Salam hormat,
Pertama sekali saya hendak bersembang sedikit mengenai alat komunikasi, khususnya fon bimbit. Saya yakin peralatan ini telah memudahkan kita berkomunikasi. Semua orang ada handfon. Baguslah begitu. Hakikatnya, ibu atau bapa kita sebulan sekali pun sukar dihubungi. Ada yang sampai tertanya-tanya, sehat ke anak-anak aku ini, senyap jer mereka. Fahami makna komunikasi itu betul-betul.
Bagi orang seperti saya, alat komunikasi hanya ada dua fungsi utama, iaitu menghantar dan menerima sms, kedua, membuat dan menerima panggilan. Saya perhatikan hari ini ramai yang telah membeli peralatan yang tercanggih dan mahal, walhal kebanyakkan masa ia digunakan untuk dua fungsi yang saya sebutkan tadi. Kenapa misti tukar handfon? Ramai diantara kita orang Melayu telah mengayakan syarikat pembekal peralatan ini. Kebanyakkan handfon adalah liability kepada individu berkenaan. Jika dengan membeli serta menggunakan peralatan yang canggih ini, bidangusaha kita bertambah maju, baguslah. Dengan adanya peralatan yang hebat ini, produktiviti kerja saya telah meningkat 3 kali ganda. Adakah begitu?
Saya hanya menggunakan handfon second hand sahaja yang berharga RM250 dan saya boleh menjalani kehidupan sama seperti orang lain juga.
Jadi, jika kita hendak berjimat, perhatikan perkara ini.
Seterusnya, jika saya bertanya dengan Cellcom, berapakah keuntungan bersih syarikat telekomunikasi ini setiap tahun? Berjuta ringgit bukan! Saya amat yakin sejumlah besar pendapatan ini adalah daripada penggunaan yang membazir oleh penggunanya. Cuba anda tanya diri sendiri di penghujung setiap bulan, berapa perbelanja bill handfon pada bulan ini? Berapakah nilai hasil atau pendapatan yang dapat dengan membuat begitu banyak sms dan fon call? Tak ada?? Maknanya anda telah melakukan banyak pembaziran SETIAP bulan. Saya tidak bermaksud anda tidak boleh langsung berbual atau ber sms dengan sesiapa pun. Teliti semula penggunaan fon anda, kawal lah penggunaanya setiap bulan. Bersederhanalah.
Satu perkara lagi, bagi mereka yang menggunakan kaedah post paid, apabila anda menerima bill bulanan, telitilah bagaimana anda dikenakan charge. Ada kes-kes dimana muatturun yang anda tidak muatturun pun dikenakan charge. Kalau RM4 sekali, kalau dalam bulan berkenaan anda terima 10 kali, itu sudah RM40 ringgit dibazirkan. Jadi senantiasa semak bill-bill anda.
Saya perhatikan, dengan adanya fon touch screen ini, ramai yang tidak lagi menghargai perhubungan sesama insan. Kalau anak-anak masuk dalam kereta, mereka terus senyap kerana melayan fon mereka. Mak ayah di hadapan pun tak peduli dah. Janganlah membazir wang dan MASA. Beri tumpuan kepada matlamat tahunan kita, itu lebih baik.
Kesimpulanya, saya mengajak saudara dan saudari di luar sana, tengok-tengoklah bangaimana anda dan ahli keluarga (yang anda tanggung) menggunakan alat ini. Jika tidak di kawal dan di pantau banyak penyelahgunaan yang berlaku. Terlalu banyak pembaziran melalui alat ini saya perhatikan di masa kini.
Skian
Dr Azizol Bin Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment