Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Thursday, May 23, 2013

PEMBAZIRAN MELALUI PEMOTORAN


Salam hormat,

Kalai ini saya hendak memberikan pandangan saya mengenai bagaimana kita boleh membazir melalui pemotoran. Tajuk ini sesuai kerana hampir setiap orang ada kereta pada masa kini.

Pertamanya, pengalaman saya menunjukkan kelajuan mengikut had laju kebangsaan ( 90 Km/Jam) di jalan-jalan biasa memang meningkatkan kecekapan penggunaan petrol kenderaan yang kita pandu. Ini bermakna dengan setiap liter minyak, kita boleh memandu lebih jauh. Apabila kita memandu, misalnya pada kelajuan 100 km sejam, kecekapan pembakaran minyak adalah rendah sedikit daripada yang dipandu misalnya 90 Km/Jam. Tambah-tambah pula menggunakan hawa pendingin.

Saya hendak bercerita satu pengalaman, satu hari saya dalam perjalan balik dari Cameron Highland menuju ke Gua Musang. Hampir pertengahan jalan saya perasan pada petunjuk minyak telah menyala merah. Maknanya minyak telah masuk reserved. Saya terperanjat dan bimbang, takut tidak boleh sampai ke Gua Musang untuk mengisi minyak. Pada siapakah saya boleh meminta bantuan jika ini berlaku? Bermacam persoalan yang saya fikirkan. Tambahan pula ada sesetangah kawasan tiada liputan talifon bimbit.

Sertamerta saya menutup pendingin udara, menurunkan cermin dua pintu hadapan DAN memandu pada kelajuan 60 ke 70 Km sejam sahaja. Sambil memerhatikan meter minyak, dan juga berapa kilometer lagi nak sampai ke Gua Musang, keresahan masih melanda. Beransur-ansur saya mendekati bandar Gua Musang. Dalam hati saya minyak yang ada kemungkinan tidak cukup. Saya tiada pilihan, hanya terpaksa meneruskan perjalanan dengan hati-hati. Tuhan menolong saya pada kali ini, dan saya sampai ke steysen Petronas Gua Musang tanpa sebarang masaalah. Alangkah leganya perasaan.

Jika saya teruskan pemanduan seperti biasa dengan memasang pendingin, saya amat yakin tidak boleh sampai di Gua Musang dengan minyak yang ada.

Jadi ini satu cara kita boleh berjimat, bagi mereka yang hendak berjimat. Rata-rata saya perhatikan di jalan biasa, kebanyakkan kereta di pandu melebihi 100 Km/sejam. Mungkin subsidi kerajaan ada dan tidak perlu bimbang.

Awas rakan-rakan, apabila kita memandu melebihi had kelajuan, selain daripada membahayakan diri dan kenderaan, kita juga mudah terperangkap dengan perangkap had laju. Bagi saya RM200 ke RM300 adalah besar dan pembayaran yang membazir. Saya ada seorang rakan, dengan tanpa segan mendedahkan yang beliau ada 20 saman ekor. Satu amaun yang besar, untuk diberikan saja-saja kepada Kerajaan.

Jika berlaku kecelakaan, lagi banyaklah pembaziranya.

Satu perkara sahaja lagi yang saya nak perkatakan, iatu kegemaran menukar bahagian asal kenderaan adalah juga membazir. Apakah syarikat kereta di Jepun itu tidak pandai buat kereta, yang memerlukan anda menukar bahagian-bahagian tertentu. Paling kerap ditukar ialah rim kenderaan kepada sport rim. Perasaan mereka menyatakan kenderaan menjadi lebih hebat dan sporty. Ada yang sanggup membazir beribu ringgit bagi tujuan ini. Apabila kita sudah berada di ruang pemandu, kita tak nampak dah rim yang kita tukar, orang lain yang nampak.

Satu lagi bahagian yang kerap ditukar ialah ekzos. Persoalan yang sama dengan perihal rim di atas. Dengan membesarkan ekzos, kenderaan lebih macho dan memikat hati sesetengah orang. Benarkah? Bagi saya masih bermain dengan persepsi dan perasaan. Dengan ekzos lama, kenderaan yang sama masih boleh bawa kita antara dua destinasi dengan selamat.

Ada tu yang upgrade sistem amplifier, dengan kos yang juga mahal, serta meletakkan speaker yang begitu besar di booth belakang. Disamping membahayakan kesihatan, ia juga telah membuat bising.

Bila nak minta jelaskan pinjaman PTPTN, katanya tak ada duit.


Fikir-fikirkan.


Skian.


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Wednesday, May 22, 2013

PEMBAZIRAN MELALUI TABIAT MEROKOK



Salam hormat,

Pembaziran seterusnya ialah melalui tabiat merokok.

Jangan salah anggap atau salah faham. Saya sedar, sesiapa yang telah dapat tabiat merokok ini memang sukar, bahkan boleh dikatakan mustahil untuk memberhentikan tabiat berkenaan. Saya pun tiada hak untuk menyuruh anda berhenti daripada terus mengamalkan tabiat ini. Tetapi saya hendak bercerita juga mengenainya serta kaitanya dengan kewangan anda.

Saya juga berharap penulisan ini tidak akan menimbulkan salah faham antara suami-isteri dan ahli keluarga yang lain. Mungkin penulisan ini sesuai bagi mereka yang baru mencuba merokok. Mungkin juga kepada ibu bapa yang boleh mempengaruhi anak-anak supaya menjauhi tabiat yang merugikan ini.

Kupasan saya berasaskan pengiraan dan andaian lama, kerana saya telah membuat kiraan ini sejak tahun 80 han lagi. Perhatikan andaian berikut:-

           1. Mula merokok pada umur 25 tahun,
           2. "Berhenti" merokok pada umur 55 tahun,
           3. Kadar merokok ialah 20 batang sehari,
           4. Harga rokok ialah RM 3.50 untuk setiap 20 batang.

"Berhenti" merokok pada umur 55 tahun. Rasanya selagi ada umur ia tidak akan berhenti sebenarnya. Bagi memudahkan pengiraan dalam penulisan ini. Jadi wang yang dibelanjakan pada rokok adalah seperti berikut:-



Kalau kita lihat pada peringkat merokok selama 30 tahun, kita membakar RM37,800.00 wang kita. Itu pada harga RM3.50 sekotak, hari ini mana ada harga rokok semurah ini lagi. Maknanya wang yang habis lebih banyak lagi.

Menariknya, jika RM1,260.00 iaitu wang rokok setahun itu dilaburkan secara berterusan selama 30 tahun dan tiada dividen dikeluarkan di sepanjang tempoh berkenaan, dan dividen pada purata 10 peratus setahun, hasil terkumpul lagi menakjubkan. Lihat paparan berikut:-



Ia, anda mampu mengumpul wang tunai sebanyak RM230,000.00  Ini adalah kesan pengandaan ( compounding ) dan kesan masa.


Fikir-fikirkan potensi wang rokok ini.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Saturday, May 18, 2013

PEMBAZIRAN MENJELANG HARI RAYA AIDIL FITRI

Salam hormat,

Jika anda hendak menukar perabut, kain langsir, TV, bahkan tayar kenderaan SEKARANG ADALAH MASA UNTUK BERBUAT DEMIKIAN. Jika anda hendak menukar kereta, sekarang jugalah masa yang sesuai. Jika barangan tersebut berharga ratusan ringgit, fikir-fikirkan, sekarang adalah masa yang sesuai membelinya. Ketua rumah elok berbincang dengan ahli keluarga sekarang dan buat perancangan pembelian dengan segera.

Menjelang musim perayaan yang sama pada tahun sudah, saya berkesempatan meneliti barangan tertentu, untuk melihat adakah ia akan naik menjelang Hari Raya. Jawapanya, memang ada diantara barangan ini naik dan naik sehingga 30%. Walau pun diberi jaminan di pasarraya berkenaan barangan senantiasa terrendah, rupanya tidak juga.

Secara teorinya, apabila permintaan meningkat seperti menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri, harga tidak dapat tidak akan naik. Itu asas ekonomi.

Mungkin kerana kegairahan untuk berhari raya sakan, ramai yang tidak realistik dalam pembelian mereka. Mata menjadi rambang. Nafsu mengatasi segalanya. Bagi mereka yang memiliki kad kredit, ini lah masanya untuk menunjukkan kita ada kad kredit.

Saya mengesyurkan supaya kita tidak membeli pakaian baru untuk hari raya kali ini. Tengok apa akan terjadi (moral, cakap-cakap kekawan dan sebagainya) selepas Hari Raya. Bukan apa, saya yakin banyak lagi pakaian baru yang masih tidak digunakan yang tersimpan di dalam gerobok tu. Cuba periksa dulu. Saya juga rasa pakaian raya yang lepas pun masih ok lagi. Tabiat berpakaian kita selalunya akan terus memakai pakaian yang kita rasa paling selesa. Dari sudut angka, saya berani mengatakan kita, sekitaran 80% berpakaian hanya mengunapakai 20% pakian yang kita ada. Cuba teliti kenyataan saya itu. Maknanya banyak pakaian yang telah kita beli, akhirnya tidak digunakan langsung.

Paling penting di musim Hari Raya begini adalah ziarah menziarah dan saling bermaaf-maafan antara satu dengan yang lain. Hari Raya juga bukan masa untuk menjamu selera (nak balas dendam kerana berpuasa sebulan). Trend hari ini pula kita lihat, dan saya percaya akan terus berlaku, dengan segala-galanya ditukar baru, akhirnya khusyuk menonton dan melekat pada TV di rumah masing-masing. Mungkin juga ramai golongan muda yang asyek melayan tweeter dan facebok masing-masing. Jika begitulah kesudahnya, eloklah kita serba-serbinya lama. Tak rugi pun...


Skian dahulu.


Dr Azizol Mohd Sharun

Friday, May 17, 2013

PEMBAZIRAN MELALUI MAKANAN

Salam hormat,

Permerhatian dan pengalaman saya dalam hal pembaziran ini, yang ke dua paling banyak berlaku ialah dalam soal makan dan pemakanan. Jika kita teliti bajet bulanan kita, hampir 70% adalah melibatkan makanan dan pemakanan. Bermakna satu pembaziran yang besar boleh berlaku setiap bulan jika kita tidak berhati-hati. Sebagai contoh mudah, saya meminta suri rumah, cuba perhatikan berapa banyakkah sisa makanan rumah tangga kita setiap hari? Jika sebulan agaknya berapa banyak? Kalau setahun pula bagaimana? Padanlah masalah sisa rumah tangga ini menjadi masaalah besar kepada kerajaan tempatan, bukan sahaja dari segi kutipan, bahkan bagi melupuskanya juga bermasaalah kerana kuantiti yang begitu besar.

Jika kita menternak ayam kampung, rasanya taklah membazir sebenar sisa berkenaan, kerana boleh dijadikan bahan makana untuk ayam. Penghuni bandar tidak berpeluang untuk recycle sisa makanan mereka.

Pembaziran ini lebih dahsyat berlaku pada bulan Ramadhan. Dalam bulan ini juga kita sering diperingatkan bahawa membazir itu amalan saitan. And yet...kita terus membazir. Jika anda setuju, berbuatlah sesuatu apabila bulan yang mulia ini datang tidak lama lagi.

Seterusnya, saya hendak para suri rumah perhatikan kos elemen barangan yang dibeli, setiap kali kita ke pasar raya bagi tujun ini. Amnya sumber protin adalah lebih mahal daripada sayur dan buah-buahan. Dari sudut kesihatan, gandingan yang terbaik ialah 75% sayur , buahan dan karbohidrat, manakala protin sekitaran 25% sahaja. Mengikut satu penulisan yang bertajuk Your Health, your choice yang ditulis oleh Dr M.Ted Morter, kebanyakan masaalah kesihatan hari ini berpunca daripada pengambilan protin yang tinggi dan berlebihan. Satu peluang bagi anda untuk berjimat di samping mendapat faedah kesihatan.

Untuk makluman anda, manusia yang palaing lama hidup didunia ini ialah seorang vegetarian.

Dari sudut perolehan pula, kita boleh berjimat dengan membuat pembelian pukal sekitaran 3 kali sebulan. Bagi mengelakkan terpaksa ke kedai atau supermarket berulang kali, amalkan menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli, sebelum ke pasaraya. Kaedah ini juga merupakan cara berjimat.

Sukalah juga saya menarik perhatian tuan-tuan yang ke pasaraya untuk membeli-belah. Elakkan berpusing-pusing dengan kenderaan anda, kononnya hendak meletakkan kenderaan paling hampir dengan muka pintu pasar raya berkenaan. Almaklumlah kereta saya brand yang berjenama. Banyak minyak dan masa dibazirkan cara begitu. Letaklah kenderaan anda di mana ada kekosongan, jauh sedikit tidak mengapa. Penjimatannya dapat dan kesihatan kita juga bertambah baik, insyaallah.

Satu lagi, saya rasa agak kurang sesuai ialah membawa kanak-kanak sewaktu kita hendak mebeli-belah. Tetapi bagi pemilik pasaraya, mereka ketahui bahawa emak dan bapak akan tunduk kepada kemahuan anak-anak mereka. Itu sebabnya disediakan troley yang sengaja ada tempat kanak-kanak di dalamnya. Cuba perhatikan jalan anda ke kounter bayaran, berapa banyak kah pemikat kanak-kanak disediakan untuk anak-anak ini. Kadang tu memang boleh digapai oleh mereka semasa ibu menolak troley ke kounter bayaran. Sesekali gula-gula, choklah dan sebagainya mungkin tidak bermasaalah. Kalau 3 kali sebulan, bermakna 36 kali dalam setahun, elok diperhatikan dan boleh sedikit sebanyak membantu anda berjimat.

Saya juga suka menarik perhatian tuan-tuan kepada gaya hidup yang suka makan di restoren makanan segera. Saya bukan kata tidak boleh. Cuma saya hendak anda sedar, makan di tempat-tempat seperti ini, anda dikenakan cukai di atas setiap pembelian. Kalau dalam sebulan itu anda pergi 4 ke 5 kali dan dalam setahun, rasanya banyak juga kena bayar cukai. Kedua, kos makan di restoren makanan segera juga agak mahal, cuba lihat perbandingan berikut:-

               Minuman Coca-Cola,

                  Restoren makanan segera : RM 0.53 per ml,
                  Supermarket                   : RM 0.19 per ml, dan
                  Kedai 7-Eleven                : RM 0.26 per ml,

Ingat, terlalu banyak protin yang dimakan boleh memudaratkan kesihatan.

Akhir sekali, untuk renungan kita bersama, saya merasakan ramai diantara kita yang terlebih makan sehinggakan berat badan tidak sejajar dengan ketinggian kita. Ada orang berkata prinsip mereka ini ialah hidup untuk makan, bukanya makan untuk hidup. Bagi merek yang over weight ini, ini adalah satu peluang untuk berjimat dengan mengawal dan mengurangkan makanan anda. Jika anda juga tidak mengamalkan sebarang bentuk senaman....merbahaya tu. Kurangkan makanan anda dalam tempoh 3 ke 6 bulan. Tak payah lah melaburkan wang anda untuk mengisi program menguruskan badan yang banyak terdapat pada masa kini.


Fikir-fikirkan...


Skian.


Dr Azizol Bin Mohd Sharun


Thursday, May 16, 2013

PEMBAZIRAN MELALUI ALAT KOMUNIKASI

Salam hormat,

Pertama sekali saya hendak bersembang sedikit mengenai alat komunikasi, khususnya fon bimbit. Saya yakin peralatan ini telah memudahkan kita berkomunikasi. Semua orang ada handfon. Baguslah begitu. Hakikatnya, ibu atau bapa kita sebulan sekali pun sukar dihubungi. Ada yang sampai tertanya-tanya, sehat ke anak-anak aku ini, senyap jer mereka. Fahami makna komunikasi itu betul-betul.

Bagi orang seperti saya, alat komunikasi hanya ada dua fungsi utama, iaitu menghantar dan menerima sms, kedua, membuat dan menerima panggilan. Saya perhatikan hari ini ramai yang telah membeli peralatan yang tercanggih dan mahal, walhal kebanyakkan masa ia digunakan untuk dua fungsi yang saya sebutkan tadi. Kenapa misti tukar handfon? Ramai diantara kita orang Melayu telah mengayakan syarikat pembekal peralatan ini. Kebanyakkan handfon adalah liability kepada individu berkenaan. Jika dengan membeli serta menggunakan peralatan yang canggih ini, bidangusaha kita bertambah maju, baguslah. Dengan adanya peralatan yang hebat ini, produktiviti kerja saya telah meningkat 3 kali ganda. Adakah begitu?

Saya hanya menggunakan handfon second hand sahaja yang berharga RM250 dan saya boleh menjalani kehidupan sama seperti orang lain juga.

Jadi, jika kita hendak berjimat, perhatikan perkara ini. 

Seterusnya, jika saya bertanya dengan Cellcom, berapakah keuntungan bersih syarikat telekomunikasi ini setiap tahun? Berjuta ringgit bukan! Saya amat yakin sejumlah besar pendapatan ini adalah daripada penggunaan yang membazir oleh penggunanya. Cuba anda tanya diri sendiri di penghujung setiap bulan, berapa perbelanja bill handfon pada bulan ini? Berapakah nilai hasil atau pendapatan yang dapat dengan membuat begitu banyak sms dan fon call? Tak ada?? Maknanya anda telah melakukan banyak pembaziran SETIAP bulan. Saya tidak bermaksud anda tidak boleh langsung berbual atau ber sms dengan sesiapa pun. Teliti semula penggunaan fon anda, kawal lah penggunaanya setiap bulan. Bersederhanalah.

Satu perkara lagi, bagi mereka yang menggunakan kaedah post paid, apabila anda menerima bill bulanan, telitilah bagaimana anda dikenakan charge. Ada kes-kes dimana muatturun yang anda tidak muatturun pun dikenakan charge. Kalau RM4 sekali, kalau dalam bulan berkenaan anda terima 10 kali, itu sudah RM40 ringgit dibazirkan. Jadi senantiasa semak bill-bill anda.

Saya perhatikan, dengan adanya fon touch screen ini, ramai yang tidak lagi menghargai perhubungan sesama insan. Kalau anak-anak masuk dalam kereta, mereka terus senyap kerana melayan fon mereka. Mak ayah di hadapan pun tak peduli dah. Janganlah membazir wang dan MASA. Beri tumpuan kepada matlamat tahunan kita, itu lebih baik.

Kesimpulanya, saya mengajak saudara dan saudari di luar sana, tengok-tengoklah bangaimana anda dan ahli keluarga (yang anda tanggung) menggunakan alat ini. Jika tidak di kawal dan di pantau banyak penyelahgunaan yang berlaku. Terlalu banyak pembaziran melalui alat ini saya perhatikan di masa kini.


Skian


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Monday, April 1, 2013

KEDUDUKAN KEWANGAN SAYA PADA AKHIR BULAN MARCH 2013

Salam hormat,

Setelah sekian lama saya tidak menambah perkongsian pengalaman di dalam bab ini, dan kali ini saya ingin berkongsi pengalaman serta hasil usaha yang saya lakukan pada bulan March yang baru lalu.

Saya mula dengan urutan semula kedudukan kewangan saya daripada bulan Disember, 2012 seperti berikut:-

1. Disember, 2012     : (-)RM3,128.24
2. Januari, 2013        : (-)RM3,432.68
3. Februari, 2013      : (-)RM1,518.01

Dan pada penutupan akaun 31hb March lalu kedudukanya ialah (-)RM 323.43
Lihat gambar berikut.



Secara amnya, kalau kita senantiasa berfikir dan mencari jalan, untuk memperbaiki kedudukan kewangan kita, sememangnya ada jalan. Seperti yang saya nyatakan dahulu, ini bukanlah satu perkara yang mudah. Minda kita kena fokus, terutamanya bila hendak berbelanja. Saya juga terdahulu ada menyatakan usaha ini akan memakan sedikit masa. Apabila saya teliti perbelanjan disepanjang bulan March, sepatutnya pada penutupan akaun sudah positif. TETAPI oleh kerana satu kerosakan pada kenderaan saya (CBG 8680 ), pada tarikh berkenaan saya terpaksa berbelanja sebanyak RM950.65 untuk pembaikan serta kos servis kenderaan berkenaan. Lihat gambar berikut.


Awas kepada mereka yang memiliki kenderaan lebih daripada sebuah. Peringatkan juga di saat ini, servis dan jagalah kenderaan anda sebaik mungkin. Tindakan ini akan menyelamatkan banyak wang anda di masa hadapan.

Jangkaan saya juga pada bulan March, saya sudah boleh melakkukan penabungan. Saya amat yakin pada bulan April nanti ianya pasti boleh dilakukan.

Ini tidaklah bermakna saya tidak perlu lagi mengawal perbelanjaan setiap hari. Jika kita leka mudah sahaja terlebih belanja akan berlaku semula. Usaha ini perlu diteruskan dan apabila ada peluang untuk berjimat, anda berjimat.

Kesimpulanya, semua kita boleh mengurangkan pembaziran di dalam perbelanjaan harian kita. Saya juga yakin ramai yang akan ada lebihan untuk menabung dan seterusnya membuat pelaburan.

Di dalam penulisan yang akan datang saya akan berbincang mengenaai pembaziran-pembaziran yang ramai di antara kita buat tanpa disedari. Saya berharap dengan paparan tips tips berkenaan akan dapat membantu anda berbelanja dengan lebih berhemah lagi.


Skian dan selamat mencuba..


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Wednesday, March 6, 2013

KEDUDUKAN PERBELANJAAN SAYA PADA PENGHUJUNG BULAN FEBRUARI 2013

Salam hormat,

Sekian lama juga saya tidak membuat update mengenai perkembangan usaha saya untuk mengawal perbelanjaan bulanan. Pada penulisan yang lalu, saya ada menyatakan beberapa perkara seperti berikut:-

                   1. Defisit kewangan saya pada bulan Disember,2012 ialah
                      sebanyak RM - 3,128.24
                   2. Defisit pada bulan Januari, 2013 pula ialah sebanyak
                       RM -3,432.68
                   3. Saya akan membuat semakan menyeluruh, daripada rekod
                      perbelanjaan pada dua bulan tersebut, supaya penjimatan
                      boleh terus dilakukan pada bulan berikutnya.

Alhamdullilah, setelah kajian demi kajian dibuat, pelbagai usaha penjimatan difikirkan, maka pada penghujung bulan Februari saya telah berjaya mengurangkan defisit bulanan saya kepada RM -1,518.01. Lihat rekod di bawah,





Ada juga perlu ingat ada perkara-perkara berkaitan penjimatan yang tidak boleh dilalukan sertamerta dan memerlukan sedikit masa lagi. Saya penuh keyakinan pada bulan March ini nanti beberapa penjimatan lagi boleh dilakukan dan saya akan berkongsi pengalaman ini dengan anda semua.

Satu perkara penting disini yang anda perlu sedar, tanpa catitan terperinci perbelanjaan setiap hari dibuat, maka sukarlah bagi anda hendak memikirkan usaha atau tindakan yang perlu dibuat untuk mengawal dan seterusnya berbelanja mengikut kewangan yang ada.



Skian


Dr Azizol Mohd Sharun