014

BUFFET RAMADHAN 2014



Salam hormat dan selamat meneruskan ibadah puasa,

Sungguh pun bulan ramadhan hampir menutup tirainya, namun saya rasa perlu juga saya gambarkan budaya berbuka di hotel-hotel, untuk renungan kita bersama dan kaitanya dengan usaha berjimat cermat dan tidak melakukan pembaziran.

Kerana sudah lama tidak berbuka puasa di hotel, pada 18.07.14 yang lalu, saya bersama anak berbuka puasa di salah sebuah hotel agak terkemuka juga di Kuantan.

Saya dikenakan bayaran RM111.40 untuk dua orang, termasuk cukai perkhidmatan 5%. Harga ditawarkan ialah RM48++ untuk dewasa, atau RM55.70 seorang. Kita sudah menerima pembayaran makan bercukai dan tak kisah nampaknya.

Saya perhatikan ada keluarga yang datang dengan komposisi 3 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak. Bermakna ketua keluarga tersebut membayar tidak kurang daripada RM 290.00 untuk berbuka puasa!

Amnya makan dihotel ini memang jauh lebih mahal berbanding makan diluar, tambah pula dibulan puasa begini. Misalnya, satu mug teh tarik di kedai biasa harga sekitaran RM1.50 manakala dihotel kita kena bayar RM4.00 bagi satu mug yang sama. Olih kerana permintaan yang amat menggalakkan (almaklumah kita berlapar), tahun ini, daripada iklan-iklan yang dipamirkan, telah meningkat harga berbanding tahun lepas.

Pada sessi berbuka kali ini saya makan makanan seperti berikut:-

1. Kurma,
2. Teh tarik (2 mug),
3. Kuih (2 pcs),
4. Makanan dicampur nasi briani (saya ambil sedikit sahaja),
    4.1. Daging (kari, 2 ketul),
    4.2. Sayur,
    4.3. Telor goreng,
    4.4. Gulai terung,
    4.5. Daging ayam (2 ketul), dan
    4.6. Ice cream 2 skup.



                                      Kurma Yang Saya Makan


                                                Hidangan Nasi Yang Saya Makan

Taksiran saya, kos bahan makanan termasuk teh tarik yang diminum, memang mencecah RM50.00 (harga di hotel). Saya percaya makanan yang sama diluar kosnya sekitaran RM30 sahaja.

Bermakna, agak mahal jika berbuka di hotel-hotel, tambahan cukai yang dikenakan. Jadinya bagi mereka yang ingin berjimat cermat atau yang terpaksa mengurangkan perbelanjaan atas kepentingan tertentu, berbuka cara begini bukanlah wajar. Sekali atau dua dalam sepanjang bulan ramadhan sudah memadai.

Dari sudut kersihatan pula, saya perhatikan kebanyakkan masakkan berkolestrol tinggi serta minuman dan kuih-muih yang banyak gula. Taabiat melayan nafsu, dengan mengambil pelbagai jinis makanan dan dengan banyaknya bagi saya agak kurang sesuai. Tambahan pula diakhir majlis terlalu banyak makanan yang telah diambil tidak habis di makan. Pembaziran ini adalah bertentangan usaha kita berpuasa. Jika kita teringat mereka yang kurang bernasib baik, saya percaya kita akan lebih berhati-hati dan pembaziran bolih dielakkan sama sekali.

                                  Ambil makanan secukupnya dan habis dimakan

Saya juga berasa bimbang cara berbuka ala kemewahan ini. Ia bolih menjejaskan usaha kita untuk mendidik anak-anak bagaimana hendak berjimat cermat dan berbelanja dengan lebih berhemah.

                                                 Suasana Di Dalam Dewan Makan

Renung-renungkan lah...

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, SERTA MAAF ZAHIR DAN BATIN"


Skian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun



Wednesday, June 18, 2014

KESEMPITAN HIDUP PUNCA RAMAI CERAI

Salam hormat,

Pada 17hb Mei lepas saya menghantar sepupu saya ke mahkamah syariah Kuala Selangor. Turut serta beberapa ahli keluarga di sebelah sepupu saya. Tujuan kami ke sana ialah untuk melaksanakan urusan "minta cerai" yang dipohon oleh isteri sepupu saya melalaui mahkamah yang sama.

Saya tidak turut serta masuk ke mahkamah bagi tujuan tersebut, cuma menunggu di kawasan bandar berhampiran. Sewaktu lewat tengah hari, dimana saya menjangkakan kes telah selesai, saya pun masuk semula ke perkarangan mahkamah tersebut. Nampaknya kes masih belum selesai. Semasa berlegar-legar di kawasan lobby mahkamah, saya terbca satu keratan akhbar yang di tampal di dalam papan kenyataan mahkamah berkenaan. Ia adalah seperti di dalam gambar berikut.

  
Setelah melihatnya saya terus berlegar-legar di kawasan lobby dan berfikir mengenainya. Saya tidak terperanjat mengenainya. Di dalam salah satu penulisan saya yang lalu juga saya telah menyatakan hubung-kait antara kedudukan kewangan peribadi dengan masaalah-masaalah lain dalam kehidupan dan termasuklak hubungan kekeluargaan. Ini juga merupakan salah satu punca utama kenapa kadar penceraian di kalangan pasangan Melayu paling tinggi di negara kita.

Di kesempatan ini, saya sekali lagi ingin mengingatkan dan berpesankepada para pembaca yang saya hormati, ketiadaan wang adalah merupakan punca utama kepada banyak masaalah di kalangan orang Melayu. Olih yang demikian marilah kita fikirkan bersama, apa yang perlu kita lakukan supaya kesan seperti ini dan juga lain-laian masaalah sosial dapat dikurangkan.

Apabila saya kaji perihal sepupu saya ini, saya juga berkeputusan yang sama, iaitu penceraian ini juga berpunca dengan masaalah ekonomi dan kewangan peribadi, khususnya si suami.
 

Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Saturday, December 21, 2013

BERHATI-HATI KETIKA MENGISI MINYAK DI STEYSEN MINYAK

Salam hormat,

Kali ini saya ingin menceritakan satu pengalaman ketika mengisi minyak kereta di salah sebuah steysen minyak (negeri dirahsiakan) di negara kita. Pentingnya perkara ini kerana ia berkait dengan usaha anda berjimat cermat dan mengurangkan pembaziran.

Pada satu ketika, saya mengisi minyak di steysen berkenaan, saya perhatikan kuantiti minyak agak berkurangan daripada kebiasaanya dengan amaun duit yang sama. Waktu berkenaan malam dan hari hujan, jadinya saya tidak memerhatikan meter pam berkenaan.Setelah beberapa lama dan mengisi minyak di steysen yang lain dengan amaun duit yang sama, saya yakin steysen yang saya maksudkan telah menjalankan penipuan meter.

Baru-baru ini saya nekad hendak menguji steysen berkenaan. Caranya ialah dengan menggunakan duit genap untuk pembelian 10 liter minyak petrol RON 95. Bermakna saya kena bayar RM21.00. Kita tahu kerajaan telah menetapkan harga RON95 sebanyak RM2.10 seliter. Jadi saya pun menyatakan kepada atendan pam minyak berkenaan saya hendak mengisi RM21 sahaja. Setelah selesai pengisian minyak berkenaan, saya dapati meter minyak di pam berkenaan memberikan bacaan 009.098 liter yang SEPATUTNYA 010.000 liter. Dengan bacaan demikian jelaslah ia mengambil 2ml daripada minyak saya pada pengisian tersebut. Ini juga bermakna syarikat berkenaan mengambil 2ml daripada setiap pelanggan lain yang mengisi minyak di situ.

Pengambilan (pencurian) secara halus ini ramai diantara kita mungkin tidak sedar. Tambahan pula kita biasanya mengisi minyak dalam bentuk RM10, RM15, RM20 dan seterusnya. Bermakna anda tidak akan nampak perbezaan yang sedikit ini. 

Anda berapa kali ke steysen minyak dalam sebulan? Kalau setahun agaknya berapa kali? Berapa ramai pula yang datang mengisi minyak disteysen berkenaan? Ini mungkin caraya mereka ini mengambil keuntungan lebih dan menganaya pelanggan.

Saya yakin dan berharap bukan banyak steysen minyak yang berperangai sedemikian, hanya segelintir sahaja. Apa pun saya telah mengelakkan diri daripada mengisi minyak disteysen berkenan mulai saat itu.


Jadi fikir-fikirkan lah dan buatlah keputusan yang baik untuk anda.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Friday, November 8, 2013

KITCHEN GARDERN MUNGKIN BOLEH MEMBANTU ANDA MENABUNG

Salam hormat,

Bagi mereka yang ada sedikit ruang tanah dan juga masa, anda boleh cuba laksana konsep kitchen gardern ini. Jika anda tiada ruang tanah yang sesuai, anda boleh gunakan polybag atau pun pasu sebagai tempat bercucuk tanam. Sungguh pun tidak banyak tanaman yang boleh ditanam, tetapi ia tetap dapat membantu mengurangkan perbelanjaan bulana anda.

Pengalaman saya mendapati kos perbelanjaan untuk membeli sayuran memang dapat dikurangkan ke paras yang paling minima. Faedah lain termasuklah kesan kesihatan tubuh dengan membuat kerja-kerja bercucuk tanam yang berterusan. Sayuran yang kita perolehi juga terjamin daripada kandungan racun makhluk perosak. Saya juga dapat berkongsi dengan anak-anak akan ilmu asas pertanian ini.


                                   Hasil Terong Telunjuk


                               Beberapa Pokok Terung Telunjuk


Pokok lada juga boleh ditanam dengan menggunakan pasu. Jika ada tapak adalah lebih sesuai. Saya kadang kala berasa heran, kita duduk di desa-desa tetapi cili pun masih nak beli di pasar atau di bandar. Kos minyak kereta pergi dan balik berapa? Jadi mahallah cili tersebut. Saya yang tiada pengalaman bertani pun boleh tanam cili (gambar berikut).


Jadi bagi mereka yang kesempitan kewangan selalu, fikirkan semula kekuatan yang anda (dan ahli keluarga anda) ada dan gunakan seoptimim yang boleh, insyaAllah anda akan beroleh kejayaan.

Skian, fikir-fikirkan..


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Tuesday, November 5, 2013

BERMAIN "KUTU" SEBAGAI SALAH SATU CARA MENGUMPUL MODAL

Salam hormat,

Saya masih ingat, semasa saya masih bekerja dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Ibu Pejabat, ada diantara kakitangan (terutamanya wanita) bermain KUTU. Saya perhatikan di antara rakan-rakan yang turut bermain, apabila tiba giliran beliau mendapat kutipan, adalah satu amaun yang agak lumayan juga. Kaedah tolong-menolong sebegini juga satu cara yang anda boleh gunakan untuk mempercepatkan mengumpul modal untuk sesuatu pelaburan.

Bayangkan, jika ahli kumpulan seramai 20 orang dan setiap orang menyumbang RM100 setiap bulan. Giliran anda nanti akan mendapat sebanyak RM2,000.00 sekali gus. Anda boleh gunakan ASB untuk membesarkan lagi dana tersebut. Selang 2 tahun lagi, giliran anda akan tiba sekali lagi.

Cumanya anda kenalah beringat, skim ini masih tidak sah dari sudut undang-undang.


Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun


Sunday, November 3, 2013

MAUFAKAT MEMBAWA BERKAT

Salam hormat,

Mengumpul modal untuk membuat satu-satu pelaburan bukanya mudah. Ia akan memakan masa yang lama. Tetapi jika kita ada 4 atau 5 adik beradik dan kesemuanya telah bekerja, kita buat satu pakatan bersama untuk mengumpul modal, maka ia menjadi satu pendekatan yang lebih cepat dan mudah.

Jika anda seorang yang mengumpul modal, misalnya RM50 sebulan. Bermakna anda mampu mengumpul RM600 setahun dan RM12,000 dalam 20 tahun. Tetapi jika 4 adik beradik berpakat, setiap bulan tabungan terkumpul adalah sebanyak RM200 dan setahun jadi RM2,400. Untuk sampai ke RM12,000 (untuk bayaran muka sebuah rumah yang bernilai RM120,000) adik beradik ini hanya memerlukan 5 tahun sahaja. Jika setiap individu menabung lebih daripada RM50 sebulan , maka lagi pendek tempoh penabungan untuk tujuan yang sama.

Ada diantara kita, adik beradik pun boleh bermasaalah apabila modal telah terkumpul dengan banyak atau apabila aset telah dibeli. Ada juga yang curiga, apabila pengumpul wang mengunapakai wang yang terkumpul. Maklomlah semua adik beradik menyerahkan kepada si kakak untuk membuat tabungan di bank, dan menggunakan satu nama akaun simpanan. Jadi eloklah dibuat satu perjanjian yang sah. Maklumat simpanan perlu di update dari masa ke semasa, supaya masing-masing ahli senantiasa menyemak modal masing-masing. Sebarang kesilapan boleh dibetulkan segera.

Ada kumpulan (keluarga) yang membuat tabungan sama banyak setiap bulan. Kenapa begitu? Saya berpendapat elok dibuka jumlahnya, asalkan ada rekod. Ini boleh mempercepatkan masa penyampaian untuk cukup satu-satu modal untuk pelaburan. Apabila modal tersebut, misalnay dibelikan rumah, maka harga rumah semasa dibahagikan mengikut peratusan tabungan sebagai ekuiti ahli-ahli.

Mesyuarat tahunan boleh dibuat sempena Hari Raya Puasa, misalnya. Tahun ini dibuat perjumpaan di rumah adik yang ke 3, tahun hadapan dirumah Kakak dan seterusnya. Di sampaing merayaan sesuatu perayaan, kemajuan ekonomi juga turut menjadi agenda keluarga.

Di antar rakan taulan, saya fikir usaha menabung secara kumpulan ini mungkin agak rumit, tetapi tidak mustahil.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun