Saya turut menyedia dan memberikan seminar
Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.
Thursday, May 23, 2013
PEMBAZIRAN MELALUI PEMOTORAN
Salam hormat,
Kalai ini saya hendak memberikan pandangan saya mengenai bagaimana kita boleh membazir melalui pemotoran. Tajuk ini sesuai kerana hampir setiap orang ada kereta pada masa kini.
Pertamanya, pengalaman saya menunjukkan kelajuan mengikut had laju kebangsaan ( 90 Km/Jam) di jalan-jalan biasa memang meningkatkan kecekapan penggunaan petrol kenderaan yang kita pandu. Ini bermakna dengan setiap liter minyak, kita boleh memandu lebih jauh. Apabila kita memandu, misalnya pada kelajuan 100 km sejam, kecekapan pembakaran minyak adalah rendah sedikit daripada yang dipandu misalnya 90 Km/Jam. Tambah-tambah pula menggunakan hawa pendingin.
Saya hendak bercerita satu pengalaman, satu hari saya dalam perjalan balik dari Cameron Highland menuju ke Gua Musang. Hampir pertengahan jalan saya perasan pada petunjuk minyak telah menyala merah. Maknanya minyak telah masuk reserved. Saya terperanjat dan bimbang, takut tidak boleh sampai ke Gua Musang untuk mengisi minyak. Pada siapakah saya boleh meminta bantuan jika ini berlaku? Bermacam persoalan yang saya fikirkan. Tambahan pula ada sesetangah kawasan tiada liputan talifon bimbit.
Sertamerta saya menutup pendingin udara, menurunkan cermin dua pintu hadapan DAN memandu pada kelajuan 60 ke 70 Km sejam sahaja. Sambil memerhatikan meter minyak, dan juga berapa kilometer lagi nak sampai ke Gua Musang, keresahan masih melanda. Beransur-ansur saya mendekati bandar Gua Musang. Dalam hati saya minyak yang ada kemungkinan tidak cukup. Saya tiada pilihan, hanya terpaksa meneruskan perjalanan dengan hati-hati. Tuhan menolong saya pada kali ini, dan saya sampai ke steysen Petronas Gua Musang tanpa sebarang masaalah. Alangkah leganya perasaan.
Jika saya teruskan pemanduan seperti biasa dengan memasang pendingin, saya amat yakin tidak boleh sampai di Gua Musang dengan minyak yang ada.
Jadi ini satu cara kita boleh berjimat, bagi mereka yang hendak berjimat. Rata-rata saya perhatikan di jalan biasa, kebanyakkan kereta di pandu melebihi 100 Km/sejam. Mungkin subsidi kerajaan ada dan tidak perlu bimbang.
Awas rakan-rakan, apabila kita memandu melebihi had kelajuan, selain daripada membahayakan diri dan kenderaan, kita juga mudah terperangkap dengan perangkap had laju. Bagi saya RM200 ke RM300 adalah besar dan pembayaran yang membazir. Saya ada seorang rakan, dengan tanpa segan mendedahkan yang beliau ada 20 saman ekor. Satu amaun yang besar, untuk diberikan saja-saja kepada Kerajaan.
Jika berlaku kecelakaan, lagi banyaklah pembaziranya.
Satu perkara sahaja lagi yang saya nak perkatakan, iatu kegemaran menukar bahagian asal kenderaan adalah juga membazir. Apakah syarikat kereta di Jepun itu tidak pandai buat kereta, yang memerlukan anda menukar bahagian-bahagian tertentu. Paling kerap ditukar ialah rim kenderaan kepada sport rim. Perasaan mereka menyatakan kenderaan menjadi lebih hebat dan sporty. Ada yang sanggup membazir beribu ringgit bagi tujuan ini. Apabila kita sudah berada di ruang pemandu, kita tak nampak dah rim yang kita tukar, orang lain yang nampak.
Satu lagi bahagian yang kerap ditukar ialah ekzos. Persoalan yang sama dengan perihal rim di atas. Dengan membesarkan ekzos, kenderaan lebih macho dan memikat hati sesetengah orang. Benarkah? Bagi saya masih bermain dengan persepsi dan perasaan. Dengan ekzos lama, kenderaan yang sama masih boleh bawa kita antara dua destinasi dengan selamat.
Ada tu yang upgrade sistem amplifier, dengan kos yang juga mahal, serta meletakkan speaker yang begitu besar di booth belakang. Disamping membahayakan kesihatan, ia juga telah membuat bising.
Bila nak minta jelaskan pinjaman PTPTN, katanya tak ada duit.
Fikir-fikirkan.
Skian.
Dr Azizol bin Mohd Sharun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment