Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Friday, May 17, 2013

PEMBAZIRAN MELALUI MAKANAN

Salam hormat,

Permerhatian dan pengalaman saya dalam hal pembaziran ini, yang ke dua paling banyak berlaku ialah dalam soal makan dan pemakanan. Jika kita teliti bajet bulanan kita, hampir 70% adalah melibatkan makanan dan pemakanan. Bermakna satu pembaziran yang besar boleh berlaku setiap bulan jika kita tidak berhati-hati. Sebagai contoh mudah, saya meminta suri rumah, cuba perhatikan berapa banyakkah sisa makanan rumah tangga kita setiap hari? Jika sebulan agaknya berapa banyak? Kalau setahun pula bagaimana? Padanlah masalah sisa rumah tangga ini menjadi masaalah besar kepada kerajaan tempatan, bukan sahaja dari segi kutipan, bahkan bagi melupuskanya juga bermasaalah kerana kuantiti yang begitu besar.

Jika kita menternak ayam kampung, rasanya taklah membazir sebenar sisa berkenaan, kerana boleh dijadikan bahan makana untuk ayam. Penghuni bandar tidak berpeluang untuk recycle sisa makanan mereka.

Pembaziran ini lebih dahsyat berlaku pada bulan Ramadhan. Dalam bulan ini juga kita sering diperingatkan bahawa membazir itu amalan saitan. And yet...kita terus membazir. Jika anda setuju, berbuatlah sesuatu apabila bulan yang mulia ini datang tidak lama lagi.

Seterusnya, saya hendak para suri rumah perhatikan kos elemen barangan yang dibeli, setiap kali kita ke pasar raya bagi tujun ini. Amnya sumber protin adalah lebih mahal daripada sayur dan buah-buahan. Dari sudut kesihatan, gandingan yang terbaik ialah 75% sayur , buahan dan karbohidrat, manakala protin sekitaran 25% sahaja. Mengikut satu penulisan yang bertajuk Your Health, your choice yang ditulis oleh Dr M.Ted Morter, kebanyakan masaalah kesihatan hari ini berpunca daripada pengambilan protin yang tinggi dan berlebihan. Satu peluang bagi anda untuk berjimat di samping mendapat faedah kesihatan.

Untuk makluman anda, manusia yang palaing lama hidup didunia ini ialah seorang vegetarian.

Dari sudut perolehan pula, kita boleh berjimat dengan membuat pembelian pukal sekitaran 3 kali sebulan. Bagi mengelakkan terpaksa ke kedai atau supermarket berulang kali, amalkan menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli, sebelum ke pasaraya. Kaedah ini juga merupakan cara berjimat.

Sukalah juga saya menarik perhatian tuan-tuan yang ke pasaraya untuk membeli-belah. Elakkan berpusing-pusing dengan kenderaan anda, kononnya hendak meletakkan kenderaan paling hampir dengan muka pintu pasar raya berkenaan. Almaklumlah kereta saya brand yang berjenama. Banyak minyak dan masa dibazirkan cara begitu. Letaklah kenderaan anda di mana ada kekosongan, jauh sedikit tidak mengapa. Penjimatannya dapat dan kesihatan kita juga bertambah baik, insyaallah.

Satu lagi, saya rasa agak kurang sesuai ialah membawa kanak-kanak sewaktu kita hendak mebeli-belah. Tetapi bagi pemilik pasaraya, mereka ketahui bahawa emak dan bapak akan tunduk kepada kemahuan anak-anak mereka. Itu sebabnya disediakan troley yang sengaja ada tempat kanak-kanak di dalamnya. Cuba perhatikan jalan anda ke kounter bayaran, berapa banyak kah pemikat kanak-kanak disediakan untuk anak-anak ini. Kadang tu memang boleh digapai oleh mereka semasa ibu menolak troley ke kounter bayaran. Sesekali gula-gula, choklah dan sebagainya mungkin tidak bermasaalah. Kalau 3 kali sebulan, bermakna 36 kali dalam setahun, elok diperhatikan dan boleh sedikit sebanyak membantu anda berjimat.

Saya juga suka menarik perhatian tuan-tuan kepada gaya hidup yang suka makan di restoren makanan segera. Saya bukan kata tidak boleh. Cuma saya hendak anda sedar, makan di tempat-tempat seperti ini, anda dikenakan cukai di atas setiap pembelian. Kalau dalam sebulan itu anda pergi 4 ke 5 kali dan dalam setahun, rasanya banyak juga kena bayar cukai. Kedua, kos makan di restoren makanan segera juga agak mahal, cuba lihat perbandingan berikut:-

               Minuman Coca-Cola,

                  Restoren makanan segera : RM 0.53 per ml,
                  Supermarket                   : RM 0.19 per ml, dan
                  Kedai 7-Eleven                : RM 0.26 per ml,

Ingat, terlalu banyak protin yang dimakan boleh memudaratkan kesihatan.

Akhir sekali, untuk renungan kita bersama, saya merasakan ramai diantara kita yang terlebih makan sehinggakan berat badan tidak sejajar dengan ketinggian kita. Ada orang berkata prinsip mereka ini ialah hidup untuk makan, bukanya makan untuk hidup. Bagi merek yang over weight ini, ini adalah satu peluang untuk berjimat dengan mengawal dan mengurangkan makanan anda. Jika anda juga tidak mengamalkan sebarang bentuk senaman....merbahaya tu. Kurangkan makanan anda dalam tempoh 3 ke 6 bulan. Tak payah lah melaburkan wang anda untuk mengisi program menguruskan badan yang banyak terdapat pada masa kini.


Fikir-fikirkan...


Skian.


Dr Azizol Bin Mohd Sharun


No comments:

Post a Comment